Bab 23

Romance Series 26650

Ainul telah keluar dari hospital petang semalam.Kata - katanya masih kedengaran di telinga Danish. Danish melepaskan keluhan berat sambil meraup wajahnya.

"Why,ainul?" danish bermonolog perlahan.

Tok!Tok!Tok!

"Masuk!" arah danish lantang.Pintu dikuak dan tan sri darman masuk.Dia duduk di kerusi.

"Danish ada masalah?" soalnya sebaik sahaja duduk.Danish melakar senyuman kecil.

"Tak adalah,pa" balas danish perlahan.

"Papa kahwin dulu danish.Papa tau danish ada masalah.Papa dah rasa dulu pahit manis perkahwinan. Perempuan ni senang memaafkan,bukan melupakan" tan sri darman menasihati anaknya.Dia peka dengan perubahan anak lelakinya itu.

"Ump...ada apa papa datang?" Danish cuba untuk menukar topik perbualan.Tan sri darman tersenyum.

"Papa nak kenalkan pegawai pemasaran yang baru" balas tan sri darman.Danish hanya mengangguk. Matanya kembali meneliti fail di atas mejanya.

Tan sri darman membuka pintu bilik lalu memanggil seseorang.Wanita berskirt paras lutut dan berkemeja itu memasuki ruangan kerja danish.Bunyi kasut tumit tingginya bergema.

Danish mendongak.Dia seakan - akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Matanya digosok beberapa kali.

"Danish...ni cik Ifrin" tan sri darman mengenal wanita itu kepada anaknya.

"Selamat pagi,tuan" ucap ifrin.Danish masih kaku disitu.Wanita yang ditunggu hampir selama 9 tahun itu memunculkan dirinya kembali.

"Ump,pa.Can you leave us alone,please?" tan sri darman hanya mengangguk.

"Pa...nanti danish join papa lunch eh?" sekali lagi tan sri darman mengangguk kemudian keluar dari bilik itu.

Wajab ifrin ditatap danish.Perasaannya kini bercampur baur.'Secepat inikah kami bakal berpisah ya allah'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience