Bab 5

Romance Series 26650

Setelah beberapa jam kereta vios milik aiman miqael membelah jalan raya,akhirnya kereta tersebut memasuki perkarangan sebuah rumah papan.

"Assalammualaikum,mak!!!Ainul dah balik ni" Jerit ainul sebaik sahaja meloloskan diri daripada perut kereta.Abang dan kakak iparnya juga terkejut mendengar dia menjerit.Namun mereka hanya tersenyum kerana mereka faham perasaan ainul.

Tak lama kemudian,keluar seorang wanita membuka pintu seraya memjawab salam ainul.

"Mak...kenapa mak buat ainul macam ni.Ainul tak sedia nak kahwin lagi lah." rungut ainul.

"Ya allah budak ni.Tak menyempat - nyempat.Salam tidak,tanya khabar mak ngan abah pun tak,dah merungut pagi - pagi buta ni." tegur mak timah sambil menggeleng kepala.Wajah ainul yang putih melepak itu sudah berona merah.Ainul tersengih.

"Mana taknya mak.Dah man cakap mak ugut dia nak terima pinangan tu kalau tak balik.Tadi drive pun dia suruh man cepat macam dia yang drive." Ainul mencebik.Wajahnya yang merah padam.'Ish abang ni.Tak payah lah ungkit yang pasal dalam kereta depan mak.'

"Baguslah tu man.Kalau tak,tahun depan pun dia tak balik.Dah masuk...pergi rehat.Lepastu nanti bangun mandi,solat,makan" kata mak timah tegas.Wajah ainul semakin muram.Muncungnya juga sudah sedepa.Dia amat tidak berpuas hati apabila dikenakan abangnya itu.Aiman hanya tergelak melihat reaksi ainul.

*****

Malam itu mak timah sedang melipat baju.Suaminya pak manaf sedang membaca buku.Aiman pula sedang menonton televisyen di ruang tamu sementara isterinya sedang berehat di dalam bilik.Letih katanya.Almaklumlah wanita mengandung.Ainul pula entah kemana.

"Ainul,mari sini tolong mak.Tak ada maknanya kamu nak terperuk dalam bilik tu." mak timah memanggil anak bongsunya lembut apabila melihatnya lalu dengan secawan air di tangan.Ainul mengubah haluannya melangkah.'Ni mesti pasal mamat tu lagi.Apalah yang istimewa sangat dekat dia tu sampai mak ni macam ni?'

"Kamu tak nak ke tengok gambar Hilman?" tanya mak timah sebaik sahaja anak bongsunya itu duduk dihadapannya.'Kan aku dah agak'

"Tak nak" jawab ainul malas namun masih kedengaran lembut.Tangannya sudah mula rancak melipat baju - baju dihadapannya itu.

"Tak nak tau pasal dia ke?"tanya mak timah lagi.

"Tak nak"ainul mengulangi jawapannya.Langsung tiada ekspresi di wajahnya.

"Kamu tak nak ke kahwin dengan Hilman tu?"sekali mak timah menanya kepadanya.

" Tak nak"sekali lagi dia mengulangi dua perkataan bersama ekspresi wajah yang sama.'Eh budak ni!Sepatah aku tanya sepatah dia jawab.'

"Apa kena kamu ni ainul?Macam budak kecik tak dapat mainan dah mak tengok.Sepatah mak tanya sepatah juga dijawab,"ujar mak timah.

" Ma..."

"Sentap pasal pagi tadi lah tu.Macam mak tak kenal anak mak seorang ni...perangai mengalahkan budak - budak.Kesian calon suami dia.Nasib baiklah Aisyah tak macam tu.Kalau tak,habis saya kena melayan kerenahnya" Aiman memotong kata - kata ainul dengan selamba.

Sebuah jelingan maut telah dihadiahkan buat si abang.Tangannya juga sudah berhenti daripada melipat baju.Walaupun kelihatan masih menonton televisyen dengan tenang,namun Aiman gembira dapat menyakat adiknya itu.Ya lah,bukan selalu dapat melakukannya.

Muncung ainul sudah sedepa.Wajahnya juga merah padam menahan amarah.Ya,dia mengaku yang dia marah mengenai kejadian tersebut.Namun kemarahannya semakin membuak apabila dikatakan seperti itu.

"Apa yang jadi pagi tadi sampai bersentap bagai?" Pak manaf ingin mengetahui kejadian tersebut.Matanya masih leka membaca buku di tangan.Perlahan - lahan ainul menuju ke ayahnya itu.

"Abang man tipu ainul.Dia kata mak ugut ainul suruh balik sini.Kalau tak mak kira ainul setuju nak kahwin dengan budak tu.Mak pun sokong jek abang tipu ainul.Padahal abang lagi jarang balik kampung."jelas ainul.Bibirnya yang masih muncung itu tanda dia masih tidak berpuas hati lagi.

" Hah...sikit - sikit ngadu kat abah.Manja!"perli Aiman lagi.

"Aiman...tak habis - habis sakat adik kamu ni.Kamu dah tau tu diam je lah." tegur pak manaf kepada anak lelakinya itu.

"Sorry abah" ucap aiman sambil tersengih kambing.

"Padan muka...dah lah garang macam singa.Weeeek" ujar ainul sambil menjelir lidah.

"Ainul..." pak manaf memanggil nama anak perempuannya itu dengan lembut.Ainulkembali memandang pak manaf.

"Ainul kahwin dengan Hilman boleh?Demi abah pun tak apa.Lagipun kalau ainul tak kahwin,ainul tak bosan ke tinggal kat KL seorang?" pujuk pak manaf.

"Mmmm...OK!"balas ainul sambil tersenyum.

" Macam tu lah anak abah.Abah tau anak abah baik"ujarnya sambil mengusap kepala anaknya yang manja itu.Kelihatan mak timah tersenyum tanda gembira manakala aiman menunjukkan thumps up.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience