Bab 40

Romance Series 26650

"Abang..." ainul memanggil danish.Dia memandang wajah suaminya yang masih leka menonton televisyen.

"Abang!" ainul memanggil danish lagi.Tetapi kali ini dia memukul lembut tubuh danish.

"Apa?" soal danish malas.

"Minggu depan,lepas 2 hari abang balik dari singapore...ainul tak duduk sini lagi tau" ujar ainul.

Danish berhenti memaut bahu ainul sementara ainul turut membetulkan posisi duduknya.Dia merenung wajah ainul tajam.Api kemarahannya naik mendadak.Hilang terus senyuman di wajahnya.

"Kenapa?Dah tak cukup ke apa yang abang bagi?" soal danish dingin.Dia cuba untuk mengawal api kemarahannya.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia marah.

"Bukan macam tu" ainul menafikan sangkaan danish.Dia menjadi gerun melihat wajah danish yang mula menyinga itu.

"Habis tu?!" danish mula menengking ainul.Dia tidak mampu bertahan lagi.

Ainul yang tersentak pula mula mengalirkan setitis demi setitis air mata.Dia sungguh terkejut.Dia tidak mampu bersuara.Suasana di situ juga semakin.

"Ai...ainul buat semua ni sebab abang.Demi kebaikan abang" ainul mula menjelaskan niatnya tatkala air matanya mula meluncur laju membasahi pipi.

"Ada ke abang suruh buat?!" danish menengkingnya lagi.Ainul menggeleng perlahan.Dia tidak tahu di mana salahnya.

"Dah tu?!Kenapa ainul pandai - pandai buat keputusan sendiri?!" soal danish.Ainul sudah menundukkan wajahnya.

"Ai...ainul cuma..." kata - kata ainul terhenti kerana dipotong danish.

"Cuma apa?!" ainul tersentak lagi.Kali ini suara tangisan ainul memenuhi segenap sudut rumah itu.Danish bangun lalu meraup wajahnya beberapa kali.

"Kenapa kau tak pernah faham perasaan aku?!" danish mula membahasakan diri dengan kau aku.

Ainul terkedu.Dia memandang wajah danish.Air mata ainul meluncur laju membasahi pipi.Sudahlah dia tak diberi peluang untuk menjelaskannya,sekarang danish berkata begitu padanya.'Abang yang tak pernah faham perasaan ainul!Kenapa kebahagiaan dan penderitaan itu harus silih berganti?Tak pe...kalau betul abang bencikan ainul.Ainul terima.Maksudnya ainul dah tak ada masalah nak keluar rumah ni lagi lepas ni'

Danish menatap wajah ainul yang seakan - seakan ingin mengatakan sesuatu.Namun tiada sepatah perkataan pun yang meniti di bibir mungil itu.Malah hatinya semakin sakit apabila melihat isterinya mengalirkan air mata.Akhirnya dia meninggalkan ainul sendirian di ruang tamu.'Kenapa ainul?Kenapa perpisahan yang kau pinta?'

"Maafkan ibu...maafkan ibu sebab ibu lebih pentingkan ayah.Maafkan ibu sebab ibu lebih pentingkan kebahagiaan ayah" ainul membaringkan tubuhnya di sofa.Perut yang masih kempis itu diusap perlahan.Tak lama kemudian,dia tertidur di situ.Mungkin kerana keletihan.

*****

Ainul duduk di salah sebuah kerusi menghadap tasik.Dia harus menyelesaikan segala - segalanya pada hari itu juga.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" soal ifrin yang baru sampai itu agak kasar.Ainul tersentak dari lamunannya.Dia memandang ifrin.

"Duduklah dulu...aku nak cakap pasal hubungan korang.Dan tolong rahsiakan perjumpaan kita"balas ainul.Ya,memang dia berjumpa dengan ifrin tanpa pengetahuan danish.Ketika itu danish sedang ke singapura atas urusan kerja.Dia tidak mahu mengeruhkan hubungan mereka.Tambahan lagi,hubungan mereka sungguh dingin sejak malam itu.

" Kenapa dengan hubungan kitorang?"soal ifrin sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelah ainul.Ainul menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum menghembusnya perlahan - lahan.

"Betul kau cintakan dia?" soalan dibalas soalan.Ifrin tersenyum sinis.

"Sebab aku nak cari cinta yang aku pernah tinggalkan dululah aku datang balik kat malaysia" balas ifrin.Ainul mengangguk tanda faham.

"Kau jaga dia baik - baik.Dia kawan baik aku.Aku tak nak kawan baik aku terluka.Lagi satu kau jangan risau.Dia akan ceraikan aku" ainul memejamkan matanya saat mengungkapkan kata - katanya.Dia bimbang air matanya akan menitis kerana menahan perit dan sesak di dada.

"Kawan baik?" ifrin kebingungan.Dia pelik dengan kenyataan ainul.

"Ya,kawan baik.Tak lebih dari tu.Kalau tak buat apa aku lepaskan dia pada kau?" soal ainul pula.Ifrin masih tidak percaya.Namun,jika difikirkan kata - kata ainul sebentar tadi,ada benarnya.

"Tapi ainul...orang kata...antara lelaki dengan perempuan tak ada istilah kawan baik.Korang pun dah lama tinggal sebumbung.Mustahil tak ada secebis perasaan pun antara korang" ifrin memandang wajah ainul.Dia ingin mencari kejujuran.

"Terpulang pada kau sama ada nak percaya atau tidak.Aku cuma nak kau buat satu benda ni jek.Sebab aku rasa kau tak nak kahwin kat siam" seloroh ainul.Kemudian,dia berdiri menghadap ifrin.Dia cuba mengukir senyuman walaupun terasa hambar.

"Apa dia?" soal ifrin semakin bingung dan pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience