"He..hello.Ni siapa?Danish mana eh?" soal ainul sambil tersedu - sedan.
"Ni ifrin.Danish ada dengan i"balas ifrin selamba.
Ainul yang mendengar tidak mampu menahan tangisannya lagi.Panggilan diputuskan.Air matanya tidak jemu mengalir.'Kenapa abang?'
*****
Ifrin tersenyum puas.Dia sengaja menjawab panggilan daripada ainul sewaktu danish ke tandas.
" Ada apa you ajak i makan ni?"soal danish ingin tahu.
"Happy birthday,baby" ucap ifrin sambil tersenyum.
"Ya allah,i lupa hari ni hari jadi i.Thank you so much for doing this" balas danish.Dia benar benar terlupa mengenai hari lahirnya.
"You suka?" danish mengangguk perlahan.Ifrin tersenyum.
"Isteri you tak sambut birthday you ke?" soal ifrin sengaja.Reaksi wajah danish bertukar dengan serta merta.
"Tak"danish menjawab lambat - lambat.Suaranya turut kedengaran sedikit kecewa.
Suasana menjadi sunyi seketika.Hanya suara air laut yang kedengaran.
" I ada hadiah untuk you.Kalau you nak you kena i malam ni"ujar ifrin sambil tersenyum sinis.Danish bagai tersedar dari tidurnya.Dia terus bangun dari duduknya.
"Sorry..kalau itu hadiah yang you maksudkan,I tak boleh nak terima" danish menolak.
"Tapi kenapa?Kita kan dah nak kahwin.Jom lah" ifrin berusaha untuk memujuk danish.
"I takkan sentuh you selagi kita belum sah menjadi suami isteri.I buat sebab i sayang you" danish mengorak langkah meninggalkan ifrin sebaik sahaja menghabiskan kata - katanya.
"Cis,macam mana boleh terlepas pula" ifrin merengus geram.Tangannya dikepal tanda protes.
*****
Kereta GTR hitam milik danish memasuki perkarangan rumah 2 tingkat miliknya.Danish memandang sekeliling rumah yang gelap gelita sebaik sahaja keluar dari perut kereta.Kemudian,matanya melilau mencari kelibat ainul setelah memasuki rumahnya.Tiada.Mungkin ainul sudah tidur.
Kakinya mengorak langkah menuju ke dapur.Dia ingin membasahkan tekaknya yang kering.Entah mengapa,dia ingin tahu apa yang ada disebalik tudung saji di meja makan.Dia membuka tudung saji tersebut. Danish tergamam saat melihat pelbagai jenis makanan kegemarannya terhidang di situ.
Dia menuju ke arah peti sejuk selepas menutup tudung saji tersebut semula.Sekali lagi dia tergamam melihat sebuah kek coklat yang terletak elok di dalam peti sejuk tersebut. Terdapat tulisan 'Selamat Hari Jadi Abang' di permukaan kek tersebut. Dengan serta merta niatnya untuk membasahkan tekak terbatal.Dia berasa bersalah terhadap ainul.
Danish menapak ke bilik mereka.Pintu bilik tersebut dikuak perlahan - perlahan.Tekaannya benar.Ainul sudah tidur.Dia mendekati ainul.Kepala ainul diusap perlahan. Wajah ainul sembap.Mungkin dia menangis.
"Maafkan abang.Abang tak sengaja.Abang tau abang tak patut mungkir janji.Tak patut lebihkan ifrin dan buruk sangka dengan ainul.Maafkan abang" dahi ainul dikucup syahdu.Kemudian dia bangun lalu mencapai tuala.Dia ingin membersihkan dirinya sebelum tidur.
*****
Pagi itu ainul bangun awal memandangkan dia dan danish akan melawat fazida.Selepas bersiap,dia menyediakan pakaian untuk danish. Kemudian,dia turun untuk menyediakan sarapan.Tiada sepatah pun perkataan meniti di bibir ainul.
Hal ini menyebabkan danish berasa kekok.Dia sudah tidak betah untuk berdiam diri.Danish mendekati ainul yang sedang mengemas dapur.Dia mengurung ainul menggunakan tangannya.
Ainul pula berasa rimas.Pergerakannya turut terbatas.Ainul cuba untuk menolak tangan danish.Namun semuanya hanya sia - sia.Ainul berhenti menolak lalu memusingkan badan.Wajah suaminya ditatap.
"Abang nak apa?" soal ainul senada.
"Abang nak minta maaf dan abang nak sayang maafkan abang"balas danish separuh berbisik.Tanpa disedarinya,dia memanggil ainul sayang.
" Abang tak ada buat salah.Jadi tak payah minta maaf.Abang makanlah sarapan tu.Ainul nak kemas dapur"ujar ainul dingin.Dia ingin menyambung kerjanya,namun dihalang oleh danish.
"Abang tau ainul marah dengan abang kan?Sebab abang tak balik awal semalam kan?" soal danish.Ainul diam.
Danish menuju ke arah peti sejuk.Kek coklat yang dijumpainya semalam diambil dan diletakkan di atas meja bar.Kemudian dia mengambil pisau lalu memotong sebahagian kecil kek tersebut.Danish mendekati ainul yang sedari tadi memerhati pergerakannya.Kek disua ke mulut ainul.
"Happy belated birthday to me" ujar danish.Ainul memakan kek coklat tersebut.
"Thank you...don't call me sayang.Nanti ifrin cemburu" ucap ainul lalu menyambung kerjanya.'Eh,aku panggil dia sayang eh dari tadi.Alahai malunya!'
"Maafkan abang eh?" pinta danish seraya menutup malu.
"Hmmm" hanya itu yang dibalas oleh ainul.Namun ianya cukup membahagiakan danish.
Tanpa pengetahuan danish,ainul tersenyum. Betapa gembiranya dia apabila dilayan sebegitu.
*****
"Apa nama baby ni kak?" soal ainul.Sejak dari tadi,pipi gebu milik bayi tersebut dicium dan digomol.
"Belum ada lagi.Kalau ada cadangan cakap lah.Anggap jek tu sebagai tanda terima kasih dari kitorang sebab tuan danish dah tolong akak" balas fazida.
"Betul ke?" ainul teruja.Nadzmi,suami fazida mengangguk tanda mengiyakan.
"Okey...kalau macam tu kita letak nama baby ni fikri" balas ainul.
"No!Naqael...sebab abang yang tolong" danish membangkang.
"Tak nak,nak fikri juga" ainul mempertahankan dirinya.
"Naqael"danish juga tidak mahu mengalah.
" Fikri"
"Naqael"
"Fikri"
"Okey dah...jangan gaduh.Nama baby tu muhammad fikri naqael.Nanti ainul kena mengandungkan twin lah.Baru boleh bagi nama sorang satu" ujar fazida meredakan perbalahan antara ainul dan danish.Dia tertawa kecil.
Ainul yang mendengarnya pula agak tersinggung.Dia teringat mengenai anak di dalam kandungannya.Dia sudah tekad untuk tidak memberitahu danish mengenainya.Jika tidak,pasti danish tidak mahu menceraikannya.
"Ainul" panggilan danish menyentakkan lamunan ainul.
"Akak ada salah cakap ke?Maaf kalau akak ada salah cakap" ujar fazida bersalah.
"Eh,tak adalah kak!Ainul teringat BFF ainul.Dia pun tunggu masa.Nanti baby dia lahir,ainul akan pastikan ainul orang ketiga sentuh pipi dia" ainul menjelir lidah ke arah danish.Fazida dan nadzmi tergelak kecil melihat telatah pasangan tersebut.
Share this novel