Malam itu,seperti biasa mak timah sedang melipat baju.Pak manaf membaca buku.Aiman dan danish menonton televisyen.Aisyah berehat di dalam bilik dan Ainul pula sedang duduk di atas lantai bersebelahan ayahnya sambil menjeling ke arah danish dan aiman yang sedang bergelak ketawa.
"Abah nak tau sesuatu tak?" aiman bertanya kepada pak manaf apabila terlihat ainul sedang memandangnya.
"Tau apa?" tanya pak manaf pula.Matanya masih leka membaca buku tersebut.
"Tau yang ainul sentap sebab semalam"jelas aiman.
" Ainul sentap?!Sebab apa?"tanya ingin mencari tau puncanya.
"Sebab dia tak tau pun danish tu suami dia.Kalau abah nak tau,dia punya terkejut sampai jatuh terpijak kain lagi.Nasib baik tak terhantuk dekat bucu." Aiman menjelaskan kejadian tersebut panjang lebar.Danish yang berada disebelah tergelak kecil mengingati kejadian itu.'Ish abang ni.Gila ke tak terkejut!Ni semua danish punya pasallah.Kalau tak kerana rancangan dia,tak kan jadi macam ni.Kenapalah aku tak terfikirkan?Padahal banyak jek klu.'
"ieeee...mana abang tau?"
"Taulah...dah semalam abang ngan kak Aisyah nampak danish angkat ainul.Danish dh cerita dh.Weeeeek" balas aiman sambil menjelir lidah ke arah Ainul.
"Mak...danish nak tanya ni.Mak bagi makan apa dekat Ainul?Sebab semalam nak patah pinggang danish angkat dia.Berat..." ujar danish berbaur sindiran.Danish dan aiman ketawa terbahak - bahak kerana dapat menyakat Ainul.Mak Timah dan Pak manaf pula hanya tersenyum mendengar kata - kata menantu mereka.
"Abah tengok tu.." ainul merungut sambil menunjuk ke arah Aiman dan Danish.Dia mula merapati ayahnya.Mukanya menunjukkan reaksi sedih.
"Ainul..." Pak manaf memanggil anaknya yang kini bergelar isteri dengan lembut.Ainul menatap wajah ayahnya semula.
"Ainul tak boleh macam ni.Ainulkan dah jadi isteri Hilman.Ainul kena jadi isteri yang solehah tau,baru boleh masuk syurga.Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki seorang suami.Syurga suami terletak di bawah tapak kaki seorang ibu.Walau seburuk mana pun danish dekat mata Ainul...dia tetap suami ainul.Aiman dengan danish pun sama.Jaga isteri macam jaga nyawa.Tanggungjawab jangan lupa.Jangan abaikan dia walau macam mana pun.Bila dah ada anak,jaga anak tu elok - elok.Anak tu saham akhirat kita.Anak tu boleh hantar kita ke syurga dan neraka.Ainul jadi anak baik eh?Bila abah pejam mata..abah boleh masuk syurga.Kalau ainul jahat macam mana abah nak masuk syurga? Ingat pesan abah ni....danish jagakan ainul untuk abah.Kalau tak abah takkan tenang nak pejam mata." Pesan pak manaf panjang lebar.
"Ish abah ni...jangan lah cakap macam ni.Tengok.... semua orang nangis.Abah ngan ainul pun dah nangis.Nasib baik kak aisyah dah tidur.Kalau tak...dengan baby dalam perut tu pun nangis." ujar ainul.Mereka anak beranak ketawa mendengar celoteh ainul.Mereka menyeka air mata sebelum melakukan kerja masing - masing.
Share this novel