Rifaat Rafie melihat kereta Syahirah berada di depan pagar rumahnya. Aku ingat dah kena semalam serik nak jumpa aku. Memang perempuan tak tahu malu betul. Rifaat Rafie buka pintu pagar rumahnya untuk Syahirah masuk.
“Hi Abang Rafie,” Syahirah tergedik-gedik datang ke arah Rifaat Rafie.
“Ermm,”
“Abang. Shira minta maaf semalam Shira kurang ajar dengan Abang. Dengan orang gaji Abang,”
“Kau tak takut kena HIV,” Rifaat Rafie memandang Hudiya Imani seperti mahu tidak mahu.
“Shira tahu Abang tipu,”
"Jadi dah ready nak bagi aku rasa badan kau," Rafie buat muka gersang hingga berubah wajah Syahirah. "Buka baju sekarang,"
“Tuan makan,” Hudiya Imani memanggil Rifaat Rafie sambil menolak Datuk Yacop ke meja makan. Teguran Hudiya menganggu Rafie yang cuba untuk menakutkan Syahirah.
“Jom Abang. Shira teman Abang makan,” Syahirah dengan tidak malu menarik tangan Rifaat Rafie lalu masuk ke dalam rumah.
Hudiya Imani buat tidak tahu sahaja akan kehadiran Syahirah di hadapannya. Tiada kaitan dengan dirinya. Yang penting bagi dirinya Datuk Yacop.
“Kenapa Abang bagi orang gaji makan sekali,” di jeling Hudiya Imani kerana tidak suka. Pada masa sama takut akan Hudiya apabila memikirkan sekali Hudiya tolaknya terus tergolek.
“Saya suap Daddy,” Hudiya Imani jawab.
“Who are you call you bos Daddy?”
“Orang,” Hudiya Imani membalas dengan bersahaja.
Rifaat Rafie tersenyum dengan jawapan Hudiya Imani. Rasa mahu tersembur bihun goreng dalam mulutnya. Bab menjawab memang nombor satu.
“Cik tak nak saya ada dekat sini tak apa. Cik suapkan Daddy,” Hudiya Imani bangun meninggalkan meja makan.
“Shira suap Daddy. Shira kena pandai jaga Daddy kalau nak kawin dengan Abang,” Rifaat Rafie masih tersenyum teringatkan kata-kata Hudiya Imani.
Syahirah bangun menukar tempat duduknya di sebelah Datuk Yacop. “Daddy Shira suap Daddy ye,” Syahirah mengambil sesudu bubur lalu di suakan ke mulut Datuk Yacop. Terasa dirinya geli untuk menyuap Datuk Yacop tapi cuba di tahan.
“Diya boleh cuti hari ni. Daddy dah ada orang jaga,” Rifaat Rafie menjerit agar di dengari oleh Hudiya Imani.
“Okay Tuan,” Hudiya Imani membalas
Syahirah dengan pantas tersenyum apabila Rifaat Rafie memandang dirinya. senyuman yang di buat-buat.
..
“Abang jom la keluar jalan-jalan,” Syahirah memujuk Rifaat Rafie dengan penuh mengoda.
“Letih la. Esok nak keja lagi,” Di tarik tangan yang dipegang Syahirah.
Datuk Yacop juga sudah keboringan hanya duduk tengok TV sahaja di rumah. Kalau Hudiya Imani yang jaga pasti macam-macam yang di buat. Kalau tak buat apa-apa pasti akan dengar perang mulut antara Hudiya Imani dan Rifaat Rafie. Sekarang terpaksa dengar rengekan Syahirah yang membuatkan dirinya merasa menyampah.
Hudiya Imani keluar bilik lengkap berpakaian cantik untuk keluar. “Diya nak pergi mana?” Rifaat Rafie menegur.
“Cuti pergi jalan,”
“Ikut,”
Aku ajak tak nak pula. Syahirah geram melihat Rifaat Rafie.
“Tak boleh. Girl only,”
“Dengan siapa?” Risau juga Rifaat Rafie akan Hudiya. Tidak pernah lagi Diya keluar seorang diri sejak duduk di rumahnya.
“Jannah dan Bibik,” Hudiya Imani datang ke Datuk Yacop. “Daddy Diya pergi ye, bye Daddy,” Hudiya cium pipi Datuk Yacop sebelum pergi.
Dengan Jannah okay “Diya pipi aku. Kau tercicir,” Rifaat Rafie bangun menuju ke arah Hudiya Imani
“Sibuk la Tuan ni,” Hudiya Imani berpatah balik. Lalu di cium pipi Rifaat Rafie. Cium beralaskan tangannya. Tersenyum Rifaat Rafie dengan apa yang Hudiya Imani lakukan. Jika orang lain tengok Hudiya Imani seperti betul-betul cium dirinya.
"Jaga diri elok-elok. Jadi pape call," Kali ini Rifaat Rafie menjadi serious.
"Ye Tuan. Saya pergi dulu," Hudiya Imani sudah pelik melihat Rifaat Rafie yang cepat sangat berubah emosinya. Dia ni pisko apa. Seram pula aku rasa.
Syahirah terkejut dengan apa yang di lihat. Dia rasakan kata-kata Rifaat Rafie semalam adalah betul. Hudiya Imani perempuan simpanannya.
“Bik..!!” Rifaat Rafie memanggil Bibik Salma yang keluar lalu pintu belakang. “Jalan menonong. Pipi Rafie ni tak cium lagi,”
“Kenapa itu Tuan minta bukan-bukan,” Bibik Salma pelik melihat Rifaat Rafie.
“Bik cium tapi alas tangan Bibik. Macam ni” Hudiya Imani menunjuk cara dia lakukan tadi. Memang gila Rafie ni. Nasib baik hari ni tak duduk rumah.
“Tuan ni nampak saja saya lalu,” Bibik Salma datang lalu cium seperti yang di tunjuk Hudiya Imani.
“Ni Rafie sayang Bibik,” Rifaat Rafie memberi flying kiss pada Bibik Salma.
Syahirah menduga. Mesti dah terbiasa kot keluar rumah mesti cium pipi bos dulu. Tak kan Rafie ada skandal dengan Bibik pula. Tak patut.
Melihat tubuh badan Hudiya Imani dan Bibik Salma hilang di balik pintu pagar rumahnya. “Pak Ali cepat!”
“Siap!” Pak Ali sudah sediakan lebih awal kereta untuk Rifaat Rafie dan Datuk Yacop keluar. Dengar sahaja Hudiya Imani ingin keluar dia sudah siap sedia untuk ikut bagi menjaga keselamatan Hudiya tapi tidak tahu pula majikannya juga mahu ikut.
Rifaat Rafie terus menolak Datuk Yacop untuk di bawa keluar. “Daddy kita spy Diya buat apa,” Rifaat Rafie berbisik pada telinga Datuk Yacop.
“Abang nak ke mana?” Syahirah mengejar Rifaat Rafie.
“Shira jaga rumah. Sebab hari ni semua orang cuti. Kitaorang pergi outing,” dengan pantas Rifaat Rafie berjalan meninggalkan Syahirah.
“Shira nak ikut,” Dengan pantas juga Syahirah masuk ke dalam kereta yang sudah terbuka pintunya.
sibuk betul la perempuan ni. Suka hati kau nak ikut ke apa.
..
“Jannah terima kasih bawa ke sini,"
“Saya yang patut ucap terima kasih sebab Diya sudi teman Jannah,” Terasa kecewa Jannah apabila dia yang setia telah di permainkan oleh kekasih hati. "Jannah nak luah dekat kawan lain rasa malu. Kalau luah dekat sorang pasti yang lain tahu,"
"Jannah jangan sedih, pasti ada yang terbaik untuk Jannah. Lebih sayangkan Jannah lebih dari Jannah sayangkan dia," Hudiya Imani mengusap lembut belakang Jannah. Di dalam kereta lagi Jannah sudah menangis meluahkan rasa sedih dan kecewa di dalam nya.
"Baik Jannah tahu sekarang daripada lepas kawin. Lagipun Jannah cantik, ramai lagi lelaki lebih baik dari ex boyfriend Jannah nak kan Jannah," Tahira cuba memujuk bagi melegakan jiwa yang sedih. Jangan jadi seperti dirinya. menyesal tidak berguna lagi.
"Sapa nakkan Jannah ni Diya," Jannah mula menangis di bahu Hudiya Imani.
"Zahrin single. Dia pun tak silap tengah cari isteri," Nasib la Zahrin. Kau je aku kenal.
Jannah geling kepala. "Tak kan Jannah nak ngurat dia. Entah-entah dia dah ada calon,"
"Dia tak ada calon lagi. Apa salahnya Jannah mencuba. Zahrin tu muka je penjenayah tapi dia baik, Rasa Jannah pun tahu kan,"
Jannah mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Berhenti Jannah dari menangis. Daripada terus menangis baik dia mulakan hidup baru "Zahrin nak ke dengan Jannah ni. Dah lah orang kampung, miskin,"
"Rasa Zahrin tak pandang tu semua. Baik Jannah bertindak cepat. Melepas Jannah juga yang rugi. Jannah sendiri tahu dia tu baik, hormat orang tua,"
"Okay! Nak bertindak macam mana?"
Bermulalah Hudiya Imani memberi cadangan. Beri sahaja tapi kalau Jannah nak ikut tak nak ikut terpulang pada tuan badan.
..
Setelah Jannah kembali tenang dan bersemangat kembali. Mereka berjalan-jalan di dalam shopping mall pula.
“Bibik nak beli baju. Bagi anak Bibik dekat kampung,”
“Jom Bik, kita pilih sama-sama,” Hudiya Imani jalan sambil pimpin tangan Bibik Salma. Terasa Bibik Salma ini seperti kawan kadang seperti ibu kepadanya.
Rifaat Rafie melihat dari jauh apa yang Hudiya Imani lakukan.
“Abang penat la jalan je,” Syahirah lagi tadi merengek sehingga naik rimas Rifaat Rafie. “Shira nak baju boleh tak, abang belikan,”
Aku tak offer pun kau dah minta. Jauh beza sangat dengan Diya. "Shira banyak duit beli sendiri,"
"Tak nak. Nak dari Abang," di tarik-tarik tangan Rifaat Rafie agar ikutnya.
Gediknya perempuan ni. “Pak Ali teman shira ni beli baju,”
“Abang la teman,” lagi ditarik tangan Rifaat Rafie agar ikutnya.
“Daddy Shira nak jaga ke?” Rifaat Rafie memandang Syahirah dengan perasaan geram.
“Suruh Pak Ali jaga sekejap,”
Tak faham bahasa betul la perempuan ni “No!!. Daddy I kenapa orang lain nak jaga. Lagipun sabtu ahad je I boleh luang masa dengan daddy,”
“Yela,” Terus muncung mulut Syahirah apabila Rifaat Rafie tidak mahu menemani dirinya. Syahirah rasa dia dah buat macam-macam hari ini untuk goda Rifaat Rafie tapi tidak juga berjaya.
“Diya tak beli ke? Beli la satu. Ni cantik dengan Diya,” Jannah mengukur baju di badan Hudiya Imani.
“Diya tak ada duit nak beli,” Hudiya Imani berterus terang. Memang tiada satu sen pun duit dalam beg duitnya.
“Diya kerja dengan boss tak kan bos tak bayar gaji,” Jannah merasa pelik.
“Sebab Diya dah ambik advance banyak. Jadi tolak gaji,” Hudiya Imani tetap tersenyum memandang Jannah.
“Abang tu Diya kan,” Syahirah menunjuk di hadapannya. “Jom Abang,” Di tarik tangan Rifaat Rafie agar ikutnya.
Aku datang sini memang ikut Diya la perempuan.
“Diya, Bibik. Jumpa tempat sama pula,” Syahirah buat-buat menegur.
Jannah memandang Rifaat Rafie menanyakan siapa perempuan di sebelah bosnya kerana Jannah tahu. Rifaat Rafie sukakan Hudiya Imani. Sebab itu sanggup buat apa saja untuk Diya. Dia pun kadang kala gunakan Hudiya jika mahukan sesuatu dari majikannya.
Rifaat Rafie membuat muka menyampah dan Jannah faham akan reaksi muka Rifaat Rafie.
“Diya boleh jaga Daddy sekejap.” Syahirah memegang tangan Hudiya Imani seperti memujuk “Shira nak shopping juga,”
“Ermm,”
“Jom Abang,” Laju sahaja Rifaat Rafie di tarik oleh Syahirah setelah Hudiya Imani bersetuju.. hampir tergolek ke belakang Rifaat Rafie di buatnya.
“Pak Ali ikut Diya!!” Rifaat Rafie menjerit kerana terpaksa ikut Syahirah.
“Bibik pilih la. Diya duduk tepi sana dengan Daddy,” Hudiya Imani menunjukkan bangku kosong di luar kedai.
“Okay Diya,"
Hudiya Imani menolak Datuk Yacop ke bangku rehat yang kosong. “Daddy ada duit tak? Diya nak minta boleh?” Serba salah Hudiya Imani meminta duit dari Datuk Yacop.
“Li” Datuk Yacop memanggil pembantunya.
“Diya nak berapa?“
Hudiya tersenyum lalu bawa Datuk Yacop ke kedai menjual desserts yang dia nampak dan membuatkan dirinya terliuh.
“Daddy Diya nak ni boleh,”
“O.leh”
Hudiya Imani terus order untuk dirinya dan Pak Ali.
“Diya order je untuk Pak Ali. Boleh kan?" Hudiya Imani meletakkan dessert seperti lempeng bersama coklat dan buah-buahan di hadapan Pak Ali.
“Daddy punya shared dengan Diya. Diya makan wafer Daddy makan aiscream,” Hudiya Imani memandang Datuk Yacop dengan penuh senyuman seikhlas hati.
“Di su ap di ri,”
“Okay Daddy,” Hudiya Imani meletakkan sudu di jari Datuk Yacop. Hudiya Imani pegang tangan Datuk Yacop lalu di cedok aiscream lalu di bawa ke mulutnya.
Kemudian Hudiya Imani juga makan selepas Datuk Yacop makan mengunakan sudu yang sam. “Sedapnya.”
Tersenyum Datuk Yacop melihat Hudiya Imani. Rasa Sayang pada Hudiya Imani semakin menebal. Hudiya Imani yang jaganya hingga mampu gerakan sendi sendinya walaupun masih belum pulih sepenuhnya.
Hudiya Imani yang menjaga makannya. Hari-hari seleranya sentiasa ada tidak seperti dulu. Hudiya Imani yang basuh kencing beraknya. Tidak pernah sekali pun bermasam muka. Tetap layannya dengan lembut walaupun kadang kala dirinya sangat cerewet.
“Di ya. Su ka fie?”
“Tak,”
Senyuman di muka Datuk Yacop terus hilang. Apabila Hudiya Imani jawab dengan pantas, yakin dan tidak berselindung.
“Tapi Diya suka Daddy. Diya Sayang Daddy,” Hudiya Imani memeluk tangan Datuk Yacop Lalu disandarkan kepalanya.
“Kalau Daddy nak kawin dengan Diya. Diya setuju ke?” Dari awal makan Pak Ali sudah merasa pelik apabila boleh makan mengunakan sudu yang sama. Kemudian Pak Ali juga melihat Hudiya Imani apabila dengan Datuk Yacop seperti pasangan kekasih berkepit sepanjang masa tapi apabila bersama dengan Rifaat Rafie bergaduh bagai musuh lama.
“Setuju. Diya tak nak Daddy pergi dari Diya,” kemudian Diya menoleh memandang muka Datuk Yacop.
Terkejut Datuk Yacop dengan luahan hati Hudiya Imani. Bukan ini yang dia mahu. Dia mahu Hudiya Imani suka anaknya bukan dirinya. Diya gurau ni aku tua jalan pun tak boleh. Makan pun bersuap.
“Daddy Jangan tinggalkan Diya tau. Diya akan jaga Daddy sampai Daddy sembuh.” lagi erat Tangan Datuk Yacop di peluk. “Daddy makan lagi,”
Pak Ali sudah garu kepala. Dia juga merasakan Hudiya Imani memang sudah betul-betul jatuh cinta dengan Datuk Yacop bukan dengan Rifaat Rafie. Pak Ali tak heran kalau Hudiya Imani sukakan Datuk Yacop kerana setiap hari mereka bersama tidak kira masa. Hudiya Imani yang menguruskan Datuk Yacop.
Setiap masa Hudiya Imani akan bercerita pada Datuk Yacop, dan Datuk Yacop setia mendengar dan mengambil berat akan Hudiya Imani. begitu juga sebaliknya.
Share this novel