G 7 : USAHA SIA SIA

Humor Series 35125

Zahrin menolak kerusi roda Datuk Yacop ke taman di perkarangan rumah. Sudah jadi kebiasaan baginya datang ke rumah Datuk Yacop seminggu sekali atau dua minggu sekali. Kerana dia sangat terhutang budi pada Datuk Yacop yang telah banyak menolong keluarganya hingga sekarang.

"Abah dengan Mak tak datang, hantar kembar tu masuk U balik," Zahrin berbicara apabila di melihat kepala Datuk Yacop bergerak sedikit seperti mencari Abangnya.


“Oiii!! Termenung lagi,” Zahrin menyergah Rifaat Rafie. tersentak Rafie lalu menjeling Zahrin.


Datuk Yacop melihat Rifaat Rafie selepas Zahrin menegur anak tunggalnya. Dia tidak perasan pun
anaknya sedang termenung.


“Daddy tahu tak, Rafie ni dah seminggu macam ni,” Zahrin duduk di bangku bertentangan dengan Rifaat Rafie.


Itu pun nak cerita, kau memang sengaja nak suruh Daddy soal selidik aku la ni. Aku ni dah la Daddy cakap semua aku ikut.


“Pe!” Datuk Yacop bercakap dengan payah sekali.


Apa yang di duga Rifaat Rafie betul “Tak ada pape Daddy. fikir kerja, ” Rifaat Rafie senyum memandang Datuk Yacop. Walaupun hanya sepatah kosa yang keluar dari Datuk Yacop, Rafie sudah memahami.


“Kau fikir kerja apa, dekat tempat kerja pun kau macam ni,” Zahrin mengambil kuih yang terhidang di piring dan masukkan ke dalam mulutnya. “Kalau rindu. Call. Tak jawab. Call lagi sampai jawab. Baru call sekali tak jawab dah mengalah,” susah Zahrin bercakap kerana penuh isi mulutnya.


Datuk Yacop melihat Zahrin pula “Who?” hanya leret matanya Sahaja boleh di gerakan.


“Entah, tapi Zahrin rasa sebab awekss daddy. Tak lama lagi daddy dapat menantu la,” Sedap la. Rugi beli sikit. Ni aku nak makan semua ni. Zahrin mengambil lagi sepotong lagi kuih yang di beli.


Datuk Yacop tersenyum mendengar kata-kata Zahrin. tapi senyumannya tidak nampak di mukanya kerana lumpuh. Memang Datuk Yacop mahu Rifaat Rafie berkahwin lagi sekali. Dan berharap perempuan yang menjadi isteri Rifaat Rafie dapat mengubah anaknya yang sudah lupakan agamanya sejak Adila meninggal dunia.


Rifaat Rafie menendang kaki Zahrin yang bercakap bukan-bukan di depan Datuk Yacop.


“Kau lambat nanti di kebas orang,” Zahrin lagi sekali memberi ayat yang boleh sakitkan hati Rifaat Rafie


Masalahnya dia bini orang, bukan lambat lagi dah. Rifaat Rafie mengengam penumbuk merasa geram dengan sendiri. Tapi kalau dirinya jumpa Hudiya dulu pun dia masih mempunyai Adila dahulu. Sama sahaja tiada yang lambat, tiada yang cepat.


“Mana pembantu daddy, tak nampak pun,” Zahrin menukar topik setelah perasan tidak nampak kelibat pembantu yang menjaga Datuk Yacop.


“Pecat, dia kurang ajar dengan daddy,” Rifaat Rafie mengambil sebiji kuih masuk ke dalam mulutnya.


“Lagi sekali... Daddy memang kena suruh Rafie kawin macam ni daddy.. Boleh wife Rafie jaga daddy”


“Semua perempuan dekat dunia ni nak duit je, aku lebih rela bujang tua daripada kawin,”


“Yela tu..” Zahrin menyandarkan badannya. Zahrin tahu sekejap lagi pasti Rifaat Rafie akan call perempuan yang dia minati selepas menerima ayat berbau kehilangan kekasih hati daripadanya..

Zahrin pandai bermain dengan kata-kata tapi tiada seorang pun perempuan yang pernah tersangkut pada dirinya. Mungkin kerana wajahnya yang agak bengis perempuan tidak berani untuk dekatinya.


“Fie.. call,” Datuk Yacop melihat Rifaat Rafie


“Call siapa?” Rifaat Rafie tertanya dengan permintaan Datuk Yacop. Buat-buat tanya walaupun tahu.


“Ba..kal me nan tu dy” sungguh payah Datuk Yacop untuk bercakap.


Terus bakal menantu. Tak sabar daddy ni nak suruh aku kawin lagi “Tak ada la daddy. Jangan dengar cakap Zahrin ni suka mengarut. Daddy tunggu dengan Zahrin, Rafie masuk dalam sekejap,” Rifaat Rafie bangun lalu masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya.


“Daddy dia pergi call la tu, hehehe...” Zahrin mengenyitkan mata pada Datuk Yacop.


Datuk Yacop melihat ke arah pintu rumah yang terbuka luas. hatinya berbunga tidak lama lagi rumahnya pasti berseri dengan kehadiran wanita. Itu yang di harapkan setelah dirinya sakit. mahu seseorang yang dapat berikan kebahagian pada Rifaat Rafie.


Rifaat Rafie mengambil telefon pintar yang ada di atas meja kerja di dalam biliknya. Sejak bertemu Hudiya Imani dirinya tidak dapat melupakan perempuan itu. Setiap hari merindui Hudiya Imani pernah beberapa kali cuba hubungi Hudiya Imani tapi panggilannya tidak pernah di angkat. 'nak tak nak. cuba jela nasib,'


Hudiya Imani yang tidur terkejut apabila telefon pintarnya berbunyi dan terus di letakkan di telinga tanpa melihat panggilan daripada siapa.


“Hello..” Suara Hudiya Imani terlalu lemah sungguh tidak bermaya kerana baru bangun tidur.


Rifaat Rafie terkejut panggilannya di jawab tetapi suara Hudiya Imani yang lemah membuatkan dirinya risau. Takut jika Adnan menjual Hudiya Imani pada orang lain pula. Walaupun dia telah memberi amaran kepada Adnan, Hudiya hanya untuknya. Jika di jual pada orang lain dia akan terima akibatnya.


“Kenapa suara lemah? tak sihat ke?”


Hudiya Imani dengar suara lelaki menanya keadaan dirinya dengan lembut “Ermm.. siapa ni?”


“Rafie,” Rifaat Rafie tidak boleh hilangkan senyuman di bibirnya apabila dapat mendengar suara Hudiya Imani.


“Siapa? tak kenal. Awak salah number rasanya” Hudiya Imani bercakap sambil matanya masih tertutup. matanya sakit, mungkin bengkak kerana menangis tadi.

Lunak suara Hudiya Imani yang masih mamai sungguh mengoda jiwa Rifaat Rafie ketika itu “Tak salah. Tengok dekat handphone Hudiya ada save nama saya,”


Hudiya Imani bangun duduk dalam keadaan malas. Dia melihat di screen handphone. ye. tertulis nama Rafie. Baru Hudiya Imani ingat sebelum ini number ini pernah buat panggilan tapi tidak pernah di jawab.


Rifaat Rafie mengajukan soalan selepas Hudiya Imani tidak bersuara “Hudiya sakit ke?”


“Ermm.. sakit kepala,” Hudiya Imani tidak tahu kenapa dia jawab soalan dari orang yang dia tidak kenali. Mungkinkah kerana rindukan Hilmi yang sebelum ini kerap bertanya akan keadaan dirinya.


“Dah makan ubat,”


Pertanyaan Rifaat Rafie tidak di jawab kali ni. lama Rifaat Rafie menunggu Hudiya Imani bersuara.


“Saya kenal awak ke?”


“Ye..”


“Pernah jumpa?”


“Ye.. “


“Bila? dekat mana?”


Rifaat Rafie teragak untuk jawab pertanyaan Hudiya Imani kerana jika Hudiya Imani tahu pasti panggilannya akan di matikan.


“Dekat mana?” Hudiya Imani mengulangi soalannya.


“Hotel, last week,” dalam keadaan serba salah Rifaat Rafie menjawab pertanyaan Hudiya Imani.


Hudiya Imani terus mengingati hari di mana dirinya di jual oleh Adnan. “Tuan nak apa?”


Rifaat Rafie mendengar panggilan untuk dirinya terus berubah. Sedikit kecewa, dia mahu Hudiya melayannya seperti tadi tanpe memikirkan darjat. “Saja call tanya khabar?”


“Saya sihat.. terima kasih,” Hudiya Imani terus mematikan panggilan dari Rifaat Rafie selepas mengetahui siapa lelaki Itu.


Rifaat Rafie sudah menjangkakan akan Hudiya Imani akan menamatkan panggilannya. Sekurangnya Rifaat Rafie tahu keadaan Hudiya Imani. Untuk seketika dapat mengubat rindu.


Rifaat Rafie kembali semula ke taman. Zahrin terus bertanya selepas Rifaat Rafie muncul.


“Dapat?”


“Ermm,”


Datuk Yacop senyum melihat Rifaat Rafie. Anaknya dapat mengubati hati yang luka setelah sekian lama.


“Dia cakap apa?” Zahrin boleh nampak sedikit kekecewaan ada di jawapan Rifaat Rafie walaupun panggilannya di jawab.


“Tanya khabar je, dia tak sihat sakit kepala,” Rifaat Rafie terus ceritakan segalanya pada Zahrin. Kalau tidak jawab, pasti dirinya akan di soal bertubi-tubi.


“Kau offer diri pergi hantar klinik,” Zahrin memberi cadangan agar hubungan Rifaat Rafie menjadi lebih rapat.


“Dia matikan phone tak nak cakap dengan aku,” nada suara Rifaat Rafie seperti merajuk. merajuk dengan diri sendiri atau dengan Hudiya Imani.


Senyuman di bibir Datuk Yacop terus hilang. Ini bermakna anaknya bertepuk sebelah tangan.

Pasti perempuan itu akan di miliki oleh anaknya juga satu hari nanti. kerana Datuk Yacop rasa ini kali kedua anaknya di tolak oleh seorang wanita.

Pertama Adila, bermacam cara anaknya cuba memikat Adila akhirnya berjaya. Tapi kali ini sedikit berbeza, anaknya tidak bersungguh untuk memikat wanita Itu. Seperti ada sesuatu yang menghalang.


“Tak pe. Kau try lagi. Hari-hari call. Mana tahu berjaya,” Zahrin memberi kata semangat.


Rifaat Rafie diam membisu. Dia tidak sepatutnya suka pada isteri orang. Jika dia inginkan Hudiya Imani pasti tidak akan berjaya jika Adnan tidak menceraikan Hudiya Imani.


Hudiya Imani tidak dapat duduk diam memikirkan apa yang lelaki itu mahukan darinya. Macam mana dia ada number aku. Hudiya Imani risau jika Adnan ingin dia tidur dengan lelaki itu lagi. Hudiya Imani pasti lelaki itu tidak akan melepaskan diri sekali lagi jika bertemu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience