Bab 28

Romance Series 26650

Danish baru sahaja pulang dari kerja.Loceng ditekan.Tak lama kemudian pintu terkuak lalu dia disambut oleh ainul.Beg bimbitnya diserahkan kepada ainul.Kemudian,dia merebahkan diri diatas sofa.Ainul pula duduk bersimpuh di atas lantai.

"Abang..." panggil ainul lembut.Danish memandang wajah isterinya.Dia mengukir senyuman buat ainul.

"Boleh tak kalau ainul tak nak ikut abang pergi rumah umi esok?Ammar dengan rin minta tolong ainul uruskan pasal reunion yang syam buat" sambung ainul lagi.Wajah danish pula mencuka sebaik sahaja nama ammar disebut.

"Tak boleh!"danish melarang.Hatinya kini mula diselubungi perasaan cemburu.Namun cepat - cepat ditepis jauh - jauh.

" Bolehlah,abang..."ainul memujuk danish.

"Tak boleh" danish mengulanginya lagi.

"Bolehlah...bolehlah..." ainul memujuk lagi.Kali ini dia membuat muka comel dengan harapan danish akan cair.

Danish yang melihat ainul dengan ekor mata mula mencair.'Ish...tak boleh...tak boleh.Aku tak boleh kalah'

Danish bangun dari situ.Namun sempat dihalang ainul.'Sentap lah ni'

"Okey - okey...ainul tak pergi.Dah tua pun perangai macam budak tak baligh"membulat mata danish apabila dikatakan sebegitu.

" Apa ainul cakap?Abang tak tua and dah baligh okey"ujar danish.

"Ainul tak percayalah" ainul menidakkan kata - kata danish.

"Oh,nak abang buktikan eh?" tanpa berlengah ainul terus bangun dan berlari.Berlakulah aksi kejar mengejar di dalam rumah tersebut.'Hah tu lah kau...kutuk suami kau lagi.Kan dia dah mintak'

"Ainul!Mari sini!Tadi nak sangatkan!" jerit danish.

"Eh stop dulu.Ainul letih" ujar ainul.Almaklumlah,danish merupakan atlet sekolah suatu ketika dahulu.Ainul pula hanya biasa - biasa sahaja.

Tak lama kemudian,danish mengejar ainul kembali apabila melihat ainul berura - ura untuk mengambil langkah seribu.

Dengan pantas ainul berlari mendaki tangga lalu meluru masuk ke dalam bilik.Pintu ditutup.Belum sempat dia mengunci pintu,danish telah meluru masuk terlebih dahulu.

"Ainul nak pergi mana sekarang ni?" soal danish sambil tersenyum nakal.Dia mengunci pintu terlebih dahulu.

Ainul yang sudah tidak mempunyai pilihan lain terus meluru masuk ke dalam bilik air.Tetapi sempat di tangkap oleh danish.Ainul dicepung lalu dihempas ke atas katil.'Habislah aku'

(readers faham² je lah apa yang jadi.Tak faham pun fahamkan)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience