Bab 22

Romance Series 26662

Ainul tersedar dari pengsan.Dia melihat keadaan sekeliling.Semuanya putih.Rin masuk ke dalam wad.

"Rin...apa jadi?" tanya ainul bingung.Dia tidak ingat apa yang terjadi.

"Kau tak tau ke apa jadi?" soal rin pula.Dia duduk di samping ainul.Ainul hanya menggeleng.

"Adoi!!Sakit lah" ainul mengaduh kesakitan apabila dicubit oleh rin.

"Semalam aku ajak makan kau tak nak makan kan?Ha ambik tu"ujar rin geram.

" Cuba kau cerita kat aku apa yang jadi sebenarnya.Aku tak ingat lah"balas ainul.

"Danish cakap semalam kau tiba - tiba pengsan waktu naik tangga" ainul menyelimuti seluruh tubuh badannya sebaik sahaja mendengar nama danish.

"Kau gaduh dengan danish kan?" soal rin.Wajahnya kelihatan serius.

"Dah tau tanya lagi" balas ainul.

"Assalammualaikum" pintu bilik dikuak.Syam masuk dan diikuti oleh danish.

"Walaikummussalam" jawab rin.

"Jom makan.Ni ada nasi ayam..." kata - kata syam terhenti apabila dipotong ainul.

"Aku tak nak makan" ujar ainul selamba.

"Kau degil lagi...nanti aku tak nak datang lagi baru tau" rin mengugut ainul.Namun dalam hatinya hanya allah yang tau betapa risaunya dia akan ainul.

"Pergilah sana...aku dah besarlah" balas ainul.Dia masih menyelimuti seluruh anggota badannya.

"Kalau korang nak aku makan,aku ada satu syarat" sambung ainul lagi.Rin menjeling ke arah danish yang diam sedari tadi.Geram pula hatinya.

"Fine..apa dia?" tanya rin pasrah.

"Kau cakap dekat kawan kepada suami tercinta kau tu,dia kena ceraikan aku selepas salah seorang dari kami jumpa orang yang kami suka.Dan secara automatik aku akan maafkan dia" jelas ainul.

"Hah,dah dengar dah danish hilman?Puas hati?" ujar rin geram.

"Lagi satu,kalau dia tak nak ceraikan aku,aku yang akan tinggalkan dia" tambah ainul lagi.Danish tergamam mendengar kata - kata ainul.Hatinya pilu.Suasana sunyi seketika.

"Abang setuju" nak tercabut jantung syam dan rin mendengar jawapan danish.Ainul keluar dari selimut lalu duduk.Tangannya dihulur pada syam.

"Nasi.." syam menghulurkan sebungkus nasi.Keadaan sunyi sepi.Syam dan rin masih terkejut dengan tindakan suami isteri itu.Danish pula hanya menguis - nguis makanannya manakala ainul hanya makan seperti tidak ada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience