Hari ini ainul meluangkan seluruh masanya bersama Rin,sahabatnya dari sekolah rendah.Saat ini dia sedang makan bersamanya.Rancak sungguh mereka berbual.Almaklumlah.Kebelakangan ini dia sibuk dengan pelajar - pelajarnya.Ditambah pula permintaan danish yang langsung tak terjangkau dek akal.Sedaya upaya dia meluangkan masa untuk Rin yang bakal bergelar puan esok.
Namun segalanya terhenti apabila talefonnya berdering.Dia menjawab panggilan talefon tanpa melihat nama yang terpapar pada skrin talefon Huawei miliknya.
"Assalammualaikum," terdengar suara seorang lelaki memberi salam di hujung talian.
"Walaikummussalam. Ni siapa?" tanya ainul malas.Mulutnya mengunyah makanan perlahan.
"Kakak ipar kau," balas pemanggil tersebut.Suaranya terdengar sedikit malas dan serius.
"Aik,sejak bila kak aisyah tukar suara pulak ni?Suara lelaki pulak tu" tanya ainul yang masih kebingungan.Rin yang turut mengikuti perbualan sahabatnya itu tersedak.Pantas dia meneguk air fresh orange nya.Bagaimanalah dia tidak tersedak.Sudah 16 tahun dia berkawan dengannya.Dia sememangnya amat faham perangai kawannya yang kadang - kala bersikap kebudak - budakan dan lurus bendul.
"Eh,Rin!Kau okey tak?" tanya ainul seraya menjauhkan talefonnya dari mulut.
"Okey okey."balas Rin dengan nada biasa.
" Kenapa tu Rin?"tanya pemanggil tersebut.
"Tak adalah kak aisyah.Rin tersedak" jawabnya selamba.
"Ya allah,kenapalah kau mengurniakan seorang adik yang cukup lurus kepadaku?...Ni abang man lah dik.Tak save nombor abang ke?" suara merungut tadi sedikit tinggi.Kecut perutnya apabila mendapat tau pemilik sebenar suara itu.
"Eh,abang man rupanya.Sorry lah...tadi tak tengok siapa yang call?Ainul meminta maaf kepada abangnya.Sejujurnya dia sedikit takut apabila setiap kali mendengar abangnya
meninggikan suara.Abangnya itu garang,tapi abangnya juga merupakan seorang yang penyayang.
"Mmm...ada apa abang man call ainul ni." tanya ainul ingin tau tujuan abangnya membuat panggilan itu memandangkan mereka hanya berbual kosong dari tadi.
"Maklah..." kata - katanya terhenti apabila di potong oleh ainul.
"Kenapa dengan mak bang?Mak sakit ke?" tanya ainul bertubi - tubi.Nasi yang dikuis,kini terbiar.Mulutnya pula hanya mengunjyah makanan yang baru dimasukkan sebentar tadi.Rin hanya melihat gelagat sahabatnya itu.
"Ish,budak ni.Dah lah memotong percakapan kita.Pastu boleh pulak tanya kita pulak?" Ujar abangnya.Ainul hanya tersipu malu.Muka yang putih itu kini berona merah.
"Sorry" sekali lagi perkataan maaf meniti di bibir gadis itu.
"Mak call ainul dari semalam...tapi ainul tak angkat." Aiman mula menjelaskan perkara yang sebenar.
"Laaa ya ke...ainul tak tau pula sebab semalam ainul langsung tak buka fon.Sibuk sangat. Balik tu pun ainul terus tidur jek lepas solat.Tu yang talefon habis bateri.Ni pun baru on tadi waktu nak oder grab." jelas ainul panjang lebar.
"Mak suruh ainul balik sebab ada orang masuk meminang.Abah dah terima ,tapi nak juga tanya ainul." ujar Aiman pula.Kali ini giliran ainul pula tersedak apabila mendengar perkataan masuk meminang.Hilang sudah lurus bendul gadis itu apabila mendengar perkataan itu.
"Alaaaa...tolak je lah.Ainul tak nak kahwinlah." rungut ainul.Rin yang sudah habis makan hanya melihat dan mendengar segalanya.Tergelak kecil dia dibuatnya apabila melihat telatah sahabat baiknya.
"Mana boleh macam tu.Abah dah terima.Mak cakap kalau ainul tak balik kampung,mak akan anggap ainul setuju.Abang pun balik.Ainul nak ikut ke tak suka hati ainul.Nanti malam abang ambil ainul dekat rumah" pujuk aiman.Sempat juga dia menyelitkan ugutan ibunya sebelum mengakhiri perbualan mereka.
"Kau kena balik kampung kan?" tanya Rin meminta kepastian.
"Haah...malam ni.Jomlah,kau dah siap makankan?" Balas ainul sayu.Dia memang agak sedih apabila segala perancangannya dengan Rin dibatalkan begitu sahaja.Lebih teruk lagi apabila dia tidak dapat menghadiri majlis akad nikah sahabatnya itu.
"Ala ala dia.Sedihnya dia.Janganlah sedih.I'm okay.Lagi pun kau still boleh makan nasi minyak waktu aku bersanding nanti.Okey?Dah jangan sedih" Rin memujuk ainul dengan lembut.Dengan mudah dia memujuk ainul.Sedikit sebanyak ainul hati ainul sedikit lega apabila mendengar kata - kata sahabatnya yang amat memahaminya itu.Kadang - kala Rin itu sudah seperti seorang kakak yang melayan adiknya.
Selepas membayar harga makanan yang dimakan,ainul dan rin pulang ke rumah sewa mereka dan malam itu juga mereka pulang ke kampung halaman masing - masing.
Share this novel
Thanks...I like your the triplets novel too
like it, more..