Bab 49

Romance Series 26650

"Ainul" danish memanggil ainul yang sedang ralit membaca.Ainul tidak menjawab apatah lagi memandangnya.'Ish budak ni...kalau dah jumpa buku,aku mati kena tembak pun dia tak layan'

"Ainul!" suara danish naik satu oktaf.Ainul memandang danish dengan muka menyampah.'Aku tumbuk muka handsome kau ni baru tau.Sibuk jek'

"Apa?Kacau lah abang ni" balas ainul.Dia menyambung bacaannya semula.

"Kenapa abang tengok ainul macam tak ada kekasih?" soal danish ingin tahu.Bacaan ainul terhenti seketika sebelum dia menjawab.

"Sebab ainul tak minat,banyak kekurangan,tak cantik dan datang dari keluarga yang tak berapa senang" ainul menyambung bacaannya.

Jawapan ainul membuat danish sedikit terkedu. Rupanya dalam diam gadis itu melalui onak duri yang tak terlihat di mata orang.'Bagi abang ainul dah cukup sempurna'

"Kalau ada kawan ainul confess,ainul terima tak?" soal danish lagi.

"Erm...entah.Tapi ainul tak suka" balas ainul.Matanya masih leka membaca buku.

"Kenapa?" soal danish lagi.Ainul yang sudah naik rimas itu menutup bukunya lalu memandang anak mata danish.

"Sebab cinta seorang kawan atau sahabat bakal merosakkan hubungan persahabatan" balas ainul sayu.Tidak terbayang rasanya jika dia dan rin putus sahabat kerana cinta.

"Contohnya,abang sukakan ainul.Bila abang confess...ainul tolak sebab nak study.Mesti abang jauhkan diri dari ainul.Pada masa yang sama,ada orang lain yang suka kat abang tau.Sama ada orang tu kawan abang...atau kawan ainul.It is ruining the friendship.Cinta itu membuatkan orang tak tahu mana yang kaca mana yang permata"sambung ainul lagi.Dia menjadi sebak.Bayangan dia berpisah dengan rin berlegar di ruang fikiran. Tidak semena - mena air matanya gugur satu - persatu.

Danish berasa sedikit kecewa.Niatnya untuk meluahkan rasa cintanya dibatalkan.Apatah lagi selepas melihat air mata gadis itu mengalir.

" Sorry sebab ainul nangis depan abang.Tapi,persahabatan ada kepercayaan.But love is nothing.That's why dia merampas kepercayaan"ainul yang menyeka air mata seperti budak kecil itu membuatkan danish tersenyum.

"Lepas ini kita pakai kau aku je lah" ujar danish.Ainul berhenti menyeka air matanya.

"Kenapa pulak?Nanti kan jadi tak hormat.Lagi pun umur abang beza setahun jek dengan abang ainul.So tak ada masalah lah kan?" soal ainul pelik.

"Abang nak jadi kawan ainul.Kita guna je lah kau aku.Boleh?" jelas danish.Ainul mengangguk lambat - lambat.

*****

"Apa salah ainul?Apa dia buat dekat danish sampai danish nak cari perempuan lain?Sebab dia tak boleh mengandung je ke?" tengking puan sri halimah.Kemarahannya masih belum reda.

"Tak...apa umi cakap ni?" soal danish pelik.Dia pulang dari singapura dalam keadaan tergesa - gesa.Sekarang dia dimarahi pulak.

"Ainul bawa jumpa umi kekasih gelap danish?!" balas puan sri halimah.Dadanya berombak kencang menahan amarah.

"Dia bukan kekasih gelap danish umi.Dia kekasih lama danish" ujar danish sambil menunduk.

"Apa semua ni danish?Kamu dah ada isteri yang cukup baik,solehah.Apa yang kurang?Kalau nak anak,danish pergi rumah anak yatim.Jaga anak yatim lebih baik dari jaga anak sendiri yang tak reti bersyukur" balas puan sri halimah.Danish terdiam.Dia mati kata.

"Umi tak izinkan danish ceraikan ainul.Apatah lagi kahwin dengan perempuan tu.Kalau umi dapat tau,danish jangan jejak lagi kaki danish dekat rumah ni.Putuskan hubungan danish dengan dia" puan sri halimah memberi kata putus.

"Tapi danish dah janji nak kahwin dengan dia" danish membantah.Bantahan danish seperti mencurah minyak ke dalam bara api.

"Danish yang menabur janji.Pandai - pandai danish selesaikan.Jangan lupa macam mana danish merayu supaya umi terima dia.Fikir perasaan dia danish.Dia nampak okey,tapi hati dia bernanah" puan sri halimah meninggalkan danish sebaik sahaja menghabiskan kata - katanya.

"Bernanah apanya?Dia tak cintakan danish.Kau tunggu ainul.Kau buat keputusan sesuka hati kau kan?" danish bermonolog sendirian.Kemudian dia beredar dari situ dengan kemarahan yang sudah menguasai hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience