Bab 42

Romance Series 26650

Talefon miliknya dihidupkan.Ainul ingin melihat waktu.11 malam.Sudah hampir 2 jam dia duduk di perhentian bas tersebut sambil mengalirkan air mata.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan rin.Nombor talefon rin didail.

Tut...Tut...Tut...

"Assalammualaikum,rin" ainul memberi salam sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Waalaikummussalam.Ainul...kau kenapa ni?Asal kau nangis?"soal rin cemas apabila mendengar ainul tersedu sedan.

" Tolong aku,rin.Aku tak tau nak minta tolong siapa lagi dah"pinta ainul.Air matanya masih setia menemani dirinya.

"Okey...relax...kau kat mana?Aku datang ambik kau" ujar rin menenangkan ainul.

"Kat bus stop...yang dekat dengan rumah aku" balas ainul.

"Okey...kau tunggu.Kalau ada apa - apa,call aku" ainul mengangguk seolah - olah rin berada di hadapannya.Ainul kembali menghamburkan tangisannya sebaik sahaja panggilan diputuskan.Mungkin orang akan fikir dia gila.Tapi dia tidak kisah kerana tiada yang tau isi hatinya.

Lebih kurang 20 minit kemudian,sebuah kereta berhenti dihadapan ainul.Ainul menyeka air matanya.Kelihatan rin dan syam keluar dari kereta lalu mendekati ainul.

"Ainul,jom" ujar ifrin sambil menghulurkan tangannya sementara syam mengambil barang - barang ainul.

Baru sahaja berjalan beberapa langkah,ainul berpaut pada rin.Kepalanya terasa berat dan sakit.Akhirnya dia jatuh rebah tidak sedarkan diri.

*****

Jam sudah beranjak pukul 2 pagi.Danish masih tidak dapat melelapkan matanya.Fikirannya masih belum mampu menghadam apa yang terjadi sebentar tadi.

'Ainul kecewa dengan diri abang.Mulai hari ni,persahabatan kita putus.Andai kita bertemu,anggaplah yang ainul tak pernah wujud dalam hidup abang'

Kata - kata ainul terngiang - ngiang di telinganya.Dia serba salah.Dia mahu mencari ainul.Namun egonya menghalang.

"Aaaargh" danish meramas rambutnya kasar.Dia buntu.Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

*****

Cahaya mentari mula menerangi bilik tersebut.Ainul tersedar saat ia mengena pada wajahnya.Ainul memandang keadaan sekeliling sebaik sahaja pandangannya jelas.

"Eh,aku kat mana ni?" ainul terkejut.Dengan lantas dia duduk.Dia tidak ingat apa yang terjadi.

Tuk!Tuk!Tuk!

Rin masuk sambil menatang dulang di tangan.Terdapat nasi lemak dan secawan coklat panas di atas dulang tersebut.Rin melabuhkan punggungnya di birai katil selepas meletakkan dulang tersebut di meja lampu.

"Ni aku buatkan nasi lemak favourite kau.Makan eh?Aku suap" ujar rin.Sudu yang berisi nasi lemak tersebut disua ke mulut ainul.

Satu persatu memori menerjah akal fikiran ainul sejak rin masuk ke bilik tersebut. Akhirnya air matanya menitis saat rin menyuakan nasi lemak.Dia menunduk kemudian menggelengkan kepalanya.

"Aku dah tak larat,rin" kata - kata ainul membuatkan rin sebak.

Nasi lemak tersebut diletakkan kembali di atas dulang.Rin menarik ainul ke dalam pelukannya.Belakang badan ainul diusap bagi menenangkan ainul.Akhirnya rin turut berada dalam lautan air mata.Dia tidak sanggup melihat keadaan ainul pada ketika itu.

"Dah...kau jangan sedih lagi.Aku tak sanggup nak tengok kau macam ni.Kau makan dulu.Pastu rehat.Bila kau dah sedia,kau bagitau aku semuanya okey?" ujar rin sebaik sahaja tangisan ainul reda.Ainul hanya mengangguk dan menuruti arahan rin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience