Bab 30

Romance Series 26650

"Apa ni?Main langgar - langgar orang pulak"bentak ainul apabila badannya dilanggar seseorang.Habis air sirapnya tertumpah pada baju dan tudung.Tekak yang terasa perit terpaksa ditahan.Rin juga terkejut apabila ainul dilanggar.

"Sorry,tak sengaja"dengan serta merta ainul memandang tuan empunya suara.

"Kak Ifrin?!"kedua - dua gadis itu memandang antara satu sama lain.Merea berasa sungguh curiga.Jika dikira,bilangan pelajar di situ tidak sampai 20 orang.Tapi dikatakan ramai pula.Ainul merenung muka ifrin dengan tajam.'Ni mesti kes cemburu ni.Baru jadi girlfriend abang danish dah nak langgar - langgar orang.Kalau jadi bini dia langgar dengan lori simen kot.Hurgh!'

"Tak apa lah,kak.Dah nasib ainul kena rempuh bala hari ni.Nak buat macam mana?Jom rin"balas ainul geram sebelum mengorak langkah ke singki.Rin pula menuruti langkah ainul.

Mata ainul mula berkaca sebaik sahaja jauh dari ifrin.Bajunya dibasahkan dengan air sebaik sahaja tiba disingki.Terdetik hatinya untuk menelan air paip yang sedang mengalir itu.Namun segera ditepis agar tidak bertindak seperti orang yang tidak waras.

Rin yang memandang sahabatnya menitiskan air mata terasa pilu.Dia tahu ainul sedang menahan perit kerana sahabatnya itu terlupa membawa air masak.Tambahan lagi,mereka mempunyai kelas pendidikan jasmani pada sebelum rehat tadi.

"Nah,minum air mineral ni."ainul. cepat - cepat menyeka air matanya yang mengalir sebelum pandang ke belakang.Rin pula telah pandang ke belakang.

Danish tersenyum memandang ainul dan rin.Ainul pula masih terpinga - pinga dengan danish.Air mineral dan wajah danish dipandang silih berganti.Tindakan ainul membuatkan danish ketawa kecil.

"Abang tau semua.Abang nampak kak ifrin langgar ainul tadi.Ainul lupa bawa air kan.Ambillah air ni.Lagipun pagi tadi abang nampak ainul kat padang"jelas danish satu persatu.Ainul dan rin tergamam.

"Dan abang tau ainul ada tonsil.Mesti sakitkan tekak tu"sambung danish lagi.Kali ini kedua - dua gadis itu betul - betul terkejut.Mereka tidak menyangka danish mengetahui bahawa ainul mempunyai tonsil.

"Abang danish...bak sinilah air tu.Nanti rin suruh dia minum.Dia tengah blank tu.Agaknya air sirap tadi tumpah dekat otak dia"usik rin.Danish menghulurkan air tersebut pada rin sambil ketawa kecil.Ainul pula apa lagi,direnung sahabatnya seperti hendak ditelan.

" Dah...tak yah tenung rin macam tu.Nah,pakai kot abang ni"ujar danish seraya menghulurkan kotnya.

"Tak apalah,bang.Ainul pengawas biasa jek.Lagipun ainul ni kecik sangat" ainul menolaknya lembut.

"Ambik je lah...jangan nak jual mahal" ujar rin berbaur sindiran.Dengan serta merta ainul mencubit lengan sahabatnya.Rin mengaduh kesakitan.

"Ambik je lah...nanti balik ainul bagilah kat abang semula.Baju ainul comot tu.Nanti ainul malu" tawar danish lagi.Akhirnya ainul ambil kot tersebut.Itupun selepas disiku ainul.

"Ainul masuk kelas dulu.Ni dah lambat dah ni" ujar ainul meminta diri.

"Okey...jangan lupa nanti ada mensyuarat kepimpinan" danish mengingatkan ainul.Ainul hanya mengangguk sebelum berlari anak masuk ke kelas bersama rin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience