Bab 48

Romance Series 26650

"Aduh!"ainul terjerit kecil apabila ada seseorang yang merempuh bahunya.Habis semua buku dan alat tulis yang dipegang jatuh.

" Sorry...sorry.Saya tak sengaja"ujar danish sambil membantu ainul mengutip bukunya.

"Eh,cik abang.Jangan jadi orang yang buat ayat 'sorry...sorry.Saya tak sengaja' tu murah.Saya tak hadap dan tak hingin dan tak maafkan" balas ainul geram.Merah padam wajahnya ketika itu.Sudahlah dia keseorangan beberapa hari ni kerana rin pulang ke kampung.

Baru beberapa langkah ainul berjalan,tiba - tiba bahunya ditarik seseorang.Ainul terdorong ke belakang.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi ainul sebelum ainul jatuh tersungkur.Tamparan yang begitu kuat menarik perhatian beberapa pelajar yang lain.Hati ainul kini dikuasai kemarahan.Pantang sungguh dia dipijak - pijak.Ainul memandang gerangan yang menamparnya.Dengan serta - merta,dia mencapai buku catatan kesalahan murid miliknya lalu berdiri.

"Couple ke?" ainul memandang wajah gadis itu dan danish silih berganti.

"Tak...sekarang ni apa masalah kau nak marah - marah dia?Dia dah minta maaf kan?" tempik gadis itu.Ainul menutup telinganya.

"Patutlah tak ada adab.Jangkit dengan kau rupanya.Patutlah buta.Tengok kau rupanya.Kau ni tak ubah macam cermin dalam tandas tu" balas ainul selamba sambil menulis sesuatu pada buku yang dipegangnya.Ainul mengeluarkan beberapa tisu basah lalu mengelap tangannya.

"Kurang ajar ek kau ni...kalau kau tak nak kena dengan aku dengan geng aku,baik kau be..."kata - kata gadis itu terhenti apabila ainul meletakkan jari telunjuk di bibir gadis itu.Selepas itu ainul mengelap jarinya.

" Kalau saya nak berkasar dengan mak cik,dah lama dah.Tapi tu bukan cara saya.So hati - hati"ainul memberi amaran pada gadis itu sambil menolak pipinya.Kemudian dia mengelap sekali lagi tangannya pada tisu basah tersebut. Satu plastik lut sinar dikeluarkan lalu tisu tersebut di masukkan ke dalamnya.

Entah dari mana,tiba - tiba seorang lelaki datang lalu menahan gadis itu dari menampar ainul.Ainul sedikit tersentak.Dia mengoyakkan sebahagian kertas yang telah ditulis maklumat pelajar tersebut lalu diletakkan bersama tisu basah tadi.

"Terima kasih...mak cik,bukti mak cik pakai make up ada pada saya.Kesalahan mak cik nanti saya tulis sebab banyak sangat.Tak sempat.Ni tadi gincu mak cik...saya tertarik waktu jatuh.Bersedialah untuk masuk pejabat dan kena buang sekolah" ujar ainul selamba.Dia mengemas barangnya yang bertaburan lalu menapak menuju ke kelas.Pelajar lain yang sedari tadi melihat adegan tersebut turut menuju ke kelas.

*****

Danish berdiri di pintu kelas 4 melati memandang gadis yang sibuk membaca.Dia menepuk meja gadis itu.Diam.Dia menepuk lagi.Diam.Dia menepuk lagi.Kali ini ainul memandang ke arahnya tajam.Dia tersengih.

"Buat apa tu?" soal danish.'Eeee...mamat ni.Dah lah dari tadi tenung anak dara orang sampai nak tembus.Pastu boleh pulak tanya aku buat apa.Aku hempok dengan buku ni baru tau'

"Nak kawan boleh?" soal danish lagi apabila melihat ainul menyambung bacaannya.Diam.Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Erk...nama apa?" soal danish lagi.Dia masih belum berputus asa.'Haish...aku dah beli nametag mahal - mahal kot.Kau boleh tanya aku nama apa?Eeeee...geramnya aku'

Ainul bangun lalu mengemas barang - barangnya.Kewujudan danish tidak diendahkan.Baru sahaja ainul ingin melangkah pergi,danish menghalang. Ainul cuba untuk mengelak,tetapi dia tetap menghalang.Akhirnya ainul mengalah.Buku diletakkan di atas meja.

"Apa masalah abang ni?Hari tu langgar saya.Hari ni kacau saya.Mentang - mentang mata dah elok nak tenung - tenung anak dara orang.Nak kena korek ke mata tu?!" bentak ainul geram.Berbunga hati danish mendengar panggilan gadis itu terhadapnya.'Uish...dia panggil aku abang lah'

"Abang nak kawan jek dengan ainul.Ainul tak nak kawan dengan abang yang popular ni ke?" sempat danish mengangkat bakul.Ainul memberikan jelingan menyampah pada danish.

"Wahai abang danish,abangkan popular.Abang sendiri mengaku.Banyak lagi kakak - kakak,adik - adik yang cantik jelita,yang nak kawan dengan abang. Jadi tak perlulah nak kawan dengan saya yang jauh lebih banyak kekurangan ni" ainul menggunakan ton yang paling lembut semasa memulangkan paku buah keras.Senyumannya dimaniskan semanis - manisnya.

Danish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Keras sungguh hati gadis di hadapannya itu.'Haish...macam mana ni?'

"Okeylah...tapi jangan bagitau orang suka - suka.Ainul tak suka.Biar diorang tau sendiri" ainul bersetuju.Buku diambil lalu dia masuk ke kelas.'Apalah nasib jumpa orang macam tu?'

Danish tersenyum. Tidak sangka ainul menyetujuinya.'Untunglah kau danish'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience