Tan sri darman,puan sri halimah dan dania mendekati danish yang duduk menekur lantai.Dari jauh kelihatan danish meraup wajahnya.
"Danish,ainul macam mana?" soal puan sri halimah risau.
"Doktor cakap ainul ada complication" balas danish sayu.Kemudian rambutnya diseka.Masih terngiang - ngiang bagaimana ainul mengadu kesakitan semasa menuju ke hospital tadi.
"Danish..." panggilan tan sri darman menyentak danish dari lamunan.Apatah lagi tangan tuanya turut hinggap di bahu danish.Danish memandang wajah tan sri darman.
"Papa faham perasaan danish.Tapi ainul lebih memerlukan doa danish. Kita kena doa supaya dia selamat.Jangan ikuMalan perasaan" nasihat tan sri darman lembut.Danish hanya mengangguk perlahan.
Mereka menunggu dengan penuh setia.Doa turut dipanjatkan kepada yang maha esa.Tidak lama kemudian,keluar seorang doktor dari bilik bedah tersebut.Dengan pantas mereka berempat mendekati doktor tersebut.
"Macam mana dengan isteri saya,doktor?" soal danish.Dalam hati dia berharap agar tiada berita buruk yang akan didengarinya.
"Alhamdulillah,puan ainul dan baby selamat.Tuan danish boleh ikut saya masuk ke dalam untuk iqamat kan baby.Tan sri dan keluarga boleh melawat selepas kami pindahkan puan ainul ke wad"ujar doktor lembut.
Mereka yang mendengar pula menghembus nafas lega.Dalam hati tak berhenti - henti mengucapkan rasa syukur.
" Danish masuk dulu pa,umi"ujar danish.Mereka mengangguk perlahan.
*****
Ainul membuka matanya.Kepala dipalingkan sedikit apabila cahaya matahari menusuk matanya.Baru sahaja dia ingin bangun,perutnya terasa begitu sakit.
"Sayang,kenapa bangun?Sayang nak apa - apa ke?" soal danish lembut.Ainul dibaringkan kembali.
"Kenapa perut ainul sakit sangat?" soal ainul polos pula.Danish tergelak kecil.
"Sayangkan baru lepas dibedah.Lagipun dah berapa jam?Mestilah sakit,bius dah hilang" balas danish.Geli hati pula apabila ainul lupa bahawa dia dibedah.Dia duduk dibirai katil.
"Mana baby?" soal ainul lagi selepas mengingati apa yang berlaku.
"Dah...dah.Tak payah fikir pasal baby.Biar baby dengan nurse.Abang dengan sayang.Berdua.Asyik ada baby jek.Mana boleh" balas danish kurang berpuas hati.Kali ini ainul pula tergelak kecil.Namun rasa sakit di perutnya memberhentikan dirinya.
"Nanti kita tambah lagi nak?" soal danish dengan senyuman nakalnya.Tidak semena - mena cubitan ainul hinggap di perutnya.Danish mengaduh kesakitan.
"Padan muka.Tadi merungut sebab asyik ada baby jek...sekarang nak tambah pulak.Ingat sedap ke bersalin" ainul mencebik.
"Alololololo...janganlah merajuk.Abang gurau je lah.Abang tak nak sayang sakit.Abang tak sanggup.Cukuplah apa yang abang dah buat dulu.Abang minta maaf" ujar danish.Suasana yang ceria sebentar tadi kini syahdu.Tangan ainul diraih.
"Abang...tak ada manusia yang tak buat silap.Ainul pun banyak silap dekat abang.Jadi...kita tak payahlah nak ungkit yang lepas.Kita mulakan hidup baru dengan baby" balas ainul.Senyuman diukir semanis - manisnya.
"Assalammualaikum" pintu wad terkuak.Kelihatan seluruh ahli keluarga mereka datang untuk melawat ainul.Syam dan rin juga ada.Ainul dan danish melemparkan senyuman.
"Waalaikummussalam...ni ramai - ramai datang nak masuk meminang ke?" soal danish berbaur gurauan.
"Haah,nak masuk meminang anak kau untuk anak aku" gurauan rin disambut dengan gelak tawa yang lain.
"Mak,maafkan ainul mak.Ainul selalu membantah apa yang mak buat.Ainul selalu tak dengar cakap mak" kata ainul sambil menyalam tangan tua ibunya.Air matanya bergenang.
"Dah...ainul tak salah.Ainul tetap buat jugakan walau ainul tak suka?Jadi ainul tak ada salah"balas mak limah lembut.Air mata ainul jatuh menitis.Kini dia semakin sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu di muka bumi ini.
" Eh,asal sedih - sedih ni?Patutnya kita kena gembira,ni nangis pulak"ujar amirah.
"Akak,nanti kita lawan berpantang lah.Nak?Rin pun" ujar ainul berbaur gurauan. Tergelak mereka sekeluarga dibuatnya.
Ya allah...terima kasih kerana pertemukan aku dan danish.Terima kasih kerana satukan kami.Terima kasih kerana kau hadiahkan seorang cahaya mata sebagai tanda cinta kami.
Aku mengaku...walau cinta itu merosakkan persahabatan,tapi dia tetap akan hadir.Kerna cinta yang datang tak akan pernah mampu untuk dipinta dan dihalang.
Malah aku juga belajar betapa sakitnya kehilangan sebahagian dari cinta pertama ku,abah.Saat dia pergi meninggalkan kami,allah gantikan dia dengan seorang lelaki yang mencintai aku.Malah kami dianugerahkan seorang bayi perempuan, ainnur mardiah.
Cinta mungkin bukan kehendak,tapi kehendak adalah kehendak...
Share this novel