Bab 43

Romance Series 26650

"Alaaaa...aku tak nak pergilah,rin.Aku pening kepala" ainul masih ingin memberi alasan.

"Kau jangan macam - macam.Nanti syam marah aku pulak.Lagipun kau boleh teman aku dengan baby" ujar rin sambil memainkan keningnya.Ainul pula menjeling menyampah.

"Kau pun satu.Kau tau yang kau dah nak bersalin.Tapi nak jugak pergi reunion tu.Kau tak boleh duduk rumah eh?" sindir ainul.Geram sungguh dia dengan sahabatnya itu.Rin mencebik.

"Biarlah...aku nak pakai sedondon dengan kau jek.Lepas ni dah tak de dah.Kau kan nak pindah perlis" balas rin sambil menahan sebak.Dia masih tidak sanggup berpisah dengan ainul.Namun apakan daya jika itu yang terbaik buat ainul.

"Alolo syian dia ye.Okey...okey.Kita pakai busana yang kita beli kat kak aisyah tu.Okey?" soal ainul memujuk rin.Rin gembira.

"Yeay!Thanks,ainul" jerit rin kegembiraan.'Ah sudah'

*****

Ainul menapak keluar dari kedai aiskrim kegemarannya.Sebenarnya sudah seminggu dia mengidamkan aiskrim coklat di situ.Namun kesibukan di sekolah menghalangnya.

"Ainul,awak buat apa dekat sini?" tegur seorang lelaki.Ainul menoleh kepada tuan empunya suara.

"Eh,ammar!Saya pergi makan aiskrim kat kedai tu.Pastu nak jalan - jalan.Dah lama tak keluar" balas ainul sambil melemparkan senyuman.

"Ouh...makin gemuk awak sekarang kan?" usik ammar.

"Erk...ye ke?Sebab saya tak jaga makan kot.Lagipun saya sibuk baru - baru ni.Tu yang bersenam pun lupa" ainul tersengih seperti kerana busuk.

"Tak adalah...gurau jek.Saya nak pergi beli cincin ni.Awak nak ikut?Boleh tolong saya" ajak ammar.

"Boleh jek.Tapi awak nak buat apa dengan cincin tu?Awak dah nak kahwin eh?" ainul meneka.Ammar menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

"Haah...dengan anak kawan mama saya.Tapi dia tengah belajar dekat mesir.Jadi saya beli sorang - sorang.Kalau ada awak boleh awak tolong."jelas ammar.

"Ouh...ok jom" ainul mengorak langkah menuju ke sebuah kedai emas bersama ammar.

"Saya rasakan...untuk merisik beli cincin belah rotan.Untuk bertunang ambik yang ni" cadang ainul sambil menunjukkan sebentuk cincin.

"Saya okey jek.Ump...saya tak tau saiz jari ainul.Cuba awak try kat jari awak.Mana tau muat" balas ammar.

Ainul menyarungkan cincin tersebut pada jari manisnya.Dia tersenyum apabila cincin tersebut muat.

"Ehem...ehem" seorang lelaki berdehem di belakang mereka.Ainul dan ammar memandang tuan empunya suara.Mati terus senyuman mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience