Danish ingin membasuh keretanya memandangkan dia tiada rancangan pada hujung itu.Ketika dia sedang membasuh kereta,ainul keluar dari rumah.
"Ainul...basuh kereta yang lagi satu tu" arah danish.
"Kalau ainul tak nak?" soal ainul mencabar danish.Danish berhenti membasuh keretanya lalu memandang tajam ke arah ainul.
"Kalau ainul tak nak...ainul tak boleh keluar seminggu" balas danish sambil tersenyum nakal.
"Abang kunci pintu" sambung danish apabila melihat ainul ingin membalas.Ainul menggigit bibirnya menahan geram.Dia merenung tajam wajah danish.'Ish...geramnya aku!Nak siram pokok dah jadi siram kereta.Kalau aku tau tadi,aku tak nak keluar.Kalau aku ada kereta tak apa lah juga.Ni aku drive pon tak tau.Jangan kata kereta'
Danish yang melihat mulut ainul terkumat kamit tersengih.Matanya terarah pada hos yang dipegangnya.Muncul satu idea di kepalanya.
"Aaaaaaargh" jerit ainul apabila disiram air paip.Danish ketawa lepas.Puas hatinya dapat mengenakan ainul.'Ha tu lah...kutuk aku lagi'
Tiba - tiba danish terasa bajunya basah.Dia memandang ainul yang sedang menahan geram.Entah bila masa dia rampas hos tersebut dia pun tidak tau.'Hah padan muka.Siram aku lagi'
"Ainul siram abang eh?" berlakulah aksi kejar mengejar di situ.Namun ketangkasan danish menyebabkan ainul berjaya dirangkulnya.
"Eeeih...abang lepaslah.Nanti orang tengok" kata ainul sambil memukul dada bidang danish.Danish ketawa kecil.
"Abang tak nak lepaskan.Ainul siram abang kan?" balas danish sambil tersenyum nakal.'Eh laki aku ni,dah gaharu cendana pula,dah tahu bertanya pula'
"Abang yang mulakan dulu kan?" bentak ainul.
"Hah melawan!Abang tak nak lepas baru tau" ugut danish.
"Lepaskan je lah...nanti patah pulak pinggang menantu umi tu"entah dari mana muncul puan sri ,tiba - tiba berada di situ.Bukan sahaja,rin dan 2 orang anak saudara danish,tania dan tasya turut disitu.Serta merta pelukan dilepaskan.Mereka sedang tersengih - sengih melihat drama sebabak itu.
Ainul pula sudah menunduk menahan malu.Wajahnya yang putih kini berona merah.'Ish...malunya.Ni semua danish punya pasal'
*****
" Mana ainul?"tanya puan sri halimah kepada anak lelakinya.
"Dia ada dekat dapur,tengah buat air.Umi dengan rin ada apa datang sini?" balas danish.
"Umi bawa tania dengan tasya jalan - jalan jek. Pastu singgah kat sini" jawab puan sri halimah.
"Aku pulak saja jek nak jumpa ainul.Pastu aku tertengok pulak drama cinta sebabak" ujar rin sambil ketawa kecil mengingati peristiwa tadi.Puan sri halimah turut ketawa mendengar kata - kata rin.
"Dah berapa bulan tu?" tanya puan sri halimah.
"Baru 5 bulan" balas rin ringkas.
Tidak lama kemudian ainul tiba sambil menatang dulang membawa air.4 cawan susu coklat dan 2 cawan nescafe panas dihidang.Kemudian dia duduk bersimpuh di sebelah rin.
"Sunyi rumah kamu ni danish.Tak nak ada anak ke?" dengan serta merta ainul dan danish tersedak air liur.Rin ketawa kecil melihat kejadian tersebut.
"Eh,kenapa kamu berdua ni tersedak sama - sama pula?" soal puan sri halimah terkejut.
"Tak ada apa - apa lah,umi.Cuma terkejut sikit.Kitorang kan baru kahwin 5 bulan,umi dah tanya pasal cucu.Kalau umi nak,mintaklah kat abang daniel" balas danish.
"Tak nak...tania dengan tasya nak baby dari perut mak ngah" ujar tania.Walaupun usianya hanya 6 tahun,namun dia petah berkata - kata.
"Dengar tu danish?" balas puan sri halimah.Danish dan ainul saling berpandangan.
"Ke danish atau ainul ada masalah?" puan sri halimah serkap jarang.
"Eh,tak lah,umi.Ainul okey jek" balas ainul dengan cepat.
"Danish pun" balas danish pula.
"Baguslah kalau macam tu" ujar puan balas puan sri halimah.Isu anak ditamatkan dan ditukar isu lain.Sekitar jam 7 malam.Mereka pulang ke rumah masing - masing.
Share this novel