Tan sri darman sekeluarga berkumpul di ruang tamu kecuali danish.Daniel ingin memberitahu sesuatu.Malah kata - kata danish kelmarin mendatangkan debar di hati mereka.
Tidak lama kemudian,sebuah kereta memasuki perkarangan rumah banglo tersebut.Puan sri halimah bingkas bangun untuk membuka pintu utama rumah itu.Entah mengapa debaran di hati mereka semakin kuat.
"Assalammualaikum, umi" daniel memberi salam seraya mencium tangan tua puan sri halimah.
"Assalammualaikum,pa" tangan tan sri darman pula dicium apabila beliau mendekatinya.Dania meraih tangan abangnya untuk disalam.
"Erm...papa dengan umi tunggu sini sekejap eh" ujar daniel lalu menuju ke keretanya di bahagian penumpang.
Tan sri darman,puan sri halimah dan dania tergamam.Air mata mereka mula bergenang.Benarkah apa yang dilihat oleh mereka?
"Ainul..." puan sri halimah menarik ainul ke dalam pelukannya.Hanya allah yang tahu betapa gembiranya dia saat ini.
"Umi apa khabar?" soal ainul prihatin.Suaranya hampir tidak kedengaran apabila empangan yang dibina sedari tadi pecah.
"Umi sihat jek...ainul ni yang apa khabar?" balas puan sri halimah seraya meleraikan pelukan.Tubuh badan ainul ditilik dari atas ke bawah.
Ainul tergelak kecil melihat tindakan ibu mertuanya itu.Dia menyalami ayah mertuanya pula dan berpelukan dengan dania.Pelbagai rasa menyapa hatinya apabila melihat wajah - wajah yang dirinduinya.
"Danish mana umi?" soal ainul.
"Danish ada dekat dalam bilik.Ainul pergilah tengok dia.Dia rindu sangat dekat ainul.Dia dah tak sama.Hari tu dia hampir bunuh diri.Mujur dania belum tidur.Dia nampak" ujar puan sri halimah.
Ainul dihurung perasaan bersalah pula.Ainul meminta diri untuk berjumpa dengan danish.Sambil tersedu - sedan,dia menghayunkan langkahnya menuju ke bilik danish.
Pintu bilik dikuak perlahan - lahan.Allah!Hampir luruh jantungnya melihat keadaan suaminya yang sedang tidur itu.Diri danish jauh berbeza.Wajahnya cengkung dan berjambang,badannya kian kurus dan ada sendu di wajahnya.Air mata yang sudah diseka sebentar tadi mengalir kembali dek tidak tertahan.
Ainul mendekati katil.Perlahan - lahan tubuhnya dibaringkan di sebelah danish agar tidak mengejutkan suaminya.Wajah yang begitu dekat dengan wajahnya itu diusap sayang.Sesak rasa di dadanya apabila menahan diri dari mengeluarkan sebarang suara.Namun danish tetap terjaga.
Perlahan - lahan danish membuka matanya.Matanya digosok sedikit kerana pandangannya yang kabur.Hanya allah yang tahu perasaannya saat pandangannya kian jelas.Danish menjadi ragu - ragu sama ada dia bermimpi atau tidak.'Ya allah,adakah ini ujian mu atau ini nikmat yang kau berikan ya allah?'
Wajah yang berbentuk bujur sirih itu cuba disentuh.Dalam hatinya berdoa bahawa itu bukan mimpi.
"Ainul..." nama ainul meniti di bibirnya saat tangannya menyentuh pipi gebu sang isteri.Air matanya mengalir tanpa segan silu.Betapa rindunya dia pada isterinya itu.
"Cakap sesuatu,sayang...jangan buat abang rasa bersalah" ujarnya sayu.Dia ingin mendengar suara gadis itu.Namun ainul hanya menatap sambil mengusap wajahnya.
"Please" rayunya lagi.
"Ainul cintakan abang" ainul bersuara dengan mengucapkan kata - kata keramat.Ainul memeluk tubuh danish lalu menyembamkan wajahnya ke dada danish.Air mata yang masih setia mengalir membasahi baju yang dipakai danish.
Danish mengucup dahi ainul syahdu.Dalam hati dia mengucapkan rasa syukur sambil berdoa agar kebahagiaan ini berkekalan.Pelukan dibalas.
"Abang sayang ainul dan anak kita.Jadi jangan pergi lagi.Cukuplah abang rugi 5 bulan yang sangat bermakna dalam hidup abang.Abang tak nak benda ni berulang" ujar danish lembut.Ainul hanya mengangguk perlahan.
Share this novel