Bab 31

Romance Series 26650

Danish sedang makan tengah hari di sebuah restoran bersama ifrin.Pelbagai topik yang dibincangkan mengenai kerja.

"You...bosan lah cerita pasal kerja" adu ifrin dengan manja.

"Habis tu you nak cerita pasal apa?Kalau pasal running men,sorry.I miss episode terbaru.Belum sempat nak tengok" balas danish berbaur gurauan.Ifrin mencebik.

"Pasal hubungan kita" pinta ifrin.

"Okey" balas danish ringkas.

"Hubungan kita dah 2 bulan.You dah bagitau ainul pasal hubungan kita?Bila dia nak jumpa i?" soal ifrin bertalu - talu.Danish melepaskan sudu dan garfu yang berada ditangannya.

"Okey,wait.I belum bagitau dia lagi.Dia pun macam sibuk jek.Nanti i bagitau" jelas danish.Wajah ifrin serta merta menjadi masam mencuka.Muncungnya juga sedepa.

"Tapi you dah janji benda yang sama since 2 weeks ago!" bentak ifrin.Hatinya membungkam.

"Ke you dah jatuh cinta dengan dia?" ifrin serkap jarang.Tangannya disilang ke dada.Wajah danish direnung tajam.Tiba - tiba jantung danish berdetak laju.'Ya allah,kenapa dengan aku ni?'

"Eh,mana ada!Kalau i jatuh cinta dengan dia,buat apa i jadi kekasih you?" danish cuba menafikan segalanya.

"Okey,i trust you" balas ifrin.

Tanpa disedari,ada dua insan yang mendengar perbualan mereka.Hati salah seorang dari mereka seperti ditusuk sembilu.Dengan air mata yang jatuh berjuraian,dia mengorak langkah meninggalkan sahabatnya.

*****

"Ainul,kau okey tak?" soal rin sebaik sahaja memberhentikan kereta di hadapan rumah ainul.

Ainul hanya mengangguk lalu keluar dari kereta tersebut.Kakinya mengorak langkah menuju ke arah pintu rumah.Tiba - tiba kepalanya terasa pening.Pandangannya berpinar.Dia memicit pelipis sambil menahan diri daripada jatuh.

Rin yang sedari tadi setia menunggu sehingga sahabatnya masuk ke dalam rumah keluar dari kereta.Dia mendekati ainul.Bahu ainul disentuh.

"Ainul kau okey tak?" soal rin kerisauan.

"Eh,rin!Kau tak..." belum sempat ainul menghabiskan kata - kata,dia jatuh rebah.

"Ainul!!!" jerit rin apabila melihat sahabatnya pengsan.

"Ainul bangun ainul" pipi ainul ditepuk lembut.Namun tiada sebarang reaksi yang diberikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience