Amira sedang memeriksa ainul ketika ini.Dia sebenarnya merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.Tiba - tiba dia berhenti dan memandang danish yang berdiri di sudut bilik.Amira berdiri tegak lalu memandang tajam ke arah danish.
"Danish!!!" jerit amira.Habis seluruh ahli keluarga terkejut dibuatnya.Terhenjut bahu danish mendengar kakak iparnya menjerit.
"Sayang...kenapa jerit - jerit ni?Terkejut kitorang" tanya daniel yang baru masuk ke dalam bilik itu.
"Haah,mira.Terkejut umi" ujar puan sri halimah pula.Tiba - tiba telinga danish dipiat oleh amira.Danish mengaduh kesakitan.
"Umi tau tak,anak umi ni biar ainul tak makan?!" balas amira.Dia berhenti memiat telinga danish dan menjeling tajam.Danish pula sedang menggosok telinganya yang kemerahan dek ditarik kakak iparnya.Sememangnya,amira sudah seperti ibu yang kedua dalam keluarga danish.Jadi memang selalulah danish kena piat telinga.
"Apa?Danish tak kasi menantu umi makan.Meh sini" danish dipiat oleh ibunya pula.Ahli keluarga yang lain ketawa melihat drama sebabak itu.
*****
Ainul tersedar.Kepalanya terasa berat.Dia melihat jam tangannya.Sudah hampir pukul 12 tengah hari.Badannya terasa lemah,namun digagahkan juga untuk bangun ke bilik air.
Danish menguak pintu dari luar.Terlihat isterinya sedang duduk di birai katil.
"Eh,ainul dah bangun?Ainul dah okey?" tanya danish prihatin.Ainul mengangguk perlahan.
"Dah kurang sikit" balas ainul.
"Ainul nak pergi mandi dululah" sambungnya lagi.Danish mengangguk sebelum turut keluar mengambil sedikit makanan dan ubat untuk ainul.
"Aaaaaaah!!!" jerit ainul.Danish yang mendengarnya terus berlari menuju ke bilik.Ainul yang sedang berkemban menggigil kesejukan.
"Kenapa ainul?" tanya danish.Kain sarung yang sudah yang melilit tubuh ainul menampak lagi bentuk badannya.Terliur danish dibuatnya.
"Se...se...sejuk" balas ainul.Terburai ketawa danish dibuatnya.
"Ke...kenapa gelak?" tanya ainul sambil menahan sejuk.
"Ni kan cameron.Mestilah sejuk." balas danish yang masih bersisa tawa.Ainul menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kemudian meluru masuk ke dalam bilik air apabila sedar yang dia hanya berkemban.
*****
"Abang...ainul nak pergi depan boleh?Ainul dari tadi tak keluar bilik.Tak sempat pun nak jumpa dengan Pak Ngah dengan Mak Ngah" ainul meminta izin dari suaminya.Dia berasa sungguh bosan.
"Nak jumpa pak ngah ngan mak ngah ke nak jumpa sepupu abang?" tanya danish menguji.'Eh laki aku ni.Sengajalah tu'
"Mana ada...abang ni" balas ainul.
"Nah...makan ubat ni" arah danish.
"Tak nak"
"Makan" arah danish lagi.
"Tak nak" ainul membantah lagi. Kali ini tangannya disilang ke dada.'Aduhai...mula dah perangai budak ainul ni'
"Sayang tak kesian kat abang ke?Dah lah tadi abang kena piat dengan umi ngan kak mira sebab sayang tak makan semalam.Ni nak degil lagi" ujar danish.Panggilan ainul sengaja ditukar kepada sayang demi memujuknya.'Alahai...kenapa aku nak cair ni.Wahai hati...merajuklah..'Ainul menghulurkan tangan.Danish tersenyum. Ubat dan gelas yang berisi air bertukar tangan.
"Macam tu lah...good girl.Jom keluar" kepala ainul diusap.Kemudian danish bangun lalu menghulurkan tangan.Ainul memandang wajah danish.Kemudian danish mengangguk.
"Yeay!" jerit ainul.Gembira sungguh dia.Ainul menyambut tangan danish dan bangun.Baru beberapa langkah berjalan, ainul berhenti dan memandang suaminya.
"Kenapa?"tanya danish pelik.
" Jangan panggil i good girl lagi.Ainul dah besar.Cute girl boleh"ujar ainul.Mata merenung tajam ke arah danish yang tergelak kecil.
"Cute girl yang muka macam punggung tu ke?" danish menguji ainul lagi.Danish ketawa lepas.
"Bukan cute girl tu lah.Tu tak cute.Ni versi ainul yang cute dan comel." ujar ainul berseloroh.Kemudian dia berjalan terlompat - lompat meninggalkan danish yang masih bergelak ketawa.'Amboi,sihat sikit jek terlompat - lompat"
*****
"Assalammualaikum" ainul memberi salam sewaktu berada diruang tamu.Ceria sungguh mukanya walau kelihatan pucat.Satu - persatu wajah dipandang.Tiba - tiba senyumannya hilang sebaik sahaja menatap wajah seorang lelaki yang duduk di sebelah pak ngah.
Siapakah lelaki itu?Adakah dia adalah orang yang sama dengan lelaki yang melihat ainul pengsan?
Share this novel