Bab 36

Romance Series 26650

"Maaf,tuan danish.Saya tak sengaja.Saya dah cuba halang cik ifrin"ujar fazida sambil menahan senyum.

"Erk..tak apa,kak.Saya memang nak jumpa dia pun.Nak ajak makan sekali.Kalau akak nak join pun boleh"balas ainul tenang.Walhal hanya allah yang tau betapa malunya dia ketika itu.Bukan sahaja ifrin yang nampak,fazida juga.

Ifrin berjalan lalu duduk di sebelah danish.Luruh hatinya ketika itu.Namun digagah juga.

"Saya keluar dulu.Semoga cepat dapat baby"usikan fazida menyebakan ainul bertambah malu tatkala hati ifrin semakin panas.Danish pula ketawa kecil melihat perangai pekerjanya yang seorang itu.

"Ifrin,makin cantik kau sebahagia.kan?Patutlah danish ni makin galak nak dekat kau"ainul cuba untuk menceriakan suasana.Danish terdiam.Entah mengapa hatinya merasa begitu sakit saat ainul mengungkapkan kata - kata tersebut.

"Mestilah...sebagai perempuan,kita kenalah jaga penampilan.Barulah orang yang kita sayang tu tak cari yang lain"balas ifrin sinis.Dia memaut lengan danish.

Mata ainul mula membahang.Dia tidak sanggup melihat aksi pasangan tersebut.Namun,dia masih cuba untuk mempamerkan wajah tenangnya.

"Ada apa kau nak jumpa aku hari tu?"soal ainul memulakan perbincangan.Tangannya mula mencedok nasi dan lauk pauk lalu diberi pada danish dan ifrin.

"Tak adalah.Aku nak minta restu kau jek.Kau kan isteri pertama danish.Aku tau aku datang pada waktu yang salah.Tapi aku memang cintakan danish.Aku harap kau faham"jelas ifrin.Ainul berpura - pura ketawa.Danish dan ifrin berpandangan dek kerana pelik.

"Kenapa ainul ketawa?"soal danish.

"Tak adalah,bang.Ifrin ni ha buat lawak.Cakap macam orang gagal subjek agama.Macam tak ada agama pun ada.Kalau kau nak minta restu,bukan dengan aku.Tapi dengan parents korang dan allah"balas ainul.Ifrin menjadi semakin sakit hati melihat ketenangan ainul.

"Sayang...ainul dah bagi green light.So sekarang macam mana?"soal ifrin.Ainul memandang danish.'Abang,cakap yang abang nak hentikan semua ni dan bersama dengan ainul atau ainul akan kuburkan perasaan ni buat selamanya'

"I akan uruskan segalanya secepat mungkin"balas danish.'Ya allah...kau kuatkanlah aku ya allah'

Tiba - tiba talefon milik ainul berdering menandakan ada panggilan masuk.Tertera nama rin pada skrin.Ainul menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum,ammar...saya free jek.Kenapa?...awak nak ajak saya jalan?Boleh.Awak ambik saya dekat office danish.Bye"ainul berpura - pura gembira.

"Siapa tu?"soal danish tegang.

"Ammar"balas ainul ringkas.

"Siapa ammar?"soal ifrin pula.

"Boyfriend aku...oups...maksud aku kawan lelaki aku"ainul berpura - pura tersasul pula.

"Kau dah ada calon jugak rupanya...baguslah"ujar ifrin.

"Aku nak minta diri dululah...nanti ammar tunggu pulak.Nanti abang bawa balik bekas eh?"ucap ainul meminta diri.Matanya mula berkaca saat keluar dari bilik tersebut.

Ainul mendail nombor rin.Selepas beberapa saat,panggilannya dijawab.

"Hello,ainul.Asal kau panggil aku ammar tadi?Kau nak kena eh?!"bentak rin geram.

"Rin...aku tak kuat.."air mata yang jernih mula jatuh membasahi pipi ainul.

"Eh,ainul.Kenapa kau nangis?Kau kat mana?Aku ambik kau sekarang"kedengaran suara rin mula kerisauan.

"Tak apa...aku datang sana.Bye"ainul memutuskan talian.

*****

" Apa kau cakap?!Kau dah bincang pasal..."rin tidak dapat meneruskan kata - katanya dek terlalu terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh ainul.

"Kalau kau nak nangis,kau nangislah,ainul.Nangis tak bermakna kita lemah.Kalau aku jadi kau,aku pun nangis" rin menaruk ainul ke dalam pelukannya.Dengan serta merta tangisan ainul pecah.Kolam matanya tidak dapat lagi menampung air mata.

"Aku...aku cintakan dia,rin" ainul tersedu - sedan mengungkapkan kata - kata keramat itu.Tanpa disedari,rin mengukir senyuman bahagia.Belakang badan ainul digosok bagi meredakan tangisan ainul.

"Ainul...kau kena kuat.Pertahankan rumah tangga kau.Kau isteri dia,ainul.Kau ada hak" rin cuba memberi semangat pada ainul.

"Tak...aku tak mampu nak bahagiakan dia.Dalam hati dia hanya ada ifrin.Aku nak dia bahagia dengan ifrin" jelas ainul.

"Eh,kejap!" ainul meleraikan pelukan mereka.'Apa kena pulak kawan aku ni.Tadi beria sedih.Takkan nangis pun boleh pause'

"Aku nangislah. Eeee...tak sukanya!" ainul menyeka air matanya tatkala rin tergelak kecil melihat gelagat sahabatnya.'Sah kena rasuk'

"Alaaa...biarlah.At least aku dengan baby tau yang kau ni normal" rin mengusik ainul.Tidak semena - mena dia mendapat cubitan di peha.

"Sakitlah!Kalau kau nak urut kaki aku yang bengkak ni tak apa lah jugak.Ni tak,kau cubit aku pulak" rungut rin sambil menggosok pehanya.

"Padan muka kau.Siapa suruh kau mengata aku?" ainul ketawa kepuasan.

"Rin...kau ajar aku buat kek coklat boleh?Minggu depan dia hari jadi danish" pinta ainul.

"Boleh jek.Tapi dengan syaratlah" balas rin sambil tersenyum nakal.Ainul melepaskan keluhannya.

"Ish...kau ni.Tak ikhlas lah tu.Cepatlah,apa syarat dia?" soal ainul menahan geram.Ainul melepaskan keluhannya.

"Kau kena jadi chef aku hari ni.Aku tak larat nak masak.Lagipun aku dah lama tak makan masakan kau" jelas rin.

"Ye laa..." ainul bersetuju demi suaminya.Dia membantu rin bangun lalu menuju ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience