Bab 10

Romance Series 26650

Danish dan Ainul baru sahaja pulang ke KL petang tadi.Danish baru sahaja selesai mandi.Bajunya disarung ke badan dan disembur minyak wangi ke badannya.Dia turun ke bawah untuk makan malam.

Makanan yang terhidang di atas meja makan cukup membuatnya lapar.Dia duduk di meja makan sementara menunggu yang lain.Terlihat ainul ke hulu ke hilir membawa lauk di dapur ke meja makan.

"Aik,danish.Baru sehari dua tak ada kat sini,takkan dah rindu masakan mak idah kot." kelihatan tuan darman turun bersama isterinya.

"Tak adalah,pa.Cuma danish lapar jek sebab tak makan lagi.Last makan dekat pukul 3 tadi."balas danish dengan lembut.Tak lupa juga senyuman menghias wajahnya.

" Mak idah.Marilah makan sekali.Mak idah masak sedap - sedap takkan tak nak makan."tuan darman mempelawa mak idah sebaik sahaja melihatnya ingin menuju ke tingkat atas.Ainul pula sudah duduk dikerusi bersebelahan dengan danish.

"Tak adalah,tuan.Tu bukan saya yang masak.Saya tolong tengok jek.Hari ni ainul yang masak." ujar mak idah berterus - terang.

"Oooo,patutlah macam sedap jek.Selera orang kampung pulak tu.Sambal belacan tu pun papa dah lama tak rasa.Gemuklah papa ngan mama kalau hari - hari macam ni.Danish ni pun habislah." Mereka tergelak kecil mendengar gurauan tuan darman.Ainul pula sudah tersipu - sipu malu.Mukanya juga sudah merah.

"Ump,tuan.Saya naiklah dululah."ujar mak idah meminta diri.

Tuan darman membacakan doa makan.Mereka menikmati air tangan ainul dengan penuh berselera.

*****

Subuh menjelang,danish dan ainul bangun selepas mendengar bunyi azan subuh.Danish menuju ke bilik air terlebih dahulu.Talefon ainul berdering.Terpapar nama mak pada skrin talefon.

" Assalammualaikum,mak.Ada apa call ainul subuh - subuh ni?"ainul bertanya kepada ibunya dihujung talian.

"Abah,ainul"terdengar tangisan mak timah dari hujung talian.

"Kenapa dengan abah mak?" Tanya ainul lagi.Hatinya sudah merasakan sesuatu yang buruk berlaku.

"Abah dah tak ada..." semakin kuat tangisan mak timah saat mengucapkan kalimah itu.

Ainul kaku seketika.Akhirnya dia jatuh terduduk di atas lantai.Perlahan - lahan mutiara jernihnya turun membasahi pipi.

Danish baru habis mandi terkejut melihat keadaan ainul.Lantas dia mendekati ainul.

"Ainul...kenapa ni?" tanya danish lembut.Wajah ainul sudah basah,matanya juga turut bengkak.Ainul hanya menggeleng.

Danish melihat ainul memegang talefon di tangan.Dia mengambil talefon tersebut dari tangan ainul.Terpapar perkataan mak pada skrin talefon menandakan mak timah merupakan pemanggilnya.

"Assalammualaikum,mak.Ni danish.Ada apa ni mak?"danish bertanya sebaik sahaja menekup talefon itu pada telinga.Tak lama kemudian,muncul ekspresi terkejut pada wajahnya.

"Nanti,kami datang.Assalammualaikum" ucap danish sebelum memutuskan panggilan tersebut.

Wajah ainul dipandang seketika.Ainul dipeluk.Belakang badannya diusap perlahan.Ketika itulah ainul semakin kuat menangis di dada bidang suaminya.Ainul sudah tidak tahan menahan tangisannya.

"Ainul,sekarang pergi mandi.Aku nak pakai baju.Lepas ni kita solat subuh,kemas barang and balik kampung." arah danish sebaik sahaja meleraikan pelukannya.Ainul hanya menuruti perintah danish.Sungguh hatinya luluh pada ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience