"You nak pergi mana?Takkan you nak tinggal i dalam majlis ni seorang diri?" soal ifrin manja.Danish memandang ke kiri dan ke kanan.Kelibat ainul sudah hilang dari matanya.Dia menjadi tidak keruan.
"Lepaskan i.Please...ni soal hidup dan mati i" ujar danish sayu.
"Buat apa you kejar dia?You dah janji nak kahwin dengan i.You cakap you cintakan i.Biar je lah dia pergi" balas ifrin geram.Kemarahan yang telah reda kini menguasainya kembali.
"You tak faham dan you takkan faham" tengking danish sekaligus merentap tangannya.Dia terus berlari menuju ke pintu pagar dengan harapan ainul masih berada di sekitar situ.
Namun semuanya sia - sia.Ainul telah hilang dari pandangannya.Danish jatuh terjelopok di atas tar.Air mata lelakinya mengalir keluar.
"Ainul" sayu nama tersebut meniti di bibir danish.Tiba - tiba bahunya disentuh seseorang.Danish menyeka air matanya sebelum bangun lalu menoleh.Syam tersenyum padanya.
Danish melangkah sayu.Dia dan syam menuju ke belakang dewan.Mereka duduk di tangga.Sepi.
"Dia dah tinggal aku syam" ujar danish.
"Dia dah tinggalkan aku.Patutnya aku happy lah kan?" soal danish sambil tersenyum. Namun dirasakan hambar.
"Danish..." sayu hati syam melihat si sahabat selemah itu.
"Aku dah banyak buat salah dekat dia.Memang patutlah kan kalau di tinggalkan aku.Aku dah sakitkan hati dia...hina dia...pukul dia.Tapi dia terima jek semua tu.Dia pendam" ujar danish lagi
"Hari tu aku marah dia tak tentu pasal...aku tampar dia.Betul apa yang dia kata.Aku ni dayus.Pengecut.First time...first time aku tengok dia mengamuk.Mesti dia dah sakit hati sangatkan" sambungnya lagi.
"Kau bersabarlah...bagi dia masa. Biar dia bertenang dulu.Dia..." kata - kata syam terhenti apabila danish meletakkan jari telunjuk di bibir tanda menyuruhnya diam.
"Tak...mustahil untuk dia kembali.Ainul tak pernah melenting.Ainul tak pernah naik tangan.Ainul tak pernah menangis.Dia selalu happy.Tapi...aku punca dia buat semua tu.Aku ni bukan syurga dia,syam.Tapi neraka dia" ujar danish lagi.Air matanya mula bergenang.
"Betul kau kata...aku dah jatuh cinta dengan dia sejak dari zaman kita sekolah lagi.Tapi aku?Aku tipu diri aku sendiri" sambung danish lagi.Hatinya penuh kekesalan.
"Kenapa kau tak luahkan perasaan kau?" soal syam yang setia mendengar sedari tadi.
"Dia tak suka dan tak nak jatuh cinta dengan sahabat dia.Tu sebabnya aku lebih rela jadi kawan dia.Aku nak hadap muka dia hari - hari.Dengar celoteh dia.Layan karenah dia" balas danish.Air mata yang ditahan kini tumpah jua.
"Pasal kau couple dengan ifrin tu ada kena - mengena dengan ainul jugak ke?" soal syam lagi.Danish mengangguk beberapa kali.
"A...aku nak buat dia cemburu.Lagipun aku nampak ifrin tu nak sangat dekat aku.Tapi...aku yang cemburu bila tengok dia dengan lelaki lain.Lagi - lagi bila aku tau lelaki tu suka dia" jelas danish.
"Waktu aku tersungkur dulu,waktu ifrin tinggalkan aku...dia syam.Dia bagi aku nasihat.Dia sebab aku bangun balik.Bila umi aku suruh aku kahwin dengan nabila,aku gelabah.Hanya ada ainul jek dalam kepala aku waktu tu.Dia sanggup tak rehat sebab nak tolong aku.Sedangkan dia sendiri demam waktu tu.Tak sangka,umi aku lagi cepat.Tau - tau jek.Aku dah sah jadi suami dia.Jodoh kitorang pendek,tapi indah.Tiap - tiap hari aku doa supaya aku tak bangun dari tidur ni.Tapi..." danish tidak dapat meneruskan kata - katanya.Rasa sebak menerjah ke dalam hati.
"Dia isteri kau danish.Kenapa kau tak luahkan?Selepas dia jadi isteri kau,dia serahkan segalanya dekat kau.Betul tak? Itu silapnya kau sebagai lelaki danish" ujar syam yang sedikit bengang.
"Kenapa kau terima ifrin?Kenapa janji dengan dia macam - macam?" soal syam.
"Aku keliru dengan perasaan aku.Aku tak tau nak pilih yang mana.Cinta seorang sahabat atau cinta kekasih lama?" balas danish.
Tanpa disedari,ifrin memerhati mereka dari belakang.Deras arus air matanya meluncur di pipi.Pedih.Pedih hatinya bagai ditusuk pisau belati.Ternyata dia hanya mempunyai jasad lelaki itu sedangkan cintanya tidak berbalas.
"Sampai hati awak" ucap ifrin perlahan.Esakannya semakin kedengaran.Air matanya semakin deras.Kecewa.Kecewa dengan insan yang bernama danish hilman.
Danish kaku.Air liurnya ditelan.Pahit.Dia berdiri menghadap ifrin.Begitu juga syam.
"I'm sorry.Saya tak bermaksud nak..." danish cuba menjelaskan segalanya.Namun perbuatan ifrin mengangkat tangan menhentikannya.
"Cukup danish...cukup!Berapa ramai lagi perempuan yang awak nak mainkan?!U dengan mak you sama jek.Macam ular.Berbisa" ujar ifrin sinis.Hatinya bagai disentap saat danish mengangkat tangannya ke udara.Mujur ditahan oleh syam.
"Ini yang you buat dekat ainul kan?!Kalau dulu you boleh buat dekat ainul yang you lebihkan tu.Yang buat you tak nampak i tu.Yang you puji.Tak mustahil tangan you takkan hinggap dekat pipi i one day.Even now i hampir ditampar...for the first time in my life.Hari tu your mom cakap apa?Tak cukup kain?Rambut kena simbah cat karat?Balik you tanya dia...hati dah putih sangat ke?Kalau belum nanti i belikan clorox.Kalau you nak pun boleh" ujarnya lagi.
"I minta maaf.I keliru dengan perasaan i.And sorry sebab hati i dah dimiliki" ucap danish.
"Selamat tinggal buat kali kedua tuan danish hilman.Jangan cari i lagi.Andai you hanya tau disakiti...jangan cari pengganti.You just hurting her" balas ifrin.Suaranya sedikit berketar.Air mata turut bergenang lagi.
"And lagi satu...Di bawah seorang wanita itu belum tentu ada lelaki.Tapi di atas seorang lelaki pasti ada wanita" sambung ifrin lagi.Dia tidak mahu ada wanita lain yang menjadi mangsa cinta lelaki buas seperti danish.Kakinya melangkah laju meninggalkan danish dan syam.Air mata yang mengalir laju diseka.
*****
Ainul melangkah lemah menuju ke perhentian bas.Dia duduk di bangku yang disediakan.Peluh dingin mula membasahi dahi.Ainul mengambil sebungkus tisu di dalam beg silangnya.Peluh tersebut di lap.'Kenapa aku berpeluh ni?Tadi aku lari sampai pagar jek rasanya.Lepastu aku jalan'
Pada masa yang sama,pandangannya semakin kabur.Ya,pandangannya sudah pun mula kabur selepas habis berlari.Kini terasa sakit di bahagian ari - arinya.Ainul menggigit bibir menahan sakit yang teramat.
Tiba - tiba terasa seperti ada yang mengalir di celah kaki.Ainul menyelak sedikit kainnya.Darah.Terkejut ainul melihatnya.Namun rasa sakit menguasai segalanya.Ainul memegang besi tersebut bagi menahan sakit.
Entah bila masa,ada seorang lelaki mendekari ainul.Dia sedikit cemas melihat ainul yang pucat lesi.Dia memerhati kawasan sekeliling sebelum kembali memandang ainul.
"Kenapa dengan cik?" soal lelaki itu prihatin.'Takkan senggugut kot'
"Saya...bleeding.Tolong...hantar saya...pergi hospital" pinta ainul tersekat - sekat.
"Ouh...okey" pemuda tersebut membantu ainul bangun lalu memapahnya.
Baru beberapa langkah ainul berjalan,dia jatuh rebah di situ.Pandangannya kelam.
"Cik...cik...cik..." hanya suara pemuda tersebut yang kedengaran di telinganya sebelum dia pengsan sepenuhnya.
Share this novel