Ainul sedang duduk di kusyen yang terdapat dalam ruang tamu rumahnya.Wajahnya masam mencuka dengan muncung yang sudah sedepa.Tangannya juga disilangkan.
"Hai,sayang.Buat apa tu?" Danish yang baru datang menegur ainul seraya duduk disitu.'Sayang konon'
"Eh,kenapa ni?Muka macam ayam berak kapur jek?" Danish ketawa lepas sebaik sahaja menghabiskan ayatnya.Ainul yang sudah merah padam menahan amarah pula memberi jelingan maut.
"Tak payahlah kacau orang!" bentak ainul.Dia menjauhkan sedikit dirinya dengan danish yang masih bersisa ketawa.
"Ainul,kau jangan cari pasal dulu boleh ak?Kalau mak perasan kau marah suami aku?Habis kau ainul..." ujar danish berbisik seraya mendekatinya.
"Amboi,pengantin baru ni!Duduk berkepit tak berjarak pula pagi - pagi macam ni.Nak muntah rasanya."aiman yang baru keluar dari biliknya sambil menyindir adiknya.Dengan pantas cubitan ainul hinggap di perut aiman.
" Adoi!Sakitlah"jerit aiman kesakitan.
"Padan muka" balas ainul.
"Ainul tak payah nak sentap.Nanti kalau makhluk - makhluk ni kacau,akak piat diorang.Nanti keluar berita 'Dua orang lelaki mati kena piat bini'.Siapa suruh kacau adik akak yang comel ni kan?" pujuk aisyah pula yang baru ke ruang tamu untuk mencari suaminya.
"Thank you,akak.Sayang akak!" ujar ainul seraya memeluknya.
"Dah!Jangan peluk dia lama sangat.Kesian baby abang tersepit" perli aiman pula.Ainul menjeling.Kemudian beredar ke dalam bilik sambil menghentak kakinya.Aiman dan danish yang berdiam sedari tadi ketawa melihat telatah ainul.
"Abang!Apa buat ainul macam tu?Kesian dia.Tak apa,Aisyah nak merajuk juga.Padan muka abang." ujar aisyah seraya beredar dari situ.Aiman dan Danish pula semakin terbahak - bahak ketawa.
Share this novel