Bab 7

Romance Series 26650

Lebih kurang 4 bulan telah berlalu,23 Januari,merupakan salah satu hari bersejarah dalam hidupnya.Hari itu bukan sahaja hari lahirnya.Namun juga hari perkahwinannya.Ainul menarik nafas sedalam - dalamnya.Ainul juga meminta untuk duduk di dalam bilik terlebih sehingga upacara pembatalan air sembahyang selain tidak mahu bersanding.Dia masih tidak bersedia untuk bersemuka dengan insan yang bernama hilman.

Malam itu juga ainul berasa agak kesal kerana danish tidak dapat hadir memandangkan dia turut menikah pada hari dan waktu yang sama.

Ketinggian ainul yang hanya 155cm dan pengantin lelaki tersebut yang hampiri menjangkau 180cm menyebabkan wajahnya terselindung semasa upacara pembatalan air sembahyang kerana ainul menunduk.

*****

Malam itu,ainul selamat diijab kabul tanpa mengetahui siapa bakal suaminya.

"Macam manalah rupa suami aku kan?" ainul bermonolog.

"Assalammualaikum..." seorang lelaki memberi salam seraya membuka pintu biliknya.Tak lain tak bukan bahawa itu adalah suaminya.Ainul menjawab salam seraya menoleh ke arah suaminya.

Secara tidak langsung,wujud ekspresi terkejut di wajah 2 insan yang sedang berlaga mata itu.

"Eh,kenapa kau buat dekat sini?Bukan ke kau menikah malam ni?" tanya ainul kebingungan.

"Amboi,dia yang tiba - tiba adabdekta sini,tanya oramg pulak. Dah lah kat dalam bilik bini aku pulak tu" kata lelaki itu berbaur sindiran membuat Ainul bertindak untuk memanggil ibunya.Dia tidak mahu berperang mulut dengan lelaki itu.Perasaan ingin tahu apa yang terjadi sudah membuak - buak.

"Mak!!!" jerit ainul sebaik sahaja melihat ibunya di dapur.

"Aunty halimah?!Apa aunty buat kat sini?Apa yang jadi sebenarnya mak?" tanya ainul yang semakin terkejut dan bingung.

"Haah...apa yang jadi sebenarnya,umi?" tanya lelaki tadi.Dia baru sahaja turun ke dapur rumah tersebut.

"Ainul ni isteri kamu,danish." balas puan halimah.Tercengang ainul dan danish dibuatnya.

Wajah dua wanita yang sudah berusia itu silih berganti ditatap ainul yang masih tidak percaya.Akhirnya pandangannya jatuh ke wajah bersih ibunya,mak timah.Mak timah hanya mengangguk perlahan menandakan dia tidak salah dengar.

Perlahan - lahan kakinya mengundur.Dia kini seperti tidak mempercayainya.

KEDEBUK!!!!

Ainul jatuh dek terpijak kainnya yang panjang.Pandangannya menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience