Saat - saat dia dan ifrin berkenalan menerjah kembali otaknya.Tak lupa juga dengan usaha ifrin untuk mendekatinya.Masing - masing kaku di tempat mereka.Hanya deru nafas yang tidak berapa jelas kedengaran.
"Bila you balik Malaysia?" danish mengalah.Dia tidak betah dengan suasana tersebut.Suasana yang sunyi sepi dan ditemani seorang wanita.
"Baru last week" balas ifrin ringkas.
"Ouh...kenapa?" soal danish lagi.Dia cuba untuk menceriakan suasana.
"Menunggu yang lama" secara automatik danish terkedu.Suasana kembali sepi.
"Bukan kehendak i nak pergi australia dengan irfan.I dipaksa.I harap you maafkan I.Bukan I tak nak contact you.Tapi number I kena tukar.I tak sempat nak save number you" jelas ifrin tanpa diminta.Danish hanya mendengar tanpa ada niat untuk mencelah.
"I dah lama maafkan you" balas danish.Secangkir senyuman dihadiahkan buat ifrin.Namun hatinya seperti berkocak sebaik sahaja menghabiskan ayatnya.'Betul ke apa aku buat ni?'
"Thanks..." senyuman danish dibalas.
"Nanti kita borak lagi.I nak pergi siapkan kerja" ujar ifrin meminta diri.Danish hanya mengangguk.
*****
"Assalammualaikum" ainul memberi salam sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
"Waalaikummussalam" danish menjawab salam ainul.Matanya yang leka menonton televisyen beralih memandang ainul.
"Are you okay?" soal danish apabila melihat isterinya memicit pelipis.
"Okey...sakit kepala jek" balas ainul sebelum mendaki anak tangga menuju ke bilik.Danish pula kembali menonton televisyen.
Seusai mandi,ainul turun membuat 2 cawan milo panas.Kemudian dia mengorak langkah menuju ke arah danish.Salah satu cawan milo diletakkan di meja.Ainul melabuhkan punggung di sebelah danish sebelum meminum air milonya yang masih ditangan.Milo tersebut menghangatkan perutnya.
"Ainul serious ke pasal apa yang ainul cakap waktu dekat hospital tu?" soal danish secara tiba - tiba.Dia memandang wajah isterinya.Rambut ikal mayang yang terurai itu menambahkan lagi keayuan sang isteri.
"Ainul tak main - main.Ainul dah fikir masak - masak.Abang nak rasa cintakan?Tapi ainul tak boleh bagi walau ainul dah terima abang sebagai suami.Abang jangan risau.Segala apa yang abang minta ainul akan tunaikan.Zahir dan batin" jelas ainul panjang lebar.
Entah mengapa,hati danish terasa sedih mendengar penjelasan ainul.Seolah - olah dia tidak dapat menerimanya.'Kenapa aku rasa macam ni?Please lah hati...takkan kau nak jatuh cinta sekarang kot.Eh tak boleh jadi!Sejak bila aku jatuh cinta.Cinta aku hanya untuk ifrin.Dan ifrin dah kembali.Wait...ifrin!'
"Abang dah jumpa ifrin" ucap danish ringkas.Namun ayat tersebut sungguh memilukan hati ainul.
"Bila dia balik?Dia sihat?" soal ainul selamba.Dalam hatinya hanya allah yang tau.
"Dia balik minggu lepas.Dia okey jek.Dia jadi pegawai pemasaran kat hotel abang" jelas danish.
"Ouh..." hanya kata - kata itu yang terpacul pada mulut ainul saat ini.
"Ainul nak masak dululah" ujar ainul seraya bangun untuk memasak.Namun ditahan oleh danish.
"Tak payah lah.Kejap lagi abang nak keluar dengan ifrin" kata - kata danish sedikit sebanyak menggores hati ainul sebagai isteri.Hampir sahaja air matanya menitis.Namun ditahan jua.'Kenapa aku sakit hati ni?Takkan lah aku jatuh cinta.Tapi dia tu ha...ada ifrin.Masakan aku pon tak nak.Bawak je lah dia ke sini.Tak jadi masalah dunia pun.'
Share this novel