Rifaat Rafie menekan pedal minyak dengan kuat menuju ke rumah Hudiya Imani. Diya tunggu Rafie. Rafie datang. Maafkan Rafie tak ambil pedulik tentang dia.
Rifaat Rafie tekan lonceng rumah Hudiya berkali-kali tanpa takut seperti mula-mula dia ke situ.. Melihat seperti tiada sesiapa yang keluar. Rifaat Rafie cuba membuka pintu penjalan kaki di pagar mencuba nasib jika tidak di kunci.
Dengan perlahan lahan Rifaat Rafie melangkah masuk. Mencari kelibat penghuni rumah.
“Diya!”
"Diya!!"
Dengan pantas Rifaat Rafie ke arah Hudiya Imani yang terbaring di lantai. Tanpa Rifaat Rafie mengangkat Hudiya Imani untuk di bawa ke hospital.
Rifaat Rafie merasa lega apabila Hudiya Imani dalam keadaan baik. Hanya luka di tapak kaki dan sedikit di leher. Diya cuba buat apa ni Diya.
“Maafkan Rafie Diya. Rafie tak call Diya, tak tanya khabar Diya?” Rifaat Rafie menyentuh tangan Hudiya Imani yang masih tidak sedarkan diri. "Rafie ingatkan Diya tak perlukan Rafie lagi,"
Hudiya Imani sedar dari pengsan melihat dia sudah berada di hospital. Di lihat tangannya yang sedang memegang sejambak bunga.
Hudiya Imani cuba bangun untuk duduk setelah nampak ada kad ucapan di bunga tersebut. 'Diya jangan sakit please… Rafie..'
Sedapnya coklat ni. Hudiya Imani yang sememangnya lapar terus cabut coklat yang melekat di jambangan bunga.
Setelah makan sebiji coklat, Hudiya Imani tersenyum membaca lagi sekali kad ucapan yang di terima. Siapa bawa aku ke sini. Adnan Tak mungkin. Rafie ke.. kalau tak macam mana dia tahu aku dekat sini.
Hudiya Imani melihat meja di hadapannya ada makanan.
Please eat me!! Lagi sekali Hudiya Imani tersenyum membaca noted yang di tampal di atas tutup bekas makanan.
Hudiya Imani membuka tutup bekas makanan untuk melihat isinya. Nasi Ayam. Hudiya Imani melangkah turun ke singki untuk membasuh tangannya.
Rifaat Rafie yang melihat dari jauh bagai ingin menolong Hudiya Imani yang berjalan dengan susah kerana luka di tapak kakinya. tapi terpaksa di lupakan hasratnya kerana pasti Hudiya akan terasa lebih tertekan apabila melihat dirinya.
Hudiya Imani membaca doa makan sebelum menjamu selera. Terasa nikmat sekali semasa dia makan ketika itu. Air matanya keluar dengan sendiri. Terkenangkan nasib hidupnya.
Rafie memandang ke arah lain. Tidak dapat menahan diri turut bersedih apabila melihat Hudiya menangis. Diya makan ye. Jangan seksa diri Diya. Rafie sentiasa ada di sisi Diya. Rafie janji.
..
Hudiya Imani termenung memandang siling. Kemudian melihat katil sebelahnya yang mempunyai teman menunggu yang boleh di ajak berbual, tidak bosan seperti dirinya. Sudah setahun dirinya hidup dalam ke bosanan. Sejak kematian Hilmi. Keluar rumah tiada sesiapa sama sahaja seperti dia terkurung di dalam rumah.
“Kak delivery!”
Hudiya Imani memandang suara yang menyapa di hadapannya.
“Siapa”
“Hudiya Imani.. betul kan?”
“Ermm”
Hudiya Imani melihat barang yang di letakkan di atas meja oleh penghantar panda. 'Sedapnya!! Makan saya ye'.. Tersenyum Hudiya Imani memandang note di atas kotak pencuci mulut.
Hudiya Imani melihat lagi satu kotak. 'I miss you voice.' handphone di dalam kotak berbunyi sebaik Hudiya Imani membuka kotak tersebut. Tertera number telephone Rifaat Rafie yang sudah di hafal dalam kepalanya.
“Hi Diya”
“Ermm”
“Lama tak dengar suara Diya. Rafie rindu,”
“Terima Kasih. Terima kasih tolong saya. Hantar saya ke sini,”
Rifaat Rafie tersenyum apabila Hudiya Imani tahu, dirinya yang menolong.
“Ye Diya...”
“Tuan dekat Mana? Tuan ada dekat sini kan?” Hudiya Imani melihat sekeliling kawasan wad.
“Tak Diya Diya boring ke?”
“Tak!!”
“Yela tu. Rafie tahu Diya boring. Biar Rafie teman Diya,”
“Ermm”
Tiga hari di hospital Hudiya Imani sentiasa di temani oleh suara Rifaat Rafie di telefon. Terasa dunianya ceria sedikit mempunyai seorang kawan. Kawan yang boleh di buat berbual.
“Rafie dah discharge Diya. Diya boleh kemas-kemas balik,”
“Tuan dekat mana?”
“Di hati Diya. hahaha... Rafie ni hodoh Diya tak perlu Diya jumpa Rafie,”
“Hodoh manusia juga, Lebih baik hodoh daripada hati keji,”
“Hahahahaha. Nanti Rafie nak jumpa Diya. Rafie bagitahu kemudian. Dah Diya siap-siap Rafie dah orderkan kereta untuk hantar Diya balik,”
“Terima kasih bye,”
Tersenyum Rafie apabila dengar Hudiya Imani mengucapkan selamat tinggal padanya untuk pertama kali dan panggilan handphone tidak di matikan seperti selalu.
“Bye Diya. Nanti malam Rafie call lagi,”
“Ermm,”
Adnan sudah kerisauan apabila sudah tiga hari Hudiya Imani tidak balik ke rumah. Adnan tahu Hudiya Imani tiada sesiapa melainkan dirinya. Telefon di tinggalkan membuatkan Adnan tidak tahu macam mana dan di mana hendak mencari Hudiya Imani.
Dengan pantas Adnan keluar rumah selepas dengar pintu gate di buka. “Diya pergi mana?” boleh nampak dengan jelas Adnan dalam kerisauan.
“Hospital. Aku mati dalam rumah ni. Jadi kes polis pula,” kasar sekali nada suara Hudiya.
“Kenapa tak bagitahu Abang,” Adnan cuba menolong Hudiya Imani yang jalan dalam keadaan payah tapi Hudiya Imani menepis tangan Adnan yang cuba membantu dirinya.
“Tak takut tangan kau kotor sentuh aku?” Hudiya Imani memandang Adnan dengan perasaan marah.
“Abang tolong Diya,”
Hudiya Imani menepis lagi sekali tangan Adnan. “Aku tak perlu pertolongan kau. Nanti aku hidup sendiri juga,”
“Abang ada dengan Diya” Adnan berhenti menyentuh Hudiya Imani selepas tangannya di tepis dua kali. Lebih elok dia tidak menolong jika Hudiya Imani sendiri menolak. Takut Hudiya Imani bertindak tekad seperti sebelum ini ingin mencederakan diri sendiri.
Tersenyum sinis Hudiya Imani “Ada,” Kau Ada time kau perlukan aku. Apa kau nak dah dapat kau tinggalkan aku pula. Hudiya meninggalkan Adnan seorang diri di ruang tamu.
Baru melaburkan punggung di tilam empuk telefonnya berbunyi.
“Diya dah sampai?”
“Dah”
“Okay. Diya rest okay. Kalau Diya nak makan something bagitahu je, nanti Rafie carikan,”
“Ye,”
habis sahaja bercakap dengan Rifaat Rafie Hudiya Imani terus menyorokan telefon yang Rafie berikan kepadanya. Tidak mahu Adnan tahu.
Adnan masuk ke bilik Hudiya Imani di letakkan telefon Hudiya di tepi laci kecil sebelah katil. Dia tidak akan ambik telefon Hudiya Imani kerana itu sahaja peneman untuk menghilangkan kebosanan Hudiya Imani. Telefon itu juga sebagai penanda ke mana Hudiya pergi jika dia keluar rumah.
Adnan menatapi muka Hudiya Imani yang sedang tidur. Di berikan kucupan di dahi Hudiya Imani. Adnan tahu dia sudah mula sayangkan Hudiya Imani. Setiap hari terbayang akan Hudiya Imani, tapi dia merindui Hudiya Imani yang dulu.. Hudiya Imani yang sebelum di paksa tidur dengan Rifaat Rafie.
Share this novel