Hudiya Imani tersedar apabila azan subuh sayu berkumandang. Dengan pantas dia ke Datuk Yacop untuk dikejutkan.
“Tuan...” Lembut Hudiya Imani mengoyangkan badan Datuk Yacop.
Datuk Yacop buka matanya melihat Hudiya Imani yang agak serabai. Datuk Yacop menduga mungkin Hudiya Imani bangun tidur terus mengejutnya.
“Tuan subuh, ” Hudiya Imani bangunkan Datuk Yacop. Di tarik kerusi roda menghampiri katil kemudian di angkat Datuk Yacop ke kerusi roda. Di tolak Datuk Yacop ke bilik mandi untuk mengambil wuduk.
Hudiya Imani terpinga-pinga bagaimana mahu menolong Datuk Yacop mengambil wuduk. Datuk Yacop faham akan maksud tingkah laku Hudiya Imani.
“Tu, ” Datuk Yacop memandang ke atas rak yang.
“Solat dulu baru mandi. Dah lambat, ” Hudiya Imani tidak memahami apa yang ingin di sampaikan oleh Datuk Yacop.
“Rung…gan”
Rung gan. Hudiya Imani tidak faham lalu dia hanya melihat apa yang ada di atas rak. “Sarung tangan, ” Hudiya Imani memandang Datuk Yacop.
“Ye, ”
Hudiya Imani sudah faham maksud Datuk Yacop. Di pakai sarung tangan. Lalu di baluti badan Datuk Yacop dengan tuala. Di ambil air mengunakan cawan yang ada dan menyuakan ke mulut Datuk Yacop di selangi dengan bekas kosong yang lebih besar untuk Datuk membuang air di dalam mulutnya. Di seratakan air di muka Datuk dengan lembut kemudian beralih ke tangan hingga ke penghujung wuduk.
Hudiya Imani membentangkan sejadah dan menolak kerusi roda Datuk Yacop ke sejadah yang mengadap kiblat. Lalu Hudiya Imani menghilangkan diri masuk ke bilik mandi untuk mengambil wuduk bagi dirinya.
Hudiya Imani sembayang di sebelah Datuk Yacop yang tidak beralaskan apa-apa.
Rifaat Rafie turun ke bawah rumah melihat Datuk Yacop sudah berada di meja makan. “Good morning daddy, ” Pipi Datuk Yacop di cium tapi dia tidak nampak kelibat Hudiya Imani.
Di cari Hudiya Imani kerana meninggalkan Datuk Yacop berseorangan di meja makan. “Bik Diya Mana?” di lihat Bibik Salma sedang duduk menjamu selera di meja kecik di tepi dinding.
“Dapur Tuan, ”
“Bik makan dekat meja sani,”
“Tak apa Tuan selesa dekat sini, ”
“Suka hati Bibik la” sudah berkali-kali ajak makan bersama pasti di tolak oleh pembantu rumahnya. Rifaat Rafie ke dapur mencari Hudiya Imani.
“Oiii!!”
Hampir terpelanting anak lesung di tangan Hudiya Imani, terkejut kerana di sergah oleh Rifaat Rafie.
Rifaat Rafie cuba menahan gelak melihat Hudiya terkejut tapi di tahan. “Kau buat apa? Daddy aku tak makan lagi kau dah penuhkan perut kau dulu?”
Hudiya Imani mengeling kepala. “Untuk Daddy Tuan,”
“Daddy aku tak makan lada. Dia makan bubur je!!” Hudiya Imani di marahi lagi sekali. “Kau tercegat apa lagi!”
Berlari Hudiya Imani bersama lesung di tangannya. Rifaat Rafie hampir ketawa melihat Hudiya Imani. Diya tak buat Rafie gelak sehari tak boleh ke. Macam mana Rafie nak jadi garang ni.
Datuk Yacop melihat Hudiya Imani datang bersama lesung di tangannya. Di letakkan lesung di meja makan. Di ambil isi di dalam lesung dan di letakkan di mangkuk bubur Datuk Yacop.
“Kau bagi daddy aku makan apa? ” tangan Hudiya Imani di tahan.
“Ikan bilis goreng, ”
“Ikan bilis apa ni? ” Datuk Yacop hanya boleh melihat Rifaat Rafie memarahi Hudiya Imani dari sejak anaknya muncul. layanan Rifaat Rafie berikan pada Hudiya Imani lain tidak seperti pembantu sebelum ini. Pembantu sebelum ini Rifaat Rafie layan dengan baik jika buat silap baru la akan mengamuk.
“Tumbuk hancur, ” Hudiya Imani jawab bersahaja tanpa rasa rasa takut pada Rafie.
“Su..ap,” Datuk Yacop melihat Hudiya Imani.
“Nanti Daddy.” Rifaat Rafie melihat Hudiya Imani dengan pandangan sangsi. Di rasa serbuk di dalam batu lesung. Sedap juga ikan bilis tumbuk ni. “Suap Daddy, ”
Rifaat Rafie melihat Datuk Yacop makan berselera tidak seperti selalu. Habis licin bubur di dalam mangkuk. Selalunya dua tiga suap pasti Datuk Yacop sudah tidak mahu makan lagi.
“Rafie pergi kerja Daddy, ” di cium kedua pipi Datuk Yacop.
“Ti”
“Ye daddy, ”
Melihat mata Datuk Yacop memandang ke arah Rifaat Rafie dengan pantas Hudiya Imani menolak kerusi roda ke pintu utama.
Tiba sahaja di pejabat Rifaat Rafie melihat rakaman CCTV di ulang dari mula Datuk Yacop di kejutkan bangun tidur oleh Hudiya Imani. Di lajukan kerana apabila di lihat tiada yang mencurigakan hingga di meja makan ketika dia masih belum turun.
Hudiya Imani cuba menyuap Datuk Yacop makan dan berkali-kali Datuk Yacop menolak.
“Tuan nak air? Kopi, air masak, ” Hudiya Imani buntu bagaimana ingin menyuruh Datuk Yacop untuk makan.
“Pi”
Di tuang kopi di dalam cawan. “Panas tak boleh minum, ” Hudiya Imani tiba-tiba ke dapur.
Rifaat Rafie menukar video di dapur pula. Hudiya Imani mencari sesuatu kerana kali ke dua dirinya di dapur Itu. Di ambil piring dan cawan lalu di basuh dan di lap dengan tisu sehingga kering. Hudiya Imani kembali semula ke meja makan.
“Tuan nak tarik atau piring, ”
Datuk Yacop terasa terhibur dengan Hudiya Imani yang ingin menyejukkan air di dalam cawan. Datuk Yacop memandang piring. Kerana teringat akan kenangan lama ketika dia kanak-kanak.
Hudiya Imani menuang air di dalam cawan ke piring yang di ambil dan di biarkan seketika untuk sejuk “Masa Diya kecik Atuk selalu buat macam ni. Lepas tu berebut dengan adik, ” Diya tersenyum teringat akan kenangan zaman kanak-kanaknya.
“Tuan makan la,” Hudiya Imani cuba menyuapkan lagi sekali ke mulut Datuk Yacop. Datuk Yacop tetap menolak untuk makan. “Tuan nak makan apa?”
“Bubur ni tak sedap ke?” Hudiya Imani tetap memandang Datuk Yacop yang sedang memandang dirinya tidak berkelip. Mungkin kerana wajahnya sama seperti arwah isteri Rafie. “Saya makan boleh. lapar, ”
Datuk Yacop mengangguk kepala sedikit. Hudiya Imani menyuap bubur ke dalam mulutnya. Lalu dirinya hilang kembali ke dapur. Peti sejuk pula di selongkar oleh Hudiya Imani bagaikan rumah sendiri.
Apa benda perempuan ni. Kau buat rumah aku macam rumah kau sendiri. Rifaat Rafie merasa geram melihat perilaku Hudiya Imani tapi geramnya hilang selepas tahu apa yang Hudiya Imani lakukan. Rifaat Rafie kembali ketawa melihat Hudiya Imani terkejut apabila dirinya di sergah sampai bawa lari lesung ke meja makan.
Diya... Diya...
Tiada satu pun yang boleh buat Rafie marah. Semua kemarahan Rafie tak menjadi. Maafkan Rafie sebab garang dengan Diya. Rafie buat bersebab.
Share this novel
semoga bahagia Milik Diya Satu Hari nnt