G 9 : RINDULAH APA LAGI

Humor Series 35125

Zahrin melihat Rifaat Rafie kali ini berbeza daripada minggu lepas. Senyuman di bibir lelaki mudah terukir.


“ha…” Zahrin meletakkan punggungnya di carbinet di pantry office. “gayut dengan aweks ke semalam. Senyum bukan main lebar,”


Dia ni macam tahu je. Spy Daddy ke apa ni. Rifaat Rafie mengacau air yang di bancuh tidak hiraukan pertanyaan Zahrin.


Kakinya melangkah untuk masuk ke bilik semula. Zahrin juga mengikut langkah Rifaat Rafie. Dia perlu mengorek segala rahsia Rifaat Rafie. Hampir semua rahsia Rifaat Rafie ada pada tangannya. Termasuk Rifaat Rafie suka bertukar perempuan hingga ke hotel tapi tiada satu pun yang berjaya tidur dengan Rifaat Rafie.


“Kau jumpa perempuan tu dekat Mana?” Zahrin bertanya sebaik sahaja menutup pintu bilik Rifaat Rafie.


“Hotel,” Rifaat Rafie menghirup kopi yang di bancuh dan ingin memulakan kerja.


Zahrin menduga pasti perempuan yang Rifaat Rafie jumpa kali ini berbeza daripada perempuan lain kerana selepas berjumpa di hotel Rifaat Rafie pasti akan memutuskan hubungan dengan perempuan itu.


“Kau tidur dengan dia?”

Rifaat Rafie mengangguk kepala.

"Serious?!" Zahrin terkejut.


“Tidur sekatil, tak buat apa-apa pun,”


Zahrin tersenyum. "Yela tu, kalau tak buat apa, tak kan kau boleh angau macam ni,"

"Tak percaya sudah,"

"Caya-caya,";Zahrin keluar dari bilik Rifaat Rafie kerana apa yang ingin dia tahu sudah di jawab oleh Rifaat Rafie.


“Zahrin!”


Langkah kaki Zahrin terhenti apabila namanya di panggil.


Rifaat Rafie memandang Zahrin jika sepupunya boleh membantu “Setiap aku tanya sepatah yang di jawab. Tiada soalan dari dia untuk aku?” pendapat Zahrin di minta. Kerana idea dan kata-kata Zahrin sangat berkesan untuk memikat wanita.


“Kau yang pernah kahwin. Kau mesti tahu kenapa?” Zahrin buka pintu kaca bilik Rifaat Rafie kemudian padang ke arah lelaki itu. “Kau ajaklah jumpa mungkin terubat merajuk dia. Mesti last kau jumpa dekat hotel kan?” Zahrin melangkah pergi sebaik mulutnya habis bicara.

"Hi Jannah.. You dah breakfast?"

"Morning Encik Zahrin. Baru nak makan ni," Jannah berikan senyuman kepada Zahrin. Kerap pula mamat ni dekat sini. Rasa macam dah lama tak pergi outstation dia ni.

"Makan baca doa dulu. Jangan gelojoh nanti tersedak,"

Jannah tetap senyum. Aku tahu la. "Ye"

Rifaat Rafie tersenyum. Sepupunya sangat membantu jika dirinya dalam keadaan buntu. Di lihat jam di tangannya baru pukul 9. Agak dah bangun tidur belum. Call jela. Rifaat Rafie menanti panggilannya di jawab tapi seperti tidak akan di jawab seperti siang semalam. Rifaat Rafie menekan butang merah di screen handphonenya.

“Assalamualaikum,”

Cepat-cepat Rifaat Rafie hubungi Hudiya Imani semula selepas dengar sayup suara wanita itu.

Hudiya Imani meletakkan semula telefonnya selepas panggilan di matikan. Lagi sekali telefonnya berdering.


“Ye!!”


“Diya tengah buat apa?”


“Goyang kaki” Hudiya Imani tersenyum sendiri dengan jawapan yang di berikan kerana dia sememangnya sedang mengoyangkan kaki sendiri yang di letakkan di atas meja.


“Hahaha...” Rifaat Rafie rasa terhibur dengan jawapan Hudiya Imani “Diya ni jawab macam malas nak layan Rafie je,”


“Nak apa call pagi-pagi? Tak puas cakap semalam?”


“Tak boleh ke call pagi. Tak kan malam je boleh call. Rafie tiba-tiba teringat dekat Diya," ayat bau rindu dikeluarkan.


“Tak kerja?”


“Aha kan. Rafie buat kerja nanti malam Rafie call Diya lagi,”


“Ermm,” Hudiya Imani terus mematikan panggilan.


Terus matikan. Tak apalah yang penting dapat dengar suara sekejap.


Malam ini Hudiya Imani berseorangan di rumah. Terasa dirinya terlalu bosan jika ada Adnan boleh juga bertekak atau dengar Adnan menyindir dirinya. Telefon di tangan di pandang kosong. Kata nak call tak ada pun.


Selepas menidurkan Datuk Yacop, Rifaat Rafie dengan pantas ke biliknya. Jam sudah hampir jejak ke angka 12. Rifaat Rafie mencuba nasib.


“Ermm”


Rifaat Rafie boleh dengar suara Hudiya Imani seperti baru tersedar dari tidur.


“Diya dah tidur? Maaf Rafie kacau Diya” Serba salah Rifaat Rafie kerana panggilannya menganggu tidur Hudiya Imani.


“Ingatkan tak nak call” Hudiya Imani bangun menyandarkan badannya pada kepala katil.


Dengar ayat dari suara Hudiya Imani, Rifaat Rafie tahu yang wanita itu menunggu panggilan daripadanya.


“Diya rindu kenapa tak call dulu,”


“Tak nak ganggu,”


“Diya.. Rafie nak jumpa Diya boleh,” teragak-agak Rifaat Rafie meluahkan hasratnya.


Hudiya Imani diam seketika seperti sedang memikirkan. Esok pasti Adnan tidak akan balik. selalu kalau Adnan pergi mesti seminggu kemudian baru balik semula. Tapi kenapa dia nak jumpa aku. nak tak nak ye.

“Kalau Diya tak nak tak pe. Rafie tak paksa,” Rifaat Rafie membuat suara seperti merajuk.


“Dekat Mana?"


Senyum lebar Rifaat Rafie “Esok.. Tempat pertama kali kita jumpa"


Dia nak tidur dengan aku lagi ke.


Tidak dengar suara Hudiya Imani dengan pantas Rifaat Rafie membetulkan balik ayatnya.. “Diya jangan salah anggap.. maksud Rafie lobby hotel,”


“Kalau tempat ramai orang boleh?” Hudiya Imani tidak percayakan Rifaat Rafie. jantan semua sama je.


“Boleh. Tapi dekat Mana?” Rifaat Rafie terus bersetuju. yang penting dia dapat melepaskan rindu yang terbuku di hati.


“Entah.. Diya tak pernah keluar jadi tak tahu,”


“Tak pe.. Nanti Rafie fikirkan. Esok Rafie bagitahu Diya,”


“Ermm”


“Diya sambung tidur ye. Good night Sayang,”


Hudiya Imani mematikan panggilan tanpa ucapan selamat tinggal. Rifaat Rafie tersenyum melihat telefonnya. terbayang sudah Hudiya di hadapanya.

..

“Dekat mana ramai orang?"


Zahrin terkejut apabila Rifaat Rafie tiba-tiba menyergahnya dengan soalan. “Office pun ramai orang,”


Rifaat Rafie mengeling kepala. Tak kan nak jumpa dekat Office pula. Tak boleh.


“Kau nak buat apa?” Zahrin pelik dengan soalan yang di ajukan Rifaat Rafie.


“Oi!! Kau nak buat apa!” Zahrin pula menyergah Rifaat Rafie yang asyik berangan tak sudah.


“Jumpa Diya,” terlepas sudah kerana terkejut di sergah Zahrin. confirm Daddy tahu la lepas ni.


“Oh!! Diya nama dia. Orang yang buat Rifaat Rafie hari-hari termenung.” Zahrin tersenyum melihat Rifaat Rafie. “Tempat biasa kau jumpa perempuan,”


“Dia tak nak,” pantas Rifaat Rafie membalas.


“Wow!! Pertama kali perempuan tolak permintaan Rifaat Rafie ke hotel. Patut la terangau,”


Rifaat Rafie menyampah melihat muka Zahrin yang tersenyum bagai kerang busuk daripada tadi. “Kau jangan buat macam tu boleh tak?”


“Okay” Zahrin kembali serious “Mamak jela tapi aku nak ikut. aku nak tengok Macam mana rupa Diya ni,”


“Suka hati tapi Mamak mana?”


“Mamak mana pun tak tahu. Susah betul la kau ni. Kau google la. Mana skill kau flirt kau punya wife dulu. Hilang dah semua? Dah kau keluar kacau kerja aku betul la” Zahrin pula menghalau Rifaat Rafie selalunya lelaki itu yang menghalaunya.

Ish. Zahrin ni tak membantu betul la. Rifaat Rafie menaip sesuatu di PC sambil membebel pada Zahrin. kau juga suruh jumpa. sini okay ke. tak boleh jauh sangat dengan rumah Diya.


Hudiya Imani dapat pesanan ringkas dari Rifaat Rafie di mana mereka akan bertemu. Nak pergi tak nak. Hudiya Imani risau jika dia pergi dan Adnan tahu akan buat Adnan marah padanya. Tapi Adnan mesti tak balik hari ni dia tak tahu punya. Hatinya berkata lain pula.


Dengan pantas Rifaat Rafie mengangkat panggilan daripada Hudiya Imani. Pertama kali wanita itu hubungi dirinya.


“Ye Diya”


“Macam mana nak tahu tu Rafie?”


“Saya gemuk perut buncit kepala botak”


“Okay,” Hudiya Imani mematikan panggilan handphone.


Tak habis cakap dah matikan. Diya carilah sampai jumpa ye lelaki gemuk perut buncit kepala botak. Rifaat Rafie sengaja ingin menyakat Hudiya Imani.


“Diya pakai cantik-cantik nak pergi mana?”


Hudiya Imani terkejut apabila dia di sapa oleh Adnan. Tapi dengan pantas Hudiya Imani buat seperti biasa. Sengaja dia mencari baju sesuai untuk berjumpa dengan Rafie. Tidak di sangka Adnan balik. Dia bernasib baik belum keluar lagi.


“Cepat Abang balik?” Hudiya Imani membelek badannya di hadapan cermin. Buat seperti biasa agar Adnan tidak curiga.


“Hari ni penat sikit, nak rest awal. Diya nak pergi mana?” lagi sekali soalan sama di ajukan. Perilaku isterinya semakin hari semakin berubah, membuatkan Adnan curiga.


“Tak pergi mana. duduk rumah.” Di lihat badannya di hadapan cermin. Kemudian Hudiya mengambil baju lain di acukan pada badannya.


“Pakai baju ni” Adnan merasa pelik. Hudiya Imani yang dia kenal tidak seperti sekarang.


“Baru sampai test. Abang tolong potong tag,” Hudiya Imani mengeluarkan tag baju yang terselindung di balik rambutnya.


Adnan yang berdiri di pintu masuk ke bilik Hudiya Imani yang sedang menghulurkan gunting padanya.

Adnan mengunting tag sambil melihat Hudiya Imani di cermin. Tidak di nafikan Isterinya ini sangat cantik. Lebih cantik dari Tasya dan dia sendiri tergoda tapi sayang, bekas GRO sebab itu dia tidak berani untuk sentuh Hudiya. Dia kawin dengan Hudiya semata duit sahaja. Di tanam dalam hatinya, jangan sekali jatuh hati pada wanita Kotor seperti Hudiya.


“Diya bukan keluar kenapa beli baju,”


“Okay,” Hudiya Imani mencabut baju yang di pakai dan mengambil gunting di tangan Adnan. Di gunting baju itu hingga tidak menyerupai baju.


Adnan pegang tangan Hudiya Imani untuk hentikan tindakan wanita di hadapannya “Diya stop!”


“Tak apa Abang. Betul juga Abang cakap. Nak buat apa baju ni semua,” Hudiya Imani menepis tangan Adnan. Di buka almari bajunya di keluarkan satu persatu baju yang tergantung dan di gunting di hadapan Adnan.


“Stop Diya! Abang minta maaf,” Adnan menarik tangan Hudiya Imani dari meneruskan mengunting baju-baju yang lain. Sikap Hudiya sekarang di luar jangkaan.


Hudiya Imani berhenti kerana terkejut dengar Adnan mengeluarkan kata maaf. Adnan tak pernah meminta maaf pada dirinya. Walaupun tahu semua bermula dari dirinya sendiri.

“Jom keluar. Diya mesti boringkan,” Adnan tidak tahu kenapa dia perlu pujuk Hudiya Imani. Semalam dia tidak balik rumah fikirannya sentiasa memikirkan Hudiya Imani tidak seperti sebelum ini. Semua kerja di pejabat juga tidak dapat di lakukan seperti selalu sebab Itu dia datang untuk jenuk Hudiya Imani.


Hudiya Imani melepaskan gunting di tangannya dan keluar bilik.


“Diya nak pergi mana?” Adnan mengikut belakang Hudiya Imani.


“Dah keluar” Hudiya Imani berdiri di tengah halaman rumahnya. Kata-kata Adnan bukan boleh di percayai. Cukup berkali di tipu.

“No sayang. jom,“ Adnan memeluk pinggang Hudiya Imani dari belakang dan menolak masuk ke dalam rumah “Diya siap. Abang tunggu. Kita keluar shopping. Diya nak apa beli je. Baju baru pun boleh,”


Hudiya Imani merasa pelik dengan perubahan Adnan. Dia baik dengan aku sebab nak aku buat benda terkutuk lagi ke.


Rifaat Rafie tiba lebih awal daripada waktu yang di janjikan oleh Hudiya Imani. Dengan sabar dirinya menanti tapi kelibat Hudiya Imani tidak juga muncul hingga waktu menjelang pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience