G 21 : PERVERT

Humor Series 35125

“Kau ni dah kenapa, sekejap sekejap ketawa macam orang gila, ” Zahrin menegur Rifaat Rafie yang tidak perasan dirinya masuk. Dah lama duduk depan Rafie boleh Rafie tidak perasan dengan kewujudan dia di situ.


“Tak ada apa?” Rifaat Rafie mengubah mukanya menjadi serious semula selepas di tegur Zahrin.


“Kawan aku boleh tolong girlfriend kau tu, ” Zahrin terus bercakap motif sebenar dia masuk ke bilik Rifaat Rafie.


“Kalau aku confirm aku bagitahu kau? ” Rifaat Rafie bercakap sambil melakukan kerjanya. Buat buat sibuk lepas kantoi tidak fokus pada kerja.


“Habis cepat. Cepat kau kawin dengan dia, ” Tak faham Zahrin dengan Rifaat Rafie. Hari tu beriya-iya. macam esok tak ada lagi. Sekarang lain pula.


Rifaat Rafie tidak yakin Hudiya Imani seperti perempuan lain yang hanya mahukan hartanya saja atau tidak. Atau semua ini hanya lakonan Hudiya Imani. Sebab itu dia tiba-tiba menjadi tegas dan garang. “Nanti,”


“Suka hati kau. Dia sayang dekat laki dia semula, kau juga yang melepas, ” Zahrin bangun untuk meninggalkan bilik Rifaat Rafie. Sengaja di berikan kata-kata yang membakar hati cemburu Rifaat Rafie. Sepupunya itu kalau sudah diberi ayat menganggu jiwanya pasti tidak akan keruan hidupnya.


“Panggil Jannah masuk, ” Rifaat Rafie bersuara sebelum Zahrin menutup pintu.


Jannah boleh dengar suara Rifaat Rafie ingin dia masuk ke dalam bilik. "I dengar Encik Zahrin, ”


“Bagus telinga you, ” Zahrin senyum melihat Jannah sudah siap sedia untuk masuk ke bilik Rifaat Rafie. Kalau aku test Jannah ni dia okay tak. Cun, sofan, lemah lembut. Dah ada boyfriend belum ye. Tapi dia nak ke dengan aku. Macam beauty and the beast la aku dengan dia.


Melihat Jannah masuk ke biliknya Rifaat Rafie memberhentikan kerja yang dilakukan. “Jannah you tolong I belikan baju t-shirt or blouse, seluar sekali size macam ikut badan you. Beli loose jangan ketat, lengan panjang, ”


“Okay. Sekarang ke?”


“Sabar la, belum habis cakap lagi ni, " suka sangat potong ayat aku la. "You beli 10 set. tudung,” Kalau macam Jannah ni pakai terbelit-belit susah pulak. terjerut leher Diya aku yang melopong tak dapat apa-apa.


“Tudung macam mana?” Jannah bertanya apabila Rifaat Rafie diam tidak bersuara.


Rifaat Rafie melihat Nissa lalu di balik dinding cermin biliknya “Macam Nissa pakai,”


Jannah memandang ke arah Nissa “Bawal?”


Eh!! Ada tudung nama ikan la. "Keli ada tak?"

Jannah pandang menyampah. "I tanya betul, Encik main-main. I silap beli nanti I juga kena,"

Rifaat Rafie tersengih, “bawal. Yang senang pakai la, ”


“Senang pakai jenis sarung la,” Jannah menerangkan kepada Rifaat Rafie.


Pening betul dengan barang perempuan ni. “Beli dua-dua. beli la berape ikut suka. Lepas tu. Bra size 34,”


Jannah menutup dadanya dengan tangan selepas Rifaat Rafie berkata size bra. Kemudian ke kemaluan bawahnya pula di tutup selepas Rifaat Rafie menyebut size seluar dalam.


Rifaat Rafie pelik melihat perilaku Jannah di hadapannya. Budak ni dah kenapa? Susah la ada secretary perangai ngok ngek macam ni.


“Encik Rafie nak bagi I ke?” Jannah sudah cuak.


“Buat apa bagi you,” suara Rifaat Rafie sedikit terkejut dengan kata-kata Jannah.


“Semua sama size I, ”


“Sama? sama senang la. Ikut size you semua. Tudung je ikut Nissa. Tudung macam you terbelit juga leher mati juga anak orang, ”


“Okay. Saya beli 10 set juga. Cup size berape?” Jannah menulis dalam buku note yang di bawa. Dalam diam Jannah sudah listkan barang-barang lain. Bestnya dapat shopping walaupun bukan barang sendiri.


“Cup? Rumah I dah banyak cup,” Rifaat Rafie tidak faham apa yang di maksudkan Jannah.


“Cup bra Bos?”


“Macam mana nak tahu cup berape?” macam-macam la. beli jela cup berape pun 1 2 3.


“Kecik sedarhana besar?”


Oh.. Rifaat Rafie sudah faham lalu mengangkat tangannya ke hadapan Jannah seperti sedang memegang dada orang. Jannah terkejut dengan reaksi Rifaat Rafie. Bos aku sejak bila jadi pervert ni. Dengan pantas Jannah menutup kembali dadanya dengan kedua belah tangan.

Kemudian Rifaat Rafie beralih memegang dadanya. Seperti mengukur dadanya pula. Encik Rafie nak pakai sendiri ke. Dia dua alam ke.


“Tak besar tak kecik,”


“B la. Tu je?” Jannah ingin cepat-cepat keluar dari bilik Rifaat Rafie selepas melihat perilaku pelik bosnya. Takut dia pun berjangkit.


“Aha,” Handphone Rifaat Rafie berbunyi tanda mesej masuk. Di lihat pesanan dari Hudiya Imani.


Diya : Maaf ganggu Tuan. Minta tolong beli pad sekali boleh.


“Jap!! Jannah, ” Rifaat Rafie mengangkat tangan menahan Jannah pergi sambil matanya melihat telefon.


Kaki Jannah berhenti melangkah lalu di pusingkan badannya untuk melihat semula Rifaat Rafie. “Tambah pad, ”


“Okay,” Sepatah sahaja Jannah jawab. Sambil menulis di buku nota. Ingatkan untuk diri sendiri. kalau pad tu bukan la. girlfriend boss la ni.


“You tunggu sekejap,” Jannah menunggu lagi di pintu bilik Rifaat Rafie.


Rifaat Rafie membuat panggilan ke Hudiya Imani.


“Ye Tuan, ”


Suara lembut Hudiya Imani kedengaran di cuping telinga Rifaat Rafie. Suara ni la yang buat dirinya tergoda mahu call Hudiya Imani hari-hari.


“Apa lagi nak. Sebelum pergi beli?”


Hudiya diam seketika memikirkan. “Nak telekung boleh tak Tuan, ”


“Boleh. lagi?” tegas Rifaat Rafie bersuara. Berbeza betul semasa bercakap dengan Jannah.


“Tak ada, ”


“Okay, ” Rifaat Rafie mematikan panggilan dan memandang Jannah. “Tambah telekung. Ambik card I” di buka laci mejanya untuk mengambil kredit kad di berikan kepada Jannah.


Jannah mengambil kad tersebut dari tangan Rifaat Rafie.


“You bawa kawan sorang untuk teman. lepas tu pergi makan sekali,”


“Saya bawa Nissa. Saya pergi sekarang. Bye bos,” Tersenyum lebar Jannah apabila Rifaat Rafie belanja dirinya makan hari ini. confirm aku beli yang paling mahal.


Bila nak matang agaknya budak sorang ni. Dah dua tahun kerja perangai macam budak-budak lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience