Bab 35

Romance Series 26650

Ainul turun dari teksi selepas membayar tambang.Dia mengorak langkah masuk ke dalam hotel 5 bintang yang berdiri megah di tengah - tengah bandaraya kuala lumpur itu.Dia menuju ke kaunter pendaftaran. Tangan kanannya memegang 2 beg kertas yang berisi makanan.

"Selamat datang!Ada apa - apa yang boleh saya bantu?" sapa pekerja di kaunter pendaftaran tersebut dengan mesra.

"Ump...saya nak jumpa tuan danish" balas ainul sambil menunjukkan beg kertas yang di pegang.

"Boleh saya tau cik ni siapa?" soal pekerja tersebut meminta kepastian.

"Saya isteri dia" balas ainul ringkas.

"Oh,maaf puan!Saya tak tahu" pekerja tersebut segera meminta maaf.Panggilan cik juga telah ditukar kepada puan.

"Tak apa!Lagipun saya baru kali ni datang.Wajarlah kalau awak semua tak tau" balas ainul ramah.

"Bilik tuan danish dekat tingkat atas sekali.Waktu keluar lif nanti puan ikut kanan.Nanti saya bagitau PA tuan danish yang puan datang.Atau puan nak saya panggil pekerja lain hantarkan?" jelas pekerja tersebut seraya menawar bantuan pada ainul.

"Eh,tak pe lah.Terima kasih" ucap ainul lalu beredar dari situ.

"Tuan danish...tuan danish...ada isteri baik,sopan,lembut,pandai masak pun sibuk layan cik ifrin yang gedik tu.Mulut pun macam longkang.Kesian puan ainul" pekerja tersebut bermonolog sendirian sebelum menyambung kerjanya.

*****

Ainul melangkah keluar dari lif.Dia mengikuti arah kanan seperti yang diarahkan pekerja tadi.Setiausaha peribadi danish segera bangun apabila melihat ainul mendekatinya.

"Ni puan ainul,isteri tuan danish eh?" soal setiausaha bernama fazida tersebut meminta kepastian.Ainul mengangguk.

"Tuan danish ada dekat dalam" ujar fazida.

"Akak boleh ainul tolong bagi makanan ni dekat tan sri darman tak?" soal ainul.

"Boleh...nanti saya suruh staf hantarkan" balas fazida.Ainul menghulurkan sebuah beg kertas pada fazida.

"Akak ni comellah mesti baby akak pun comelkan?"puji ainul.Fazida memang berbadan dua,namun dia masih cergas seperti pekerja yang lain.

" Eh,tak lah.Ainul lagi comel"puji fazida pula.

"Terima kasih...saya masuk dulu" ucap ainul.

"Hoi,kak!" salah seorang pekerja perempuan menyergah fazida.

"Ish kau ni!Kalau akak terberanak macam mana?Tak boleh nak tegur elok - elok ke?" fazida mula menghamburkan kemarahannya pada pekerja tersebut kerana geram disergah begitu.

"Hehe...sorry,kak.Tu siapa,kak?" soal pekerja tersebut ingin tahu.

"Tu isteri tuan danish,puan ainul.Dia nak makan dengan tuan" jelas fazida.

"Ouh...untung tuan danish dapat bini macam tu.Dah lah rajin,pandai masak,sopan,baik,cantik pulak tu.Tapikan kak...kenapa tuan danish selalu asyik berkepit dengan cik ifrin yang gedik tu?Dia ada scandal ke dengan cik ifrin?Bini punyalah perfect,takkan ada scandal" soal pekerja tersebut pelik.

"Ish kau ni...kerja nak menyibuk jek.Akak pun tak ambik tau,kau nak sibuk.Biarlah diorang.Ni...kau pergi hantar dekat tan sri.Cakap puan ainul bagi" tegur fazida.Dia mengambil beg kertas yang masih di mejanya itu lalu dihulur pada pekerja tersebut. Kemudian dia menyambung kerjanya.

*****

"Assalammualaikum" ainul memberi salam ketika masuk.Danish memandang ke arah pintu.Dia tersenyum.

"Waalaikummussalam" danish bangun lalu mendekati isterinya yang telah duduk di atas sofa.

"Ainul buat apa datang sini?" soal danish pelik.

"Saje nak makan dengan,abang.Ainul bosan duduk dekat rumah" jelas ainul lembut.

"Ish banyaknya...ainul nak buat kenduri ke?" danish terkejut melihat 5 ke 6 jenis lauk pauk memenuhi meja tersebut.

"Tak pe lah.Boleh ifrin makan sekali dengan kita.Kalau tak habis jugak..." belum sempat ainul menghabiskan kata - katanya,danish telah memotong terlebih dahulu.

"Abang tambah lagi seorang calon isteri" usik danish.Tidak semena - mena lengannya dicubit ainul.

"Jangan harap eh nak duakan ifrin.Kalau ainul dapat tau.Yang nombor 3 tu dengan abang sekali ainul lumatkan" ainul memberi amaran pada danish.

"Ouh...sekarang dah pandai eh nak bagi amaran dekat abang.Mari sini" berlakulah aksi kejar mengejar dalam bilik tersebut.Ainul ketawa keriangan kerana dapat mengenakan danish.

Tidak lama kemudian,ainul berjaya ditangkap oleh danish.Badan ainul dihempas pada sofa.Kemudian dia mengepung ainul.

"Abang nak buat apa ni?" tanya ainul yang mula cuak.

"Abang nak denda ainullah" danish tersenyum nakal.

"Den...denda apa?" ainul semakin cuak.

"Bagi abang baby" balas danish separa berbisik.

"Tapi...takkan lah sekarang kot?Kalau abang nak,kat rumah lah.Malulah orang tengok" danish meletakkan jari telunjuknya di bibir ainul.

"Tak ada orang tengok.Ada kita jek dalam bilik ni" balas danish lagi.

"Ish,abang...tepilah.Ainul datang nak ajak abang makanlah" Ainul mula meronta.Tangannya menolak badan danish yang sasa.Namun segalanya hanya sia - sia kerana badan danish langsung tidak berganjak.Malahan danish mendekatkan lagi wajah mereka sehingga nafas mereka bersatu.Ainul tidak melawan lagi.Dia penat.

Tiba - tiba,pintu terkuak dari luar.Ainul dan danish terkedu.Ifrin yang pada mulanya ingin mengajak danish makan tengah hari bersamanya kini kaku di muka pintu.Danish membetulkan posisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience