"Takkan hanya kerana ainul tak boleh mengandung,ainul nak biar danish kahwin lain?" puan sri halimah memprotes.
Ainul yang mendengar pula cuba bersabar.Ainul tahu puan sri halimah pasti tidak setuju mengenai perkara tersebut.Ya,dia menggunakan alasan tidak boleh mengandung memandangkan alasan tersebut adalah alasan yang paling kukuh.
"Bukan apa,umi.Ainul nak abang danish bahagia jek.Ainul tau dia nak anak.Umi dengan papa pun nak cucukan?Sebab tu ainul nak abang danish kahwin" ainul cuba memujuk ibu mertuanya.Puan sri halimah merenung tajam ke arah ifrin yang sedari tadi diam tidak berkutik.
"Eh,perempuan!Kau bangun!" arah puan sri halimah dengan kasar.Iman dan kesabarannya sudah habis ditelan api kemarahan.Jangankan ifrin,ainul juga turut terkejut melihat puan sri halimah.Ifrin menuruti perintah puan sri halimah.'Aduhai...patutlah.Dari umi rupanya.Sebijik habis'
"Umi" ainul cuba menyedarkan puan sri halimah.Puan sri halimah merenung tajam wajah ainul.
"Ainul tengok perempuan ni!Pakai baju tak cukup kain!Rambut macam kena simbah cat karat!Ainul rasa dia layak ke?Tu belum masuk lagi reti masak ke tak!Entah - entah,pegang senduk pun tak reti!" habis segala kutukannya dihambur kepada ifrin.Ainul mula berasa bersalah.Dia menatap wajah ifrin.Wajah ifrin yang putih melepak itu sudah berona merah menahan marah.Tangannya turut dikepal.
"Umi janganlah macam ni.Sekalipun dia tak tahu,dia boleh belajar kan?People change.Kalau bagi umi ifrin terlalu teruk,umi fikirlah kebaikannya.Mungkin dengan bimbingan abang danish dia akan jadi lebih baik" ainul masih belum mengalah.
"Ainul...kalau ainul tak boleh mengandung pun umi tak kisahlah!Dan kau perempuan! Aku nak kau tau yang aku takkan sesekali restu hubungan kau dengan anak aku" puan sri halimah beredar dari situ sebaik sahaja menghabiskan kata - katanya.
Ainul turut bangun.Dia mendekati ifrin.Dia tau gadis itu pasti terasa dengan kata - kata ibu mertuanya.
"Ifrin...aku minta maaf.Aku tak sangka benda nak jadi macam ni" ujar ainul berasa bersalah.Bahu ifrin disentuh lembut.
"Tak apa.Kau tak salah.Aku boleh ambik hati umi lain kali.Kau cuma nak kenalkan aku dengan umi kan?" balas ifrin tersedu sedan.Air mata yang mula membasahi pipinya di seka.
Ainul pula berasa lega mendengarnya.Dia memicit pelipis.Sememangnya dia kurang sihat pada hari itu.Namun digagahkan jua dirinya.Dari tadi dia menahan pening.
"Aku hantar kau balik eh?Kau tak sihat kan?" dia mempelawa ainul.Ainul memandang wajah ifrin.
"Nampak ke?" soal ainul polos.
"Nampak plastik" seloroh ifrin.Ainul menampar lembut lengan ifrin.Namun tak lama kemudian dia turut ketawa kecil.Siapa sangka gadis yang kelihatan angkuh selama ini sebenarnya mempunyai hati yang baik.
"Bagus jugak mak mertua aku brain wash kau eh?Kalau macam ni baik,jadi kawan sehidup semati dengan kau pun aku sanggup" usik ainul.Kali ini ifrin pula menampar lengan ainul.Hilang segala rasa yang mencengkam jiwa sebentar tadi.
*****
"Ainul!" ainul yang sedang memotong sayur ketika itu terhiris jarinya dek kerana terkejut apabila disergah.Ainul memusingkan tubuhnya memandang tuan empunya suara.Kelihatan danish menuju ke arahnya.
"Abang nak apa?" soal ainul pelik.Masakan tidak pelik,sudahlah danish pulang lewat,kemudian tiba - tiba datang menyergahnya.Wajahnya juga merah seperti menahan marah.
"Kau tanya aku apa?!"
Pang!!!
Danish melempang ainul sebaik sahaja menghabiskan kata - katanya.Ainul memegang pipinya.Pijar.Terasa ada cecair yang mengalir di hujung bibirnya.
"Setan mana yang rasuk abang ni hah?" soal ainul geram.Suaranya juga meninggi.Air mata jatuh membasahi pipi.Dia kecewa.
"Soalan tu sepatutnya aku tanya dekat kau lah perempuan!Kenapa kau bawa ifrin jumpa umi tanpa izin aku?!Siapa suruh kau buat keputusan sendiri?!"
Pang!!!
Ainul menampar wajah danish.Dia terpaksa memandangkan itu sahaja cara supaya danish berhenti.Dadanya naik turun.Segalanya menjadi satu.
"Maafkan,ainul.Jangan salahkan abah atau mak sebab ainul naik tangan.Abang boleh salahkan ainul sebab mak dengan abah memang tak pernah ajar ainul kurang ajar.Tapi abang" ujar ainul.Suaranya mula mengendur dan bergetar.Danish terdiam.
"Abang nak tau kenapa?Sebab abang tak pernah nak dengar penjelasan ainul!Abang jauhkan diri abang dengan ainul.Abang pergi kerja sebelum ainul bangun.Lepastu balik bila ainul dah tidur.Abang rasa ainul sempat ke bagitau abang?!" ainul memulangkan paku buah keras kepada danish.
"Kalau ainul sempat cakap abang setuju ke?...tak kan?!Sebab apa?Sebab abang ni pengecut!Dayus!" tengking ainul.Dia benar - benar marah dan kecewa.
Danish sekali ingin menampar wajah ainul apabila ainul melontarkan perkataan dayus padanya.Namun terhenti apabila ainul bersuara kembali.
"Tampar!Tampar,ainul!Kenapa tak bunuh ainul sekali?!Ainul tak minta layanan seorang isteri!Tapi layanan seorang kawan baik!Tapi apa yang ainul dapat?!" herdik ainul.Dia merenung tajam anak mata danish.
"Kenapa diam?!Cakap lah!...Ke abang nak ainul bagitau?" soal ainul sinis apabila melihat danish diam.
"Ainul dapat penampar,herdikan,tengkingan!Abang ingat ainul tak ada perasaan ke?Mak dengan arwah abah pun tak pernah layan ainul macam ni tau...terima kasih sangat - sangat.You change a lot!" air mata yang mula surut kini semakin deras membasahi pipi ainul.Dia berlalu pergi meninggalkan danish yang diam tidak berkutik di situ.
"Aaaaaargh!" danish merengus kasar.Dia mati akal.
Share this novel