Danish duduk di ruang tamu rumah syam dan rin.Suasana sunyi sepi.Fikirannya serabut.Dia sudah mencari isterinya di merata tempat.Namun hasilnya hanyalah sia - sia.Hanya syam dan rin menjadi harapannya untuk mengetahui keberadaan ainul. Sudah berkali - kali dia bertanyakan mengenainya.Jawapannya masih sama.Tak tahu.Namun dia pasti rin tahu mengenainya.Malah mungkin syam turut menyembunyikannya demi rin.
"Nah,minumlah"ujar syam seraya seraya menyentakkan lamunan danish yang duduk menekur lantai.Dia duduk memandang danish.
" Ada apa kau datang sini?Tiba - tiba jek datang.Malam pulak tu"soal syam pelik.Danish yang mendengar memandang syam.
"Aku nak tau ainul dekat mana" balas danish dengan wajah penuh berharap.
"Aku tak tau.Serius aku tak tau.Rin pun aku dah tanya.Dia tak nak jawab"balas syam sayu.
" Tolong lah,syam...kali ni jek.Kau buat lah macam mana pun.Aku cinta dia syam.Aku nak minta maaf.Aku nak tebus kesalahan aku"rayu danish lagi.Hidupnya menjadi tidak tenteram sejak ainul meninggalkannya.
"Baru sekarang kau nak sedar?" soal rin sambil menuruni tangga perlahan - lahan.Ada sendu di wajahnya.
"Kau tau kan dia nak yang terbaik untuk kau?Kau tau kan dia tak ada niat pun nak sakitkan hati kau ke apa?Kau hina dia apa haritu?Perempuan Murahan?" soal rin sinis.Air matanya bergenang.Sayu hatinya mengingati bagaimana ainul menangis tempoh hari.Setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi.
Danish terdiam.Rasa bersalah semakin menjengah hatinya.Kecewa juga dengan sikapnya yang berkasar dengan ainul.Danish bangun lalu mendekati rin.Syam turut membuntuti danish.
"Rin...aku...aku minta maaf.Tolong bagitau aku dia dekat mana.Please rin.Aku tau kau tau" rayu danish.
"Sekalipun kau bunuh aku dengan anak aku,aku takkan bagitau. Aku tak tergamak nak mengkhianati orang yang merupakan kawan dan satu - satunya adik aku.Aku takkan biarkan kau sakiti dia lagi" balas rin.Ya,dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
"Kau tau tak...sebab kau dia pergi tinggalkan aku.Dulu semua benda kitorang buat sama.Pindah sekolah pun sama - sama.Kitorang susah senang sama - sama.Tapi sebab manusia tak berhati perut macam kau dia pergi!!" tengking rin.Kemarahannya memuncak.Air matanya semakin lebat.
"Rin..." danish ingin bercakap.Namun rin menahan dengan mengangkat tangan kanannya.
"Dia sanggup belajar dengan aku semata - mata nak buat kek coklat untuk kau.Dia sanggup masak untuk aku semata - mata nak belajar.Dia nak sambut birthday kau.Tapi kau?Kau pergi makan dengan perampas yang tak ada harga diri,yang tak tahu satu benda pun!Dia nangis!" tengking rin sambil menahan diri daripada tersedu - sedan.
"Dia buat pregnancy test.Dia happy bila dapat tau dia mengandung.Dia dapat tunaikan permintaan semua orang.Buat semua orang happy.Dia nak bagitau kau.Tapi perbuatan kau menyebabkan dia berdiam diri.Dia cuba sorokkan"suaranya dikawal kembali sambil menahan amarah.Bimbang dia naik tangan dengan lelaki itu.
Syam yang melihat emosi isterinya yang semakin tidak stabil pula cuba menenangkan rin.Belakang badan isterinya diusap.
" Kenapa..."belum sempat danish menghabiskan soalannya,rin memotong.
"Kenapa dia tak ambil pil perancang?!Sebab dia cintakan kau!Kau jek yang tak pernah nak hargai dia!" potong rin.Matanya tajam merenung wajah danish sebelum kepalanya terasa pening.Tak lama kemudian,dia rebah tidak sedarkan diri.
"Danish...kita stop dulu,please.Aku nak bawa rin naik atas jap" ujar syam sebaik sahaja mencempung tubuh rin.Dia menapak menuju ke bilik meninggalkan danish yang masih terkedu mendengar kata - kata rin.
Air mata danish bergenang. Terasa dirinya bodoh apabila menyakiti hati isterinya sendiri. Dia melangkah keluar dari rumah itu dengan perasaan kecewa.
Share this novel