Bab 38

Romance Series 26650

Mee goreng menjadi pilihan sarapan pada pagi itu.Selepas siap menggoreng,dia menghidangkannya.Kemudian dia membancuh coklat panas.

"Esok kita pergi lawat kak fazida dekat hospital.Dia dah bersalin"ujar danish sewaktu menuruni tangga.Kelihatan ainul sedang mengurut dadanya.Mungkin terkejut.

"Okey...hari ni abang balik awal boleh?"soal ainul.Coklat panas yang telah siap dibancuh diletakkan di meja.Mee goreng diambil dan dihidangkan di dalam pinggan.

"Boleh"balas danish ringkas.Mereka menikmati sarapan mereka dengan usikan dan gelak tawa.

Selepas danish beredar,ainul mengemas meja makan.Selepas itu dia mula mengemas rumah.Begitulah rutin harian ainul semasa di rumah.

*****

Tuk!Tuk!Tuk!

"Masuk"arah danish lantang.Ifrin melangkah masuk.

"You nak apa?"soal danish agak kasar.Dia masih geram dengan tindakan ifrin tempoh hari.Mujur fazida tidak mengambil sebarang tindakan,malah dia turut berbohong mengenai kejadian tersebut.

"Malam ni you dinner dengan i eh?"pinta ifrin dengan penuh menggoda.

"Bukan ke kita memang dinner sama - sama setiap malam?"soal danish pelik.Wajah gadis di hadapannya itu ditatap.

"Memanglah...tapi malam ni special sikit.Boleh eh?"balas ifrin.

"Okey"danish lupa akan janji pada ainul.Ifrin berlalu pergi dengan senyuman yang penuh makna sementara danish menyambung kerjanya.

*****

Ainul duduk berteleku di atas sejadah.Dia menadah tangan mengucapkan rasa syukurnya pada ilahi.Betapa dia gembira pada ketika itu.

"Bismillahhirrahmanirrahim...ya allah,kau tempatkanlah ibu bapa ku ditempat orang - orang yang beriman.Kau peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku sewaktu aku kecil.Ya allah,sesungguhya kau maha pengampun lagi maha mengasihani...kau ampunilah dosa mereka,dosa suamiku,dosa adik beradik ku,mertua ku,adik beradik iparku dan hamba mu ini"ainul berdoa dengan penuh syahdu.

"Ya allah,kau khabarkanlah pada suamiku...bahawa aku...mencintainya.Aku memohon petunjuk padamu ya allah.Andai perpisahan adalah yang terbaik buat kami,kau hapuskanlah perasaan halus ini.Andai...kami berjodoh,kau...satukanlah kami"matanya mula berkaca.Tidak semena - mena empangan yang dibina pecah.

"Ya allah...terima kasih ya allah.Sesungguhnya hadiah yang kau berikan kepada kami ini cukup bermakna.Terima kasih ya allah"air mata semakin deras mengalir membasahi pipi ainul.Namun,kali ini adalah air mata kegembiraan.Dengan serta - merta memorinya sewaktu melihat dua garis pada alat ujian kehamilan menerjah fikirannya kembali.

"Sesungguhnya kepada mu aku memohon.Pada mu aku berdoa.Hindarilah umat mu ini dari segala malapetaka serta godaan syaitan"kemudian ainul mengakhiri doanya.Air mata yang dari tadi masih belum jemu mengalir diseka.Telekungnya dibuka dan dilipat.

Ainul mengorak langkah menuju ke tingkat bawah.Matanya meninjau sekeliling rumah.Kelibat danish belum kelihatan.Dia melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi di meja makan.Jam dinding dipandang.Jam sudah menunjukkan pukul 9:10 malam.Dia mencapai talefonnya yang terletak di atas meja makan.Nombor talefon danish didail.

"Hello"hampir luruh jantungnya apabila mendengar suara itu.Matanya mula berkaca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience