Bab 14

Romance Series 26650

Perjalanan ke villa keluarga danish agak memenatkan.Hujan pula agak lebat menyebabkan perjalanan mereka menjadi lebih sukar.

"Eh,abang nak pergi mana ni?" tanya ainul sebaik sahaja melihat suaminya tidak mengikuti jalan yang dilalui oleh kereta lain.

"This is the shortcut"balas danish.

" Ish...mana abang tau.Patah baliklah"ujar ainul.

"Don't worry.Abang dah banyak kali pergi sini.Abang tau jalan" balas danish.Ainul pula hanya mendiamkan diri selepas mendengar jawapan danish.

*****

Jam menunjukkan pukul 7 malam.Hujan yang semakin lebat menambahkan lagi kesukaran perjalanan mereka.Tiba - tiba seekor anak tupai lalu.Tindakan danish yang membrekkan kereta secara tiba - tiba menyebabkan kepala ainul terhantuk.

"Aduh...sakitnya.Abang dah kenapa?" tanya ainul menggosok kepalanya yang terhantuk.Dahinya sudah memerah.

"Sorry,sayang.Tadi ada anak tupai lalu.Sakit sangat ke?" Balas danish.Ainul menjeling tajam ke arah danish.Danish tersengih memikirkan soalan bodohnya.

"Anak tupai je pun.Bukan anak gajah.Anaconda lagilah bukan.Brek macam nak bunuh ainul jek." danish tergelak mendengar kata - kata ainul.

"Sorry" kata danish.Kemudian dia menghidupkan enjin keretanya yang entah bila mati.Cubaannya gagal.Dia cuba beberapa kali lagi.Namun gagal.

"Kenapa?"

"Entahlah...tiba - tiba jek tak boleh hidup.Ainul tunggu kat dalam.Abang nak keluar tengok" ujar danish.

"Eh,tak payahlah,abang!Kan hujan tu.Dah lah tak ada payung.Nanti demam macam mana?" ainul cuba untuk menghalang danish.Danish pula hanya membalas dengan senyuman dan keluar dari perut kereta.'Risau juga ainul dekat abang.'

Bonet kereta dibuka.Hari sudah gelap,ditambah dengan hujan yang lebat menyukarkannya untuk mengenal pasti kerosakan.Tiada satu cahaya pun membantunya untuk melihat.

"Apa yang rosak,bang?" tanya ainul.Terhenjut bahu danish apabila disergah secara tiba - tiba.Dia berdiri tepat di sebelah danish tanpa sebarang perlindungan.

"Ish,ainul ni.Buat terkejut abang jek.Kenapa berdiri kat luar?Kan hujan.Nanti demam" ujar danish.

"Saje nak teman abang.Nak tengok abang buat" ainul tersengih sehingga terlihat barisan gigi yanv tersusun rapi.Danish menggeleng kepala melihat perangai isterinya.'Apalah nasib ada bini macam ni.Perangai tak pernah berubah'

Keadaan menjadi sepi seketika.Ainul hanya melihat tingkah laku suaminya.

"Aduh!" Danish mengaduh apabila tangannya terkena enjin panas.Tangannya dikibas - kibas.

Ainul pula dengan pantas berlari menuju ke arah kereta dan kembali membawa ubat gigi colgate di tangan.Colgate itu disapu pada tangan danish yang terkena enjin.

"Abang ni...hati - hati lah.Tengok!Dah merah dah tangan.Nasib baik tak lecur" ainul membebel di atas kecuaian suaminya tadi.Tangannya pula masih ligat menyapu colgate.Sekali - sekala dia meniup tangan itu.

"Sayang jugak ainul dekat abang kan?" terasa bahang naik ke pipi ainul saat danish mengungkap ayat tersebut.Wajah yang putih kini berona merah.Danish tergelak melihat perubahan wajah ainul.'Malulah tu'

"Eh,kenapa nak koyak baju tu?danish bertanya apabila melihat isterinya ingin mengoyak baju tersebut.Blaus yang agak labuh berwarna nude itu merupakan baju kesayangan ainul.

" Lah...ainul nak balut tangan abang lah"jawab ainul.

"Tapi tu kan baju kesayangan ainul. Tak payah lah koyak.Biar jek"ujar danish lagi.Bonet kereta ditutup.Kemudian dia berlalu untuk masuk ke dalam kereta.Ainul juga turut masuk ke dalam kereta.

Ainul cuba mencapai sesuatu di tempat duduk belakang.Dia mengambil sebuah beg silang berwarna hitam.Terdapat gambar hello kitty pada bahagian hadapan beg.Danish tergelak kecil melihat beg isterinya.

" Kenapa gelak?"tanya ainul sedikit pelik.Danish menjuihkan bibirnya ke arah beg tersebut.

"Ni beg abah bagi waktu ainul tingkatan 5"kata ainul.Reaksi wajahnya berubah serta merta dek kerana teringat ayahnya.Tangannya yang seperti mencari sesuatu terhenti.Begitulah ainul dirumah.Kadang - kala air matanya turut menitis.

" I'm sorry.I didn't mean it"ujar danish.

"Tak pe.Lagipun ni first time ainul guna,so wajarlah kalau abang tak tau."ainul kembali membelek tudung - tudung yang berada di dalam beg tersebut.Dia mengkhaskan beg tersebut untuk menyimpan tudung dan beberapa barangan keperluannya supaya mudah di cari.

Selendang satin berwarna biru laut dikeluarkan.Tangan sang suami dicapai dan dibalut menggunakan selendang tersebut.

" Kalau abang tak nak ambil walau secebis kain dari baju favourite ainul,ambil selendang favourite ainul.Nanti bila ainul pergi,abang bagi tudung ni dekat isteri abang.Suruh dia pakai.Abang simpan tau"ujar ainul lembut.Ainul dengan lantas mengambil talefonnya apabila dia hampir menjatuhkan air matanya.'Kenapa aku cakap macam ni.Kenapa sakit sangat hati ni.'

Sementara itu danish juga turut terluka mendengar kata - kata ainul.Dia juga tidak tahu apa yang telah berlaku dengan sang hati.Dia tahu gadis itu tidak mencintainya.Segalanya atas dasar agama.Atas nama bapa mertuannya.

"Abang...abang boleh call umi ke,papa ke...bagitau yang kita lambat." ujar ainul.Danish sedikit tersentak.Dia mengambil talefonnya jenama Samsung miliknya keluar.

"Alamak!Dah kena air...guna ainul punyalah"ujar danish.

"Erk...habis bateri."balas ainul sambil tersengih.Danish pula sudah menepuk dahi mengenang perangai si isteri.'Aduhai bini aku ni.Gayut dengan rin lah tu tadi.'

"Lain kali jangan gayut dengan rin lagi.Kan bateri dah habis.Sekarang ni duduklah dalam kereta sampai pagi"ujar danish sambil memerli ainul.Ainul mencebik.'Orang nak keluar tak bagi.Rin pun tak boleh keluar.Sekarang tak kasi call pulak.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience