Bab 54

Romance Series 26650

Ainul bangun dari tidurnya.Terasa sungguh lena apabila berada dalam dakapan suami.Matanya digosok sebelum menoleh ke sisi kanannya.Terlihat danish senyum.

"Abang buat apa ni?" soal ainul.

"Tengok isteri kita lah.Dah makin tembam pipi dia ni" balas danish sambil mencubit manja pipi ainul.Ainul mencebik sebelum tersenyum manis kembali.

"Dah pukul berapa?" soal ainul ingin tahu.Apatah lagi tidurnya terasa begitu panjang.

"8:40" balas danish ringkas.Hilang senyuman di wajah ainul.Ainul duduk memandang suaminya.

"Kenapa tak kejut?Ainul dah terlepas solat asar dengan maghrib dah" ujar ainul.Wajahnya sudah cemberut.Muncung juga sudah sedepa.Tangan pula disilangkang ke dada.

"Sorry,sayang.Abang pun terlepaslah.Nanti kita qada sama - sama eh?Janganlah masam.Nanti baby lahir,muka dia masam jugak.Senyum sikit" pujuk danish.Namun ainul masih sama.Langsung tidak terkesan dengan kata - kata danish.

"Okey...sekarang ainul pergi mandi,ambil wuduk.Kita solat sama - sama.Abang tunggu" arah danish. Ainul hanya menuruti arahan danish walau wajahnya masih masam.

*****

Ainul menyalam tangan danish selepas mengaminkan doa.Danish pula mencium dahi ainul.Lama mereka berada dalam keadaan itu.Satu persatu mutiara jernih gugur.

"Jangan tinggalkan abang lagi" ucap danish syahdu.Tangan ainul digenggam.

"Takkan" balas ainul ringkas.Kepala ditunduk menahan sebak yang semakin menghurung dada.

"Baby,baby jaga mama tak waktu papa tak ada?Ke baby nakal,hmm?" danish membongkokkan badannya sambil bercakap seolah - olah bayi yang berada dalam kandungan itu boleh mendengar suaranya.Perut ainul diusap dan dicium sayang.

"Jangan nakal - nakal tau.Kesian mama.Papa janji papa takkan biar mama dengan baby pergi jauh - jauh lagi.Baby pon tolong papa pujuk mama kalau mama merajuk tau" sambung danish lagi.

Air mata ainul semakin deras mengalir.Dia terharu dengan perbuatan danish.Tangisannya mula kedengaran.

"Eh,kenapa nangis ni?Abang ada buat salah lagi ke?" soal danish agak cemas.Bimbang jika ada perlakuannya yang tidak kena di mata ainul.

"Tak ada lah.Ainul terharu.Ainul dah banyak buat salah,tapi abang tak marah pun ainul.Ainul tak sangka,allah gantikan abah dengan abang" balas ainul tersedu - sedan.Danish berasa lega.'Ingatkan apa tadi.Sensitif betullah'

"Syuuuu...ainul tak ada salah pun.Kalau ada pun,semuanya berpunca dari abang sendiri...so ainul yang cute ni tak payah nangis lagi.Buruk" tidak semena - mena satu cubitan hinggap di peha danish.'Amboi...puji ada makna'

"Sakitlah,sayang" danish mengaduh kesakitan.Ainul hanya bangun lalu membuka telekungnya.Dia ingin turun ke bawah untuk makan malam.Tekaknya ingin sekali merasa air tangan ibu mertuanya.Jika dia meneruskan 'drama air mata' sebentar tadi,entah bila lah dia akan merasa air tangan puan sri halimah.

*****

Sebulan kemudian...

Ainul turun ke ruang tamu.Dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan danish. Tubuh danish dipeluk dari sisi tatkala kepalanya diletakkan di dada bidang danish.

Danish tersenyum lalu memaut bahu ainul.Manja sungguh ainul.Kadang - kala ainul juga begitu sensitif.Masakan tidaknya,melihat kucing yang kelaparan sahaja boleh membuatkannya menangis.Namun danish bersyukur kerana masih berpeluang untuk menjaga ainul dalam keadaan sebegitu.

"Kenapa sayang abang ni manja semacam jek.Nak apa - apa ke?" soal danish.

"Sakit pinggang" adu ainul seperti anak kecil.Wajah danish dipandang.Danish tergelak kecil melihat reaksi ainul.

"Okey...kalau macam tu ainul naik atas dulu.Nanti abang urutkan.Abang nak check pagar dulu.Takut lupa kunci pulak macam hari tu" arah danish.

Ainul hanya menuruti seperti anak kecil.Langkah dihentikan sebelum mendaki anak tangga apabila perutnya terasa sakit.Nafas ditarik sedalam - dalamnya sebelum dihembus dengan harapan rasa sakit itu hilang.

"Sayang...okey tak ni?" soal danish yang baru sahaja habis memastikan pagar rumah mereka berkunci.Pinggang isterinya dipaut.

"O..." belum sempat ainul membalas,rasa sakit itu menyerang kembali.Malah kali ini rasanya lebih dahsyat.Kemudian,ainul terasa seperti ada cecair yang mengalir di celahan kakinya.'Ya allah!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience