Para tetamu memberikan tepukan gemuruh buat danish.Mereka berpuas hati.Ternyata bakat lelaki yang pernah menjadi gilaan gadis itu suatu ketika dahulu masih belum pudar.
"One more...one more...one more" sorakan para tetamu membuatkan danish tersenyum. Dia memandang ke arah syam yang mengangguk.Pandangan dilemparkan kepada ainul yang duduk diam di sisi rin.Dia tahu gadis itu masih marah dengannya.
Gitar dicapai.Demi si isteri,dia sanggup melakukan apa sahaja.Kewujudan ifrin yang sedang panas hati dilupakan.Gitar mula dipetik.
"Chup!Nanti dulu!" jerit khairul dari bawah.Semua mata tertumpu padanya.Danish turut memberhentikan petikan.
"Ada apa rul?" soal syam pelik.
"Tadi kan kita dah dengar danish nyanyi.Apa kata danish dan ainul berduet?Apa salahnya kita dengar suami isteri ni berduet kan?" cadang khairul.
"Kami setuju" jerit para tetamu yang hadir.Suasana dewan itu menjadi riuh rendah dengan suara para tetamu yang ingin ainul dan danish bergandingan.
Ainul dan danish terkedu.Mereka berbalas pandangan. Danish memandang syam yang menganggukkan kepala.Dia tersenyum.
"Rin,aku tak nak.Aku tak pandai nyanyilah.Aku malu" bisik ainul pada rin. Suaranya hampir tidak kedengaran.
"Just relax...nanti diorang dapat tau pasal korang" nasihat rin.Sebenarnya dia juga buntu.
"Wei...dia dah turun pentas pulak"bisik ainul sambil menggoncangkan lengan rin.Panik.Apatah lagi melihat wajah ifrin yang akan meletus bila - bila masa sahaja.
Dengan pantas ainul bangun lalu berjalan laju menuju ke tandas.Mujur dia tidak memakai kasut tumit tinggi seperti permintaan rin.Dia sudah tidak peduli dengan mata yang memandang mahupun yang cuba menghalang.
Sementara itu,danish melajukan langkahnya.Dia tidak mahu terlepas peluang itu.Dia ingin meminta maaf.Dia ingin mendengar suara gadis itu.
" Aaargh!"kedengaran suara ainul menjerit tak lama selepas danish turut menghilang di sebalik pintu bersama ainul.Entah bila,suasana yang bising sebentar kini sunyi sepi.
Tidak lama kemudian,muncul danish sambil memcempung ainul yang meronta - ronta minta diturunkan.Maka seluruh dewan menjadi gamat dengan suara sorakan sahabat handai mereka.Tak kurang juga ada yang terlopong melihat danish yang mencempung sang isteri dengan penuh bangga.
Ifrin yang duduk kini berdiri.Dia menapak keluar dari dewan tersebut.Dia bimbang kemarahannya memuncak dek cemburu yang teramat.Panas sungguh hatinya.
"Tau pun malu"ujar danish apabila ainul menyembamkan muka ke dada bidangnya.Malu.Tidak semena - mena dada bidangnya ditumbuk ainul.
" Ouh...makin garang eh.Dah lah makin berat"ujar danish lagi.'Gila ke tak makin berat kalau aku dah mengandung.Nasib dia tak nampak perut aku'
Danish menurunkan ainul sebaik sahaja tiba ditengah - tengah pentas.Tanpa sengaja,dia terpandang wajah ainul yang merah padam.Dia tergelak kecil.
"Apa gelak - gelak?!Ingat lawak ke?" soal ainul geram.Mikrofon diambil dari tangan syam tatkala danish mencapai gitar lalu duduk di kerusi yang disediakan.
"Nak nyanyi lagu apa ni?" soal ainul.Entah macam mana,hilang segala rasa malu dan geram sebentar tadi.
"Nyanyi jek...asal cik abang di sini tau.Kalau tak nyanyi nanti malu" balas danish.Ainul mencebik.Dagunya diketuk sambil memandang ke atas tanda sedang berfikir.
Danish menyembunyikan tawanya.Sememangnya gaya ainul masih belum berubah sejak 9 tahun yang lepas.
Ainul memandang ke hadapan.Dia menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum menghembuskannya.Wajah sahabat handai dipandang.
Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafikan bisikan di hati
Namun tak terdaya
Tuk menghalang rindu
Ainul memulakan nyanyian sebaik sahaja seluruh lampu dimalapkan.Hanya ada 2 lampu yang menerangi pentas.Wajah danish ditatap.Kelihatan danish mengangguk sambil tersenyum nipis.Ainul mengukir senyuman.
Aku,pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki
Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta
Yang semulia sepertimu
Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Diri ku diselubung rindu
Danish menyambung nyanyian tersebut.Suasana menjadi lebih romantis saat sebahagian tetamu yang turut menyanyikan lagu tersebut.
Ainul menundukkan kepalanya.Wajahnya sudah memerah tatkala memori mereka berdua berlegar di ruang fikiran.Ainul tidak mampu menahan air matanya. Kenangan itu terlalu indah sehingga membuat dia terbuai.Namun akhirnya ia meninggalkan luka yang begitu dalam saat dia terjatuh.
Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita benta takdirnya pergilah sepi
Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hiduplah rasa ini
Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Sungguh aku rindu
Ainul cuba menahan suaranya dari bergetar.Dia tidak mahu kelihatan begitu lemah.Dia tidak mahu danish tahu isi hatinya.Baginya kebahagiaan danish adalah kebahagiaannya.
Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin
Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Satukanlah satukan rasa
Muncul syam membawa bunga saat lagu habis dinyanyikan.Danish menyambutnya lalu menghulurkan gitar pada syam.Dia melutut tatkala dewan semakin gamat dengan sorakan para tetamu.
"I love you ainul mardiah.Please...kembali pada abang" suara danish tenggelam dengan suara sorakan para tetamu.
Ainul terkedu.Dia kaku memandang danish.Hatinya berdebar.'Cukup sekali kau sakiti aku'
Ainul mengambil bunga tersebut.Dia berlari anak mengambil beg silangnya.Kemudian dia berlari laju keluar dari dewan tersebut.Panggilan danish tidak dihiraukan.Lukanya masih berparut.
Danish mengejar ainul dari belakang.Mulutnya tidak jemu memanggil nama ainul.Mata - mata yang sedari tadi memandang tidak dihiraukan.Tiba - tiba ada tangan yang menarik tangannya.
Share this novel