Danish dan Ainul sedang makan malam dirumah Tan Sri Darman dan Puan Sri Halimah.Abang danish,daniel hairi dan adiknya,dania haira turut ada bersama ahli keluarga mereka.
"Papa,kenapa papa panggil kitorang makan malam?" Tanya dania.Dia sudah tidak sabar untuk mengetahui sebabnya.
"Salah ke papa nak ajak kita semua makan uja?Lagipun ni kali pertama ainul makan malam ngan kita semua."balas hairi.
" Abang jangan sibuk boleh tak?Baik abang sibuk hal kak mira."ujar dania tidak puas hati.Kak mira ialah isteri kepada daniel.
"Depan rezeki pun nak gaduh ke?" soal danish di samping menegur abang dan kakaknya.Tan Sri Darman dan Puan Sri Halimah tersenyum melihat reaksi anaknya.
"Papa cuma suruh makan kat sini sebab papa nak ajak kamu semua bercuti.Keluarga kita kan dah lama tak bercuti" Tan sri darman menjawab soalan pertama dania.'Habislah aku dengan ainul'
"Bolehlah,mama dapat cucu baru" ujar Puan sri Halimah pula.'Dah agak dah.'
"Haah,betul tu.Dania pun dah lama tak pegang baby kecik"ujar dania pula.
"Kalau nak,cepatlah kahwin." balas danish.Dia tahu ainul pasti tidak mahu.Ainul yang disebelah sudah mula merendahkan badan.
"Nak bercuti dekat mana,pa?daniel menukar topik persoalan apabila melihat ainul yang sudah tertunduk itu.Makanannya juga hanya dikuis - kuis sejak isu anak menjadi topik perbualan mereka sekeluarga.
" Dekat villa kita yang kat Cameron Highland tu.Nanti Pak Ngah dengan Mak Ngah pun ikut."balas Tan Sri darman.
"Abang ammar ikut tak?" dania bertanya lagi.
"Ikut rasanya...mak ngah kamu kata dia dah balik sini minggu lepas" balas Puan Sri Halimah.
"Dah,habiskan makanan." tegur tan sri darman.Dia bimbang anak gadisnya bertanya lagi.Almaklumlah,dania memang suka bercakap.
*****
Ainul menuju ke balkoni sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.Danish berasa pelik dengan tindakan ainul.Di dalam kereta pun dia tidak bercakap.Dia mendekati ainul.
"Kenapa ni?Sayang fikir pasal tadi ke?" tanya danish.Ainul mengangguk perlahan.Danish memusingkan badan ainul supaya menghadapnya.
"Jangan risau...abang takkan buat benda tu dekat sayang.Sayang nak tidur dengan abang pun dah cukup baik." ujar danish.
"Bukan"
"Habis tu?tanya danish lembut.
" Ainul rasa umi betul.Ainul nak jadi isteri solehah dan menantu yang baik.Lagipun kita dah 2 bulan kahwin.Lama - lama orang akan ingat ainul mandul.Ainul tak nak lah macam tu.Ainul takkan bantah kalau abang buat"jelas Ainul.
Hati danish saat ini hanya allah yang tau.Dia tidak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari mulut ainul.Sekali lagi gadis itu ingin mengorbankan dirinya demi kebahagian keluarganya.Dahi isterinya itu dikucup lembut.Air mata seorang suami mengalir dipipi.'Terima kasih'
Share this novel