'Kahwin dengan aku'
3 perkataan yang cukup mendebarkan hati ainul saat ini.Sudah beberapa hari dia tidak mampu untuk memejamkan mata walaupun telah dicuba buat kesekian kali.Sehinggalah pukul 4 pagi,barulah mata ainul mula terkatup rapat.Itupun setelah keputusan dibuat.
*****
Danish sedang bersarapan bersama orang tuanya ketika ini.Masing - masing mendiamkan diri.
"Danish dah fikir dah pasal yang umi cakap hari tu?Umi bukan apa.Umi cuma nak tengok anak bongsu umi ni naik pelamin jek.Pastu bolehlah dukung cucu umi yang baru" kata puan halimah,ibu danish dengan selamba memecah kesunyian pagi itu.
Kata - kata puan sri halimah sebentar tadi hampir membunuhnya.Apa tidaknya kalau dia hampir tersedak semasa minum air apabila mendengar 2 ayat terakhir dari uminya.Sementara itu,tan sri darman hanya makan seperti tidak ada apa yang berlaku.
"Erk...umi.Danish bukan nak jadi anak derhaka.Sakitkan hati umi pun jauh sekali.Tapi Danish memang tak berkenan dengan farin.Umi bagilah Danish cari pilihan hati Danish." balas danish dengan lembut.
Sungguh dia akui penampilan farin yang seksi itu pasti menggoda hati setiap lelaki diluar sana.Ditambah pula dengan rupa paras yang cantik.Memang tidak hairanlah apabila ramai lelaki yang meminatinya.Namun entah kenapa,danish langsung tidak terpikat dengannya.
"Boleh danish bagitau umi tak apa kurangnya farin tu?Dah lah cantik,sopan pulak tu.Umi memang berkenan dengan dia." ujar puan halimah lagi.
"Umi...sebenarnya danish dah ada pilihan hati danish.Danish cuma belum sempat nak kenalkan dia dengan umi." jelas danish.Riak wajah puan halimah berubah serta - merta.Dia agak terkilan mendengar penjelasan anaknya kerana selama ini Danish tidak pernah berahsia dengannya.Suasana menjadi sepi kembali.
"Apa nama bakal menantu papa tu?" tanya tan sri darman memecah kesunyian itu kembali.Terukir senyuman di bibir danish mendengar soalan ayahnya.
"Ainul mardiah,pa" jawab danish.'Aduhai mulutku.Kenapalah kau lepas sangat.Betullah mulut lagi tajam dari pisau,sebab riwayat aku bakal tamat.Mesti kena baling heel ainul ni.Tapi ainul tak pakai heel kan.Pakai,tak pakai,pakai, tak pakai.Aargh...lantaklah.
"Ooo,cantik nama tu.Tak silap papa tu nama bidadari syurga yang tercantik.Terasa nak pasang lagi satu pulak," ujar tan sri darman berbaur gurauan.Berdekah - dekah 2 beranak itu ketawa.
"Danish,minggu depan hari sabtu bawak dia jumpa umi.Kalau tak umi reject," puan sri halimah memberi arahan dan ugutan kepada danish.
"Hah,abang pun jangan nak mengada.Kalau saya dapat tau abang ada hubungan dengan perempuan lain,habis abang saya kerjakan dengan perempuan tu," sambung puan sri halimah lagi memberi amaran keras kepada suaminya.Dia kemudiannya bangun untuk membasuh pinggan di dapur.
2 beranak yang masih duduk di situ ketawa kecil melihat reaksi puan halimah tadi.Mereka kembali menjamu makanan mereka semula.
Share this novel