"Apa kita nak buat ni?" soal puan sri halimah selepas kepada ahli keluarganya.
"Dania rasa kita tak boleh nak buat apa lah.Kita cuma boleh bagi kata - kata semangat a.k.a tazkirah jek" ujar dania berbaur gurauan.Terletus ketawa halus dari bibir mereka buat seketika sebelum keadaan menjadi tegang kembali.
"Betul tu,umi.Dia mengalami tekanan jiwa.Bukan sakit.Nak bagi ubat penenang...banyak kali dah bagi.Tapi sampai bila?" sokong amira.Masing - masing menghela nafas berat.
"Macam ni lah...kita buat jadual untuk pantau danish.Kita bahagikan 3 masa.So seorang ada 8 jam.Umi akan ambik bahagian pagi.Pukul 5 sampai pukul 1.Papa ambik pukul 1 sampai pukul 9.Dan disebabkan dania suka tidur lewat,dania ambik pukul 9 sampai 5.Kalau dania nak tidur,dania pastikan abang dah tidur dulu.Tak pun kejut umi atau papa" jelas tan sri darman panjang lebar.Itu sahaja caranya untuk memantau aktiviti anaknya.
"Daniel dengan amira?" soal daniel.Dia rasa bersalah jika tidak terlibat sama.
"Daniel dengan amira silih berganti tolong kitorang kat sini.Terutamanya bila papa atau umi ada hal penting,korang kena ganti.Kalau cuti,boleh lah ganti dania" jelas tan sri darman lagi.
"Baiklah,pa" balas daniel akur.
Tan sri darman tersenyum apabila semua ahli keluarganya bersetuju.Mungkin agak susah untuk melakukan rancangan tersebut.Tambahan pula mereka semua mempunyai kekangan masa.Namun itu sahaja cara untuk memantau danish.
"Minggu depan daniel outstation kat perlis.Umi nak apa - apa?Dania?Papa?" soal daniel sambil tersenyum.
"Ni free ke berbayar?" soal dania.Ada sinar di matanya.
"Free...tapi jangan banyak sangat.Boleh bankrup nanti" seloroh daniel disertai gelak halus anak beranak tersebut.
"Umi dengan papa tak nak apa - apa lah.Cukuplah daniel selamat sampai selamat balik" balas puan sri halimah.
"Okeylah kalau macam tu.Dania tak nak apa - apa ke?" soal daniel pada dania.
"Beli je lah apa - apa"balas dania ringkas.
Daniel dan amira bangun lalu menyalami tangan tua tan darman dan puan sri halimah. Tasya dan tania yang sedang bermain turut dipanggil.Mereka minta izin untuk pulang.
*****
Daniel keluar dari perkarangan masjid al hussain bersama sahabatnya,azim.Mereka baru sahaja habis menunaikan solat asar di situ.
" Lepas ni kau nak pergi mana - mana tak?Lagi pun rasanya hari ni tak ada apa - apa lagi"soal azim.
"Aku rasa kita balik rumah jek kot.Lagi pun esok nak bangun awal.Aku ingat nak rehat sikit" balas daniel. Badannya terasa lenguh dek kesibukan yang berpanjangan.
Tiba - tiba mata daniel tertancap pada seorang wanita mengandung dari jauh.Wanita tersebut sedang berpaut pada dinding.Daniel menhentikan langkahnya.Dia sepertinya mengenali wajah itu.
"Tu bukan ainul adik ipar kau ke?" soal azim apabila dia turut perasan kehadiran wanita itu.
Belum sempat daniel membalas soalan azim,ainul jatuh rebah di situ.Dengan pantas mereka berdua mendekati ainul.Begitu juga beberapa orang yang melihat.Kepala ainul diletakkan di ribanya sambil menampar lembut pipi ainul.Nama ainul turut disebut beberapa kali.
"Azim...start kereta kita pergi hospital"arah daniel sambil mencempung ainul yang sudah pucat itu.
*****
Ainul tersedar.Tangannya menghalang cahaya yang menyilaukan matanya.Keadaan sekeliling diamati selepas pandangannya jelas.Wad hospital.
" Macam mana aku boleh dekat sini?"soalnya pada diri sendiri sambil mengingati apa yang terjadi.Namun semuanya hanya sia - sia.Kepalanya hanya sakit.
Ainul turun dari katil.Dia melangkah perlahan - lahan.Tangan kirinya memegang perut sementara tangan kanannya berpaut pada katil sementara dia belum mampu menyeimbangkan tubuhnya.Dia ingin mencari jawapan bagi semua soalan yang bermain di mindanya.Dia ingin tahu bagaimana dia boleh berada di situ.Dia ingin tahu siapa yang menghantarnya ke situ.
Belum sempat ainul keluar dari wad tersebut,pintu terkuak dari luar.Ainul terkedu.Dia kaku di situ.Insan yang berada dihadapannya itu tersenyum.
"Abang daniel?"soal ainul pelik.Daniel hanya tersenyum.
" Ainul nak pergi mana?Ainul baringlah.Ainul kena rehat"soalan ainul dibiarkan tidak berjawab.Dia meletakkan makanan yang dibeli dari luar itu di atas meja.
"Boleh abang papah ainul?" daniel meminta izin.Bimbang pula ainul tidak selesa dengan tindakannya.Ainul hanya mengangguk.Mulutnya seolah - olah terkunci.
"Ainul nak makan apa?Abang ada belikan nasi ayam..." belum sempat daniel menghabiskan kata - katanya,ainul memotong.
"Macam mana ainul ada dekat sini?" soal ainul.
"Ainul pengsan tadi.Kebetulan abang ada dekat situ.Abang bawalah ainul ke hospital.Doktor cakap ainul tak cukup rehat.Ainul buat apa sampai tak cukup rehat?" soal daniel prihatin.Ainul hanya berdiam.Otaknya masih memproses setiap bait bicara daniel.
"Nah,makanlah dulu.Abang nak keluar kejap.Kawan abang tunggu" ujar daniel apabila melihat ainul diam.Pinggan yang berisi nasi serta lauk itu dihulur pada ainul.
Ainul menerima huluran tersebut.Niat untuk bertanya dengan lebih lanjut dibatalkan.Ainul mengukir senyum sebagai tanda terima kasih.Susuk tubuh daniel dihantar dengan pandangan.
*****
"Ainul,abang nak tanya boleh?" soal daniel.
Entah mengapa ainul rasa berdebar.Namun reaksinya cuba dikawal sebaik mungkin.Kepala dianggukkan bersama senyuman yang manis.
"Ainul tak pernah terfikir ke nak balik?" soal daniel serius.
Dengan serta - merta senyuman di wajah ainul hilang.Dia tertunduk.
"Tak...ainul tak nak ifrin ingat ainul nak rampas danish semula dari dia" balas ainul sayu.Sebak mula menjengah hatinya.
"Ainul...dalam rumah tangga...kita kena hormat,hargai,terima,percaya,bersabar,jujur antara satu sama lain.Kita kena dengar penjelasan dari pasangan kita.Minda pon kena sentiasa positif" nasihat daniel bersungguh - sungguh.Dia berharap ainul sedar apa yang cuba disampaikan olehnya.
"Danish bukan pasangan hidup ainul.Dah tak ada apa - apa lagi antara kitorang..." balas ainul.Dia tidak mahu mengingati kisah silamnya bersama danish.Apatah lagi selepas dia bersuysah payah melupakan segala kenangannya bersama danish.
"Danish tak pernah jatuhkan talak.Dia tak pernah ada hubungan dengan ifrin selepas malam reunion tu.Apatah lagi bila ifrin yang tinggalkan danish dan dia menghilangkan diri" kata - kata daniel membuatkan ainul tergamam.Cukup untuk mengunci mulutnya.Soalan yang sentiasa ditanya pada dirinya sendiri telah terjawab.
"Dia cintakan ainul" sekali lagi hati ainul bagai disentap.Satu persatu mutiara jernih membasahi pipi gebu ainul.Perutnya yang besar diusap sayang.'Papa sayangkan kita baby'
"Dia sakit ainul. Dia rindu ainul.Dia dah tak macam dulu.Abang harap ainul faham apa yang abang nak.Kalau bukan demi danish, demi umi dengan papa.Sekurang - kurangnya ainul fikir pasal baby dalam perut tu.Baby tu akan tanya pasal ayah dia.Lambat laun semuanya akan terbongkar"daniel masih cuba untuk memujuk ainul.Sebagai abang,semestinya dia ingin melihat rumah tangga si adik sempurna.
Ainul berdiam.Kata - kata daniel mengusik hatinya.Air mata tak berhenti mengalir,malah semakin deras.Hati dan akal kini bercanggah.Hatinya meraung - raung menyuruh ainul kembali kepangkuang si suami sedangkan akalnya menyuruhnya untuk membiarkan suaminya merasai keperitan seperti keadaannya 5 bulan yang lalu.Akhirnya keputusan dicapai.
" Ainul dah buat keputusan"ujar ainul sambil tersedu - sedan.
Share this novel