"You..." panggil ifrin sambil menepuk meja kecil yang dikelilingi sofa itu.Danish tersentak dari lamunannya lalu memandang wajah putih ifrin.Dia tersenyum namun dirasakan hambar.
"What's wrong with you?Ada masalah ke?Kalau ada masalah,you sharelah dengan i" ujar ifrin lembut.
"Tak adalah.I okey" danish menafikan sangkaan danish.
"No,you're not.You selalu termenung.I kenal you.You bukan macam yang i nampak sekarang ni" ujar ifrin.
Ya,danish kerap termenung sejak kebelakangan itu.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Adakah kerana rindu?Atau perasaan bersalah pada isterinya.Dia sudah mencari ainul di merata tempat.Namun dia masih belum menjumpainya.
"Tak apalah kalau tak nak cerita.Ni...you pergi tak reunion tu?" soal ifrin.
"Up to you" balas danish ringkas.Dia sebenarnya apa yang perlu dilakukan.Dia pasti ainul akan salah faham apabila melihatnya bersama ifrin.Namun,hanya itu peluangnya untuk berjumpa gadis itu.
"You!" danish tersentak sekali lagi apabila ifrin memanggilnya.
"Tengok tu...you termenung lagi" rungut ifrin.Tangannya disilang ke dada tanda protes.Muncungnya juga sudah sedepa.Danish mengeluh berat.
"Sorry...you nak makan apa untuk lunch?You masak eh?Barang semua ada kat dapur.Lagipun i tak pernah rasa masakan you" ujar danish.Ifrin terkedu seketika.Kepala yang tidak gatal digaru.
"I...i sebenarnya tak pandai masak" ifrin tersengih sebaik sahaja menghabiskan kata - katanya.
Sementera itu,danish yang mendengar terbuntang matanya.Dari posisi baring,dia kini terduduk dek terkejut dengan kenyataan ifrin.Masakan tidak,umur gadis itu hampir mencapai 28 tahun.Tetapi masih belum tahu memasak.
"Kalau macam tu tak apalah.Kita makan dekat luar.Tapi lain kali you kena belajar masak.I suka perempuan yang pandai masak and buat kerja rumah" ujar danish sebelum bangun mencapai kunci kereta.Ifrin turut bangun lalu mencapai beg tangannya.'Padan muka kau'
*****
"Wei...asal korang berdua pakai baju sama?" soal fatin kepada ainul dan rin.
"Kau ni takkan lupa kot.Diorang kan kembar tak seiras"ujar husna.
Ainul dan rin hanya tersenyum.Mereka memang digelar kembar tak seiras semasa disekolah dahulu kerana keakraban mereka.Pada malam itu,mereka mengenakan jubah berwarna merah dan putih.Terdapat tali di bahagian siku dan bawah dada.Bahagian bawah dada sehingga kaki dikenakan dengan potongan payung.Pakaian mereka agak menarik perhatian orang ramai.Solekan nipis diberi tekanan pada bahagian mata itu menyerlahkan lagi mereka.
" Eh,kenapa kau tak datang sekali dengan danish tadi?"soal athirah pula.
"Erk...danish pergi ambil ifrin tadi.Kereta dia rosak" balas ainul.
"Kau tak takut ke si ifrin tu ambil laki kau?Dulu kan diorang bercinta" soal fatin.
"Haah...kalau aku belum berpunya and bertunang.Pastu dia pun single,dah lama dah aku rembat dia"ujar athirah.
" Tak adalah...dia tu baik lah.Lagi pun suami aku nak tolong dia jek.Bukan nak berzina.Kalau berzina,memang aku bunuh dia"seloroh ainul.Senyumannya mati sebaik sahaja melihat danish bersama ifrin duduk bersebelahan.Pedih di hati ditahan.
"Assalamualaikum semua,nampaknya semua dah sampai.Apa khabar?" suara syam menarik perhatian tetamu yang hadir.Salam syam dibalas serentak.
"First of all,saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke majlis ini.Dalam kesibukan kerja,akhirnya dapat juga kau orang meluangkan masa sedikit untuk bertemu kembali.Apa - apa pun,terima kasih kepada yang sudi hadir" ucap syam menggunakan mikrofon.
Danish duduk di bawah langsung tidak menumpukan perhatian. Dia hanya ingin mencari raut wajah isterinya.Terjengul - jengul kepalanya mencari ainul.
"Kau cari apa,danish?" soal ismail pelik.Danish tidak mempedulikannya.Malah dia memandang ifrin.Lega hatinya melihat gadis itu menumpukan perhatiannya pada persembahan di atas pentas.
Tanpa disengaja matanya terpandang seraut wajah yang cukup dikenali. Ayu.Ainul kelihatan ayu dan luar biasa.Matanya kelihatan lebih galak.Bibirnya yang dicalit pelembut bibir berwarna merah lembut kelihatan seksi bagi danish.Jiwa lelakinya kini bergelora.Walaupun kecantikan ifrin dipuji orang,ainul tetap kelihatan lebih sempurna di mata danish.Namun entah mengapa dia sering melukai hati gadis itu.
"Okey,untuk persembahan seterusnya,saya mempersilakan kumpulan yang cukup terkenal di sekolah kita dulu untuk membuat persembahan. Saya rasa tak perlu diperkenalkan lagi ketua kumpulannya.Semua dah tahu kan?" jerit syam disambut dengan suara - suara tetamu yang lain.
"Baiklah,tanpa melengahkan lagi kita persilakan tuan danish hilman untuk ke pentas!" laung syam girang.
Danish tersentak. Dia memandang ke kiri dan ke kanan.Ramai yang memandang ke arahnya sambil menepuk tangan.Dia tersengih lalu mengangkat tangan.
"Good luck,baby" ucap ifrin sambil menggenggam tangan danish seketika.Danish hanya tersenyum nipis.Dia bangun dari tempat duduk lalu menuju ke pentas.
"Assalammualaikum...syukur kita dapat betemu lagi.Sebenarnya dah lama saya tak menyanyi,jadi rasa macam kekok pulak.Apa kata kalau saya tak payah menyanyi?Band pun tak cukup ahli ni" danish memulakan bicara.
"No!Kau kena nyanyi jugak!" jeritan reduan diikuti oleh tetamu yang lain.
"Okey....okey.Untuk tidak menghampakan korang,terimalah lagu ni yang saya tujukan buat yang tersayang" ucap danish.
Keadaan dewan menjadi riuh - rendah dengan suara tetamu yang bersorak.Ada juga yang menyebut nama ainul.Danish memandang wajah ainul yang sudah berona merah diusik.Rasa syukur terbit di hati.Bunyi dram yang dimainkan ikhwan dan petikan gitar daripada rahman mengejutkan danish.Dia memejam mata.Ada wajah ayu yang terlayar menyebabkan rasa rindu memasuki ruang hati.
Lihat diri ini...
Tatap mata ini...
Adakah aku...pendusta cinta mu
Renung ku di sini di dalam hati ini...
Adakah aku insan yang engkau cintai...
Mana kau campakkan hati ku
Hati yang ku berikan pada mu kasih...
Semua jawapannya ada pada mu
Ku di sini kan setia
Menunggu mu oh kasih ku..
Meski pun maut mendatang
Menjemputku
Danish membuka matanya sebaik sahaja memulakan nyanyian.Dia memandang ainul yang sudah tidak senang duduk.Dia tersenyum.
Ainul semakin tidak keruan.Danish tidak berhenti memandangnya seolah - olah lagu tersebut buatnya.'Apahal tenung aku sampai nam tembus?Pergilah tenung awek kau yang cun melecun tu.Karang habis majlis ni sebab dia menyinga'
Ifrin pula merengus geram.Dia semakin tidak puas hati dengan tindakan danish. Dia cemburu.Sementara itu,syam yang berada di tepi dewan tersenyum penuh makna.
Mengapa kau pergi
Dari diri ini...
Mengapa harus kau merelakan aku
Mudahnya kau melepaskan ku oh kasih ku
Mudahnya kau mencari teman pengganti ku
Mana kau campakkan hati ku
Hati yang ku berikan pada mu kasih
Semua jawapannya ada pada mu
Ku di sini kan setia menunggu mu
Oh kasih ku
Meski pun maut mendatang
Menjemputku
Ainul terkedu seketika.'Dia tahu ke?'
Danish memandang sayu seakan - akan meminta ainul untuk kembali ke pangkuannya.'Baliklah ainul.Jangan buat aku macam ni'
Mana ku campakkan hati mu
Hati yang kau berikan ku kasih
Semua jawapannya ada pada mu
Ku di sini kan setia menunggu mu
Oh kasih ku...
Meski pun maut mendatang
Menjemputku...
Danish mengakhiri lagu tersebut dengan penuh perasaan.Sebenarnya dia ingin meluahkan rasa cintanya.Kini dia lega.Dia sedar.Dia mencintai gadis itu. Gadis yang pernah mencuri hatinya.
Ainul berasa tidak selesa.Danish tersenyum. Wajah ifrin pula merah padam menahan marah.Syam?Tersenyum tak sampai sudah.Kepalanya pun sudah mula pening.
Share this novel