Bab 20

Romance Series 26650

Kejadian siang tadi masih segar diingatannya.Ego seorang suami terasa seperti dicabar.Danish sedang berdiri di balkoni biliknya.Ainul pula mungkin sedang bersembang di bawah.Lepas makan malam tadi,dia terus naik atas.

"Abang...jom lah turun.Diorang cari abang" ajak ainul lembut.Danish tidak memandang apatah lagi menjawab.

"Abang...abang dengar tak?" ainul memanggil dengan lembut.Dia mendekati danish lalu menyentuh bahu danish.Namun danish menepis tangannya dengan kasar.Ainul tersentak.

"Ainul dah tak perlukan abang lagi kan?Pergilah dekat best friend ainul tu" ujarnya selamba walaupun hatinya kian membara.'Siapa best friend aku?Daniel ke?'

"Daniel ke?" soal ainul.Danish tidak menjawab.Rasa cemburu semakin kuat.

"Daniel dengan ainul tak ada apa - apalah.Kitaorang just kawan jek" jelas ainul.

"Jangan kawan dengan dia lagi" danish memusingkan badannya menatap sang isteri yang sudah terpinga - pinga.

"Tapi kenapa?Takkan ainul tak boleh kawan dengan dia sebab ainul kahwin dengan abang jek?" ainul cuba mempertahankan persahabatannya dengan daniel.Mustahil dia akan memutuskan persahabatannya begitu sahaja.

"Kalau dah pegang - pegang tu kawan lagi ke?!" Danish mula meninggikan suara.Ainul tersentak.

"Kalau abang nampak pasal siang tadi,abang jangan salah faham.Ainul tersempak jek..." kata - kata ainul terhenti apabila dipotong oleh danish.

"Yang cuit - cuit tu apa!!!" danish menengkingnya.Terhenjut bahu ainul dek terkejut.Hatinya sebak melihat perubahan danish.Matanya mula berkaca.

"Daniel yang cuit...ainul tak sempat nak elak pun"dia cuba untuk mempertahankan dirinya.Hatinya ditabahkan.Dia tidak mahu menderhakai suaminya.

" Tak sempat nak elak ke memang tak nak elak?Ainul memang tak cintakan abang kan?Ainul memang tak nak kahwin dengan abang kan?!"bertalu - talu soalan dilemparkan.

"Kenapa abang jadi macam ni?Memang ainul tak cintakan abang,tapi ainul belajar" Air matanya hampir menitis namun cuba ditahan.

"Ainul cintakan daniel kan?!!" ainul digertak.Air matanya jatuh jua.Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan supaya lelaki itu percaya.

"Kenapa diam?!Kau ni memang..."

PANG!!!

Ainul ditampar sehingga jatuh terduduk.'Sampai hati abang...'

"Ainul tak tau lah salah ainul dekat mana sampai abang tampar ainul.Ainul cuma nak cakap terima kasih sebab menjadi orang pertama yang tampar ainul.Mak dengan arwah abah pun tak pernah tampar...tapi bagi ainul diorang dah ajar ainul dengan baik.Terima kasih..." Ainul keluar dari bilik itu sebaik sahaja menghabiskan kata - katanya.

*****

Air matanya tidak berhenti mengalir sejak keluar dari bilik tadi.Hatinya masih sakit.Danish tidak patut memarahinya begitu.Dia sendiri tidak tahu di mana salahnya.

"Abah...dekat mana salah ainul?Ainul nak abah...ainul nak cakap dengan abah...ainul rindukan abah" ainul teringat saat - saat dia sedih dahulu.Ayahnya pasti akan menemaninya.

Tanpa ainul sedari ada yang memerhati.Pilu hatinya melihat gadis itu mengalirkan air mata.Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya jadi begitu.

"Maafkan abang..." dia berlalu pergi sebaik sahaja menghabiskan bait - bait katanya.Dia tidak sanggup melihat gadis itu menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience