Danish memberhentikan keretanya dihadapan rumah syam dan rin.Suasana sunyi sepi dan gelap.
"Assalammualaikum" danish memberi salam beberapa kali.
Tidak lama kemudian,pintu terkuak.Rin keluar sambil menggosok matanya.Mungkin baru bangun dari tidur.
"Ada apa kau datang rumah aku malam - malam buta ni danish?" tanya rin.Matanya yang terasa begitu berat menyebabkan dia lupa untuk menjawab salam.
"Ainul ada kat sini tak?" tanya danish.
"Eh,kau ni.Time macam ni dia ada dengan kaulah.Kau suami dia.Buat apa dia nak tinggal kat sini?" balas rin berpura - pura.
"Aku tau ainul kat dalam.Panggil lah dia keluar" pinta danish lagi.
"Dia tak ada kat sini lah" sekali lagi rin menafikannya.
Danish masih tidak berputus asa.Dia mencari idea supaya dapat masuk ke dalam.Tiba - tiba matanya terlihat pintu pagar tersebut tidak dikunci.
"Okeylah kalau kau cakap macam tu.Tapi aku nak minta air sikit" pinta danish.Kemudian rin melangkah masuk ke dalam.
Sebaik sahaja rin hilang dari pandangan,danish melangkah masuk.Matanya tertancap pada sepasang sandal.Itu ialah sandal milik ainul.Danish melangkah masuk.
Dia dapat melihat isterinya sedang menonton televisyen.Dia semakin panas hati apabila melihat isterinya tersenyum di atas sofa tersebut.
"Ainul...jom balik" arah danish.Namun tiada sahutan daripada ainul.
"Ainul Mardiah!Jangan degil boleh tak?" bentak danish.Hatinya sungguh panas melihat tindakan ainul.
Sementara itu,rin yang melihat danish berada diruang tamu rumahnya terkaku.Untung air di tangannya tidak jatuh.'Oups...sorry ainul.Tak sengaja. Untunglah aku hari ni dapat tengok drama free sebabak'
"Abang buat apa dekat sini?" soal ainul selamba.Secara tidak langsung,soalannya membuat danish semakin panas hati.
"Patutnya abang yang tanya ainul macam tu!Dah tak ada rumah ke sampai nak kena tidur dekat sini?Balik sekarang!" tengking danish. Ainul masih bereaksi selamba.
"Tak nak.Ainul nak tidur sini.Abang balik lah"balas ainul selamba.
" Balik abang kata"gaya danish kini tak ubah seperti seorang ibu yang menyuruh anaknya balik.Ainul berdiri lalu memandangnya dengan tajam.
"Abang ni kenapa?Dari tadi nak paksa - paksa ainul.Ainul kata tak nak.Abang dah tak faham bahasa melayu ke?Nak ainul dengan rin ajar abang?"ainul yang sudah tidak tahan dipaksa pulang oleh suaminya mula menghamburkan ketidakpuasannya apabila dipaksa.
Danish semakin geram dengan sikap ainul.Dia bimbang akan naik tangan.Lebih - lebih lagi di situ.'Kalau cara lembut tak jalan,terpaksalah guna cara kasar kan?Ainul yang cabar abang eh.Abang ikut jek'
Tanpa berlengah lagi,danish mendekati ainul lalu mencepung ainul.Ainul yang agak terkejut dengan tindakan refleks danish pula meronta - ronta sambil memukul dada bidang danish.
"Turunkanlah!"arah ainul.Namun langsung tidak dipedulikan oleh danish.Malahan,danish mula mengorak langkah menuju ke kereta GTR hitam miliknya.Ainul di letakkan di dalam kereta.Sebelum masuk ke perut kereta dia sempat memandang rin dan syam yang entah bila memerhatikan mereka pun dia tidak tahu.
"Air tu kau masak je lah,buat minum.Syam...esok kau masuk office aku"ujar danish lalu masuk ke dalam perut kereta.'Habislah aku kena bebel dengan danish esok.'
*****
Kereta GTR hitam milik danish memasuki perkarangan rumah 2 tingkat.Ainul keluar dri kereta tersebut lalu menghentakkan kakinya ketika berjalan tanda protes.Mujur ketika itu sudah larut malam.Kalau tidak mana mahu disorok auratnya itu.Sudahlah dia tidak sempat mencapai tudungnya semasa dicepung danish tadi.
Danish yang melihatnya pula menggelengkan kepala.Kini dia hanya ingin memujuk isterinya itu.Dia keluar dari perut kereta.Kemudian menapak masuk ke dalam rumahnya.
" Ainul...kenapa ni?"soal danish lembut apabila melihat ainul berdiri di balkoni bilik sambil menyilangkan tangan ke dada.
"Abang tanya ainul kenapa?Abang tu yang kenapa?Abang kena ingat yang abang tu ada ifrin dan bakal menceraikan ainul!So jangan kisah pasal apa yang ainul buat.Dan ainul tak nak ifrin kata ainul mungkir janji!" bentak ainul.Panas sungguh hatinya kini.
"Sekarang ni apa masalah ainul?!Sampai nak tengking abang,cakap pasal ifrin,cerai.Dan kenapa abang tak boleh ambil kisah pasal ainul?!You're my wife!Dan ainul kena ingat yang abang dah sentuh ainul.Lelaki mana yang nak kat ainul?!" danish yang diam daripada tadi meninggikan suaranya pula.Hatinya yang sejuk menjadi panas apabila mendengar kata - kata ainul.
"Untuk pengetahuan abang,ammar masih setia nak dekat ainul.Dia suka ainul.Dia nak terima ainul seadanya. Dia..." belum sempat ainul menghabiskan kata - katanya,danish sudah mengangkat tangan ke udara untuk menampar ainul.Namun sempat dikawal.
"Kenapa berhenti?Tamparlah ainul.Ainul tahu ainul bukan isteri yang baik.28 april.Tak pernah ada orang sentuh pipi ni macam mana abang sentuh.Mak dengan arwah abah pun tak sentuh pipi ni macam tu.Abang orang pertama.Ainul nak cakap terima kasih sangat.Sebab malam tu abang bagi ainul rasa penampar buat kali pertama dalam hidup.Jangan buat dekat ifrin tau.Dia baik.Jauh lebih baik dari ainul" air mata ainul jatuh bercucuran.Terketar - ketar suaranya menahan diri menangis.Namun apakan daya air matanya masih tidak dapat ditahan.Dia melangkah pergi dengan hati yang sebal.
Danish sedari tadi telah menurunkan tangannya kini berasa kesal.Cemburu.Ya,sebab cemburu dia hampir menyentuh pipi gebu itu dengan kasar buat kali kedua.Dia tidak sanggup mendengar nama lelaki lain meluncur keluar dari bibir mungil itu.'Ya allah,apa dah jadi dengan aku?Kenapa aku harus cemburu?Kami bakal berpisah.Kenapa aku terasa begitu pedih apabila mendengar perkataan cerai?'
*****
"Ainul tolong abah...Tolong abah ainul.Jangan humban abah masuk neraka ainul.Ainul...tolong abah ainul...jangan humban abah masuk neraka..."
"Ainul...tolong mak ainul....Kenapa ada orang tarik mak masuk neraka ainul? Ainul...tolong mak...mak tak nak masuk neraka..."
Suara tersebut silih berganti kedengaran di telinga ainul.
"Mak...abah!" ainul tersedar dari tidurnya.Jam dinding dipandang.Pukul 3 setengah pagi.Dia terlelap di sofa.Butir - butir mutiara jernih jatuh membasahi pipi gebunya.
"Ya allah...berdosanya aku.Aku tak sanggup ya allah.Aku tak ingin menginjakkan kaki ke neraka mu.Namun aku juga tak mampu untuk menginjakkan kaki ke syurga mu.Jangan kau hukum kedua orang tua ku kerana aku ya allah.Biar aku yang tanggung dosa - dosa itu ya allah" ainul memanjatkan doa kepada yang maha esa.Luluh hatinya memikirkan syurga dan neraka,memikirkan ibu bapanya.Empangan yang telah pecah sedari tadi terus mengalirkan air mata.
Share this novel