Bab 21

Romance Series 26650

Sudah seminggu danish pulang.Pergaduhan antara dia dan danish masih belum reda.Danish buntu.Dia tidak tahu sama ada ainul masih memarahinya atau tidak.

Tok!Tok!Tok!

"Masuk" danish memberi arahan.

"Danish...jom lunch.Hari ni aku belanja" ujar syam sebaik sahaja masuk ke dalam bilik kerja danish.

"Tak nak lah.Aku malas"Balas danish.

" Kau kenapa?Aku tengok kau macam ada masalah jek.Kau dah tak ceria.Staf semua cakap pasal kau..."ujar syam lagi.Dia risau melihat keadaan sahabatnya itu.

"Waktu dekat cameron hari tu...aku...gaduh dengan ainul" danish teragak - agak menjawab.

"What?!!Macam mana boleh gaduh?" syam begitu terkejut dengan berita yang disampaikan.Danish menceritakan satu persatu peristiwa yang berlaku.

"Kau suka dia ke?" tanya syam sebaik sahaja danish menghabiskan ceritanya.

"Tak" danish menafikan.

"Then.." syam masih tidak berpuas hati dengan dengan danish.

"Aku just tak puas hati...sebab dia dah jadi bini aku.Tapi masih nak main cuit - cuit pulak"balas danish.

" Tapi kau tau kan yang ainul memang tak suka lelaki sentuh dia.Lagipun daniel yang cuit"syam cuba untuk mempertahankan diri ainul pula.Danish hanya berdiam.

"Suka hati kau lah.Aku dah nasihatkan kau.So tugas aku sebagai kawan settle.Jom lunch" Ujar syam sebelum beredar dari situ dan diikuti oleh danish.

*****

Rin hanya memerhati ainul yang sedang termenung di mejanya.

"Ainul!" rin memanggil ainul.Ainul memandang rin disebelahnya.

"Apa?" ainul bertanya perlahan namun masih kedengaran di telinga rin.

"Kau kenapa?Ada masalah ke?Sejak balik cameron hari tu kau asyik termenung jek"rin menyuarakan isi hatinya.

" Tak adalah.Aku okey jek"balas ainul.Tangannya ligat menanda buku latihan murid - muridnya.

"Kau jangan tipu aku lah.Aku kawan ngan kau sejak kecik kot.Kat mana - mana aku dengan kau.Tukar sekolah pun sama - sama" ujar rin lagi.

"Aku okey jek..." ainul masih menafikannya lagi.

"Tak pe kau...nanti aku tanya laki aku.Kalau betul siap kau dengan danish" rin mengugut ainul.

"Tanyalah" kata ainul selamba.Mereka berdua berdiam seketika.Rin hanya memandang ainul yang masih ligat menanda buku.

"Jom makan...aku lapar lah.Kau pun tak makan dari pagi kan?" ajak rin.

"Kau pergilah...aku sibuk.Kejap lagi aku ada kelas" ainul menolak walaupun perutnya terasa pedih.Rin mencebik.Kemudian dia beredar ke kantin.

*****

"Lambat balik" ujar danish yang sedang menonton televisyen.Ainul tidak menjawab mahupun memandang.Dia letih.

Ainul memanjat tangga.Pandangannya mula berpinar.Ainul berhenti seketika.

KEDEBUK!!!

Ainul jatuh dari tangga ke - 4.Danish yang mendengar bergegas mendapatkan ainul gang sudah terbaring tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience