"Danish..." tegur puan sri halimah.Danish tersentak.Ada mutiara jernih yang mengalir apabila kenangan - kenangannya bersama ainul berlegar di ruang fikiran.Dia rindu wanita yang bergelar isteri kepadanya itu.Dia juga risau memikirkan keadaan isterinya yang sedang mengandungkan anaknya.
"Mari makan.Umi ada masakkan nasi dagang dengan ayam masak merah.Danish suka kan?" ajak puan sri halimah dengan wajah penuh berharap.
"Tak apalah umi.Danish tak lapar.Danish nak tidur.Umi makanlah" balas danish tidak bersemangat.
"Danish makanlah sikit.Penat umi masak" puan sri halimah cuba meraih simpati danish pula.
"Danish tak nak" balas danish.Apa yang dimahukannya hanyalah ainul.Hanya ainul berada dalam fikirannya.
Puan sri halimah mengeluh berat.Dia melangkah keluar dari bilik danish.Sayu hati keibuannya melihat anaknya menjadi tidak terurus.Danish sudah jauh berbeza.5 bulan tanpa ainul bagaikan satu penyeksaan buat danish. Rasa sebak menyelubungi hati tuanya.Rasanya tak ubah seperti saat dia mengetahui kebenaran disebalik kemesraan rumah tangga anaknya itu.Dia juga berharap ainul kembali.Namun,hanya nama sang menantu sahaja mampu diselitkan di dalam setiap doanya.
*****
Dania menapak menuju ke tangga.Dia ingin membuat secawan coklat panas demi menghilangkan rasa ngantuk.Ya,dia sedang mengulangkaji pelajaran.Memang itu cara dia belajar.Baginya ,dia lebih mudah memahami apa yang dipelajari di waktu malam dek ketenangan yang teramat.
Entah mengapa,sewaktu lalu di hadapan bilik danish,dia rasa tertarik untuk melihat keadaan abangnya itu.Dia mendekati pintu bilik danish.Pintu yang terbuka sedikit itu memudahkan lagi dia untuk melihat keadaan danish.
Dania tergamam.Dia melihat danish sedang menatap beberapa jenis pil di telapak tangan dalam kuantiti yang banyak.Dengan pantas danua meluru masuk lalu menepis tangan danish apabila melihat danish ingin memasukkan kesemua pil tersebut dalam mulut.Habis berteraburan pil - pil tersebut di lantai.
Danish memandang pil yang telah berteraburan tersebut sekilas.Kemudian dia memandang wajah adik kesayangannya itu.Dia bagai tersedar dari mimpi.Dia terasa berdosa kerana cuba melakukan laranganNya.Matanya berkaca.Kesal dengan dirinya.
"Abang ni dah kenapa?!Dah tak sayang umi dengan papa ke?!Dah tak sayang adik?!Dah tak sayang semua orang sampai nak bunuh diri?!Patutlah kak ainul tinggalkan abang.Sebab abang tak pernah fikirkan hati dan perasaan orang lain...akibat dia...kesan.Abang ni pentingkan diri!Abang tak pernah fikir sebelum buat.Abang tak pernah tanya diri abang kenapa!!" tengking dania sepuas hati.Suaranya memenuhi seluruh pelosok rumah.Habis semua penghuni rumah banglo 2 tingkat itu terjaga.Dia sudah tidak kisah.Asalkan abangnya sedar akan perbuatannya.Air matanya jatuh berjuraian membasahi pipi.
"Dania...danish...kenapa ni?" soal tan sri darman tatkala puan sri sudah mendapatkan dania yang sudah jatuh terduduk itu.Lemah lututnya melihat saudara yang berkongsi darah daging dengannya begitu.
"Abang nak bunuh diri" suara dania mengendur.Tersedu - sedan dia menjawab soalan papanya.
Tan sri darman dan puan sri halimah beristighfar panjang.Terkejut mendengar jawapan dania.Sosok tubuh danish yang menunduk dipandang.
"Apa dah jadi dengan kamu ni danish?Kamu dah tak ingat allah ke?Dah tak ada agama?Mengucap danish.Buat solat taubat,mintak ampun dengan allah.Buat solat istikharah,mintak petunjuk dengan allah dekat mana ainul.Buat solat hajat,mintak dipertemukan dengan ainul.Buat solat dhuha,mintak supaya isteri dengan anak kamu yang tengah dalam perut ainul tu sihat walafiat.Minta dengan allah"tegur tan sri darman tatkala isterinya sudah mengalirkan air mata mengenang tindakan danish.
Danish tersentak.Air mata yang telah diseka membasahi pipinya semula.Kata - kata tan sri darman menusuk hatinya.Dia kini sedar akan kekhilafannya.Sudah lama dia meninggalkan kewajipannya sebagai seorang muslim.Dan sekarang dia ingin melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan allah lagi.'Ya,allah... apa aku dah buat ni?'
Share this novel