"Eh,ainul!Kau tau tak kenapa qilah dah 3 hari tak datang?" tanya rin meminta kepastian daripada ainul.
Rin dan Ainul baru sahaja habis kelas.Langkah mereka kini menuju ke arah perpustakaan.Mereka ingin mengulangkaji bersama - sama memandangkan peperiksaan sudah semakin hampir.
"Tak...kenapa?Kau kalau dah berjangkit ngan minah diva tu tak payah cerita.Aku tak suka gossip" balas ainul.
"Ish,kau ni.Dengarlah dulu." ujar rin.
"Hmmm"
"Aku dengar isya cakap dia jatuh dalam bilik air.Teruk juga sebab pinggang dia terseliuh" jelas rin.
"Oooo...kalau macam tu kita pergi tengok dia lah esok.Kesian kat dia dah banyak tolong kita." ujar ainul.
"Aku ok jek..." balas rin menyetujui cadangan sahabatnya.
KEDEBUK!!!
Ainul dirempuh oleh seorang lelaki yang menaiki tangga sambil berlari.Habis berterabur buku yang dipegang.
"Eh,ainul!Kau okey tak?" tanya rin sambil bantu mengutip barang ainul.
"Okey kau kata?!Kau tak nampak ke tulang belakang aku dah terhentak dekat tangga ni!Lori balak manalah yang rempuh aku?" ujar ainul geram sambil berusaha bangun.Terasa sakit di seluruh belakang badan kerana terhentak di tangga.Nasib baik kepalanya tidak turut terhentak.
"Eh,awak sorry!Saya tak sengaja.Saya rush nak jumpa kawan saya tadi" ujar lelaki tadi.Entah mengapa hati 2 insan itu berdegup laju saat bertentang mata.
"Sedap hati jek minta maaf!Tak nampak ke kawan saya ni macam mana?" balas rin geram.
"Biar je lah rin...balik jom.Aku tak tahan sakitlah" kata ainul pula.Rin menjeling tajam ke arah lelaki tadi sebelum mengangguk. Dia membantu ainul berjalan.
"Awak berdua naik apa?Boleh saya hantarkan?" tanya lelaki itu ramah.Dia menuju ke arah ainul dan rin sebaik sahaja mereka berhenti.
"Saya ammar.Enginering.Tahun ni last" lelaki tadi memperkenalkan dirinya.
"Ainul...ni rin.First year" balas ainul tanpa menyebut kursus yang diambil.Rin hanya memandang tajam.
"Jomlah...saya hantar awak" ajak ammar.Dia sebenarnya rasa bersalah kerana terlanggar gadis itu.
"Hmm...ok"balas ainul setuju.Niat rin dan ainul yang ingin mengulangkaji pelajaran tertangguh.
Share this novel