Bab 24

Romance Series 26650

Danish sedang meronda sambil mangawasi kawasan sekolah.Matanya tertumpu pada seorang pengawas perempuan yang sedang belajar dengan tekun.Dia tersenyum sendirian.

"Danish!!!" syam menyergah danish dari belakang.Terhenjut bahu danish.Dia menjeling tajam ke arah syam tatkala syam tersengih.

"Kau memang tak boleh tak kacau hidup aku sesaat eh?Memang nak kena kacau hidup aku?" soal danish geram.'Dah macam gay pulak mamat ni'

"Tak...lagi - lagi bila kau termenung.Kau tenung apa?" soal syam.

"Tu ha...tengok budak perempuan tu" danish menunjukkan ke arah seorang budak perempuan.Syam memandang ke arah yang di tunjukkan danish.

"Kenapa dengan budak perempuan tu?" soal syam lagi.

"Aku rasa nak kawan dengan dia ah syam" balas danish.Dia kembali memandang pelajar tersebut.

"Kenapa pulak?Bukan kau tak suka budak perempuan form 4 ke?" syam berasa curiga.

"Memanglah...tapi dia ni macam lain tau.Hari tu,aku terlanggar dia.Tapi dia bukan menggedik.Dia marah aku adalah.Tu yang aku macam tertarik" balas danish.Syam ketawa kecil.'Dah kenapa pulak dia ketawa ni?'

Danish sememangnya terkenal di sekolah kerana bakatnya dalam nyanyian.Tak kurang juga penampilannya yang segak dan kemas.

"Sebenarnya aku dah tau dah pasal dia.Aku dah kenal dia pun" Danish menahan geram.Matanya merenung tajam wajah sahabatnya yang masih tergelak itu.'Kurang asam punya kawan'

"Eh...lupa pulak aku!Kelas sebelah ada budak baru.Budak perempuan.Jom lah kenal - kenal dengan dia.Dia tengah duduk dalam kelas tu" ujar syam.

"Malas ah..."danish menolak ajakan syam.

"Aik...bidadari kau tengah ketuk pintu hati ke?Selalunya bukan main kau nak kenal ngan budak perempuan" sindir syam.Danish melepaskan keluhannya.Dia malas mahu melayan sahabatnya itu.

"Fine" kakinya mula mengorak langkah ke kelas 6 creative.

*****

"Hai,awak!Awak budak baru eh?" Budak perempuan itu hanya tersenyum mengiakan kata - kata syam.

"Saya syam,ni danish.Kalau ada apa - apa jumpa jek dengan kitorang."gadis itu memandang wajah kacak danish yang tidak mengendahkannya.'Kacaknya dia'

" Saya ifrin amani.Panggil ifrin jek"jelas ifrin.

"Dah habiskan?Jom...aku ada banyak lagi benda nak settle.Kau ingat kau tu pengawas.Jangan nak lebih" ujar danish sambil meninggalkan sahabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience