Date antara Hudiya bersama Datuk Yacop terganggu kerana Adnan. Merayu menangis di kakinya. Buatkan Hudiya merasa tidak selesa.
“Maafkan Abang Diya,”
“Boleh tapi bersyarat,”
“Apa Diya?”
“Lepaskan Diya,”
“Tak. Abang tak sanggup berpisah dengan Diya. Hari-hari Abang rindukan Diya,”
“Tak lepaskan pun tak apa.”
Hudiya Imani melentokkan kepalanya di bahu Datuk Yacop. Baru sahaja nak feeling romantik, Adnan dengan tiba-tiba muncul. Jadi dibiarkan sahaja Adnan melihat adegen romantiknya bersama Datuk Yacop. Tidak kisah sudah Hudiya dengan Adnan. Perasaan terhadap Adnan sudah tiada.
Adnan pelik melihat Hudiya Imani tanpa rasa segan memeluk Datuk Yacop. Tidak seperti Hudiya Imani yang dia kenal. Perilaku Hudiya Imani sangat berbeza sekali.
“Diya tetap tak perlukan Abang. Diya dah ada Daddy,”
Adnan berdiri memandang Hudiya Imani “Apa bezanya Abang dengan Rafie. Abang boleh bagi semua yang Diya nak,”
“Apa pula kaitan dengan Rafie?” Hudiya Imani menoleh memandang Adnan.
“Habis tu yang Diya berkepit dengan Daddy Rafie kenapa? Sebab nak ambik hati Rafie. Diya duduk dengan Abang senang tak perlu buat apa-apa. Tapi Diya tetap juga nak Rafie. Kena jaga Daddy dia lagi,” panjang bebalan Adnan apabila tidak puas hati Hudiya tidak hiraukan kehadirannya.
Kali ini Hudiya Imani pula bangun. Diya pegang tangan Datuk Yacop dengan erat “Abang. Diya jaga daddy bukan sebab Rafie. Sebab Diya sayang Daddy. Diya suka daddy,”
Kali ini Adnan sudah pelik dengan ayat yang di keluarkan oleh Hudiya Imani. Di lihat tangan Diya gengam erat tangan Datuk Yacop. Tak mungkin Adnan berbisik pada hatinya. Tak mungkin Sebab Daddy Rafie.
Habislah kalau Rafie dengar. Kenapa jadi macam ni. Daddy nak Diya suka Rafie bukan Daddy.
Rifaat Rafie yang tersenyum bawa aiscream terkejut dengar apa yang diluahkan oleh Hudiya Imani. Rafie seperti tidak percaya dengan apa yang di dengari. Diya sayang Daddy. Diya suka Daddy. Bukan aku. Diya tipu ni. saja nak main-mainkan aku. Mesti nak balas dendam la ni sebab ada Shira.
Pak Ali sudah menepuk kepala. Ini cinta berapa segi dah ni. Kelihatan muka Rifaat Rafie tercenggang seperti tidak percaya dengan apa yang di dengari.
“Diya tipukan?” Rifaat Rafie menegur Hudiya Imani dari belakang.
Hudiya Imani dan Adnan memandang Rifaat Rafie di belakang mereka. Rafie dengar ke. Maafkan Daddy Rafie. Daddy tak buat apa. Diya suka Daddy sendiri.
“Tipu apa?” Hudiya Imani menanyakan kembali tidak faham akan soalan Rifaat Rafie.
“Yang Diya suka Daddy bukan Rafie?”
“Ye... Diya suka sayangkan Daddy. Diya cintakan Daddy. Bukan korang berdua,”
Terlepas aiscream dari tangan Rifaat Rafie. Adnan bagaikan mahu pitam mendengar pengakuan Hudiya Imani. Dua dua tidak duga benda sebaliknya berlaku.
“Daddy. Kenapa Daddy potong line,” Rifaat Rafie memarahi Datuk Yacop.
“Jangan marah Daddy. Nak marah, marah Diya. Sebab Diya yang suka Daddy,”
Rifaat Rafie terus terduduk menangis seperti budak-budak “Daddy!!”
ALLAH... anak Daddy, maafkan Daddy, Rafie.
“Abang tetap tak akan lepaskan Diya walaupun orang yang Diya suka tu bukan Rafie” Adnan terus pergi dia juga terkejut. Diya cantik Kenapa suka orang tua yang tidak boleh bergerak. Mahu saja bawa lari Hudiya Ketika itu tapi di sebabkan Pak Ali ada di belakangnya semuanya terbantut.
“Di ya, di tak bo leh te rima Diya,”
“Daddy tak Sayang Diya ke. Diya jaga daddy siang malam,” air mata Hudiya Imani mahu mengalir apabila Datuk Yacop menolak perasaan cintanya. “Diya buat semua dekat Daddy. Daddy nak Diya buat apa lagi untuk buat Daddy suka Diya,”
Semakin kuat tangisan Rifaat Rafie dengar kata-kata Hudiya Imani. Hudiya Imani mengesat air matanya yang sudah mengalir.
..
Suasana rumah di malam hari menjadi suram, sunyi sepi. Rifaat Rafie mengurung diri di dalam bilik. Hudiya Imani dan Datuk Yacop juga begitu hanya duduk di dalam bilik.
“Diya nak tidur peluk Daddy boleh?”
Datuk Yacop menepuk tilam agar Hudiya Imani baring di sebelahnya. Hudiya Imani baring lalu memeluk badan Datuk Yacop.
“Betul ke ni Daddy?”
Datuk Yacop mengangguk kepala.
Rifaat Rafie melihat CCTV terkejut apabila Hudiya Imani sedang baring memeluk Datuk Yacop. Dengan pantas dia turun ke bilik Datuk Yacop.
“Pak Ali!!” Rifaat Rafie memanggil Pak Ali agar ikut dirinya. “Ikut saya,”
Rifaat Rafie buka pintu bilik Datuk Yacop Lalu menarik Hudiya Imani keluar.. “Kau keluar. Kau Jangan jaga Daddy!”
“Tak nak!!” Kuat Hudiya Imani memeluk Datuk Yacop, sampai badan Datuk Yacop juga terikut bergerak semasa Rifaat Rafie menarik Hudiya Imani.
“Diya nak Duduk sini. Daddy tolong Diya,”
“Kau keluar sekarang,” Rifaat Rafie menengking.
Menangis Hudiya Imani kerana terkejut. “Diya bukan buat apa. Salah ke Diya jaga Daddy.”
“Salah sebab kau suka Daddy bukan suka aku,”
“Tuan ingat perasaan boleh tipu?"
Rifaat Rafie cuba melepaskan tangan Hudiya Imani yang kuat mengengam baju Datuk Yacop. Akhirnya terlepas jua, di tarik Hudiya Imani dengan cara paksa masuk ke bilik sebelah lalu mengunci pintu bilik.
“Pak Ali jaga Daddy. Jangan bagi Diya keluar dari bilik,”
“Ye Encik,” Pak Ali mendengar arahan Rifaat Rafie.
Rifaat Rafie masuk ke biliknya semula. Lalu melihat rakaman lama CCTV. Mahu lihat sejak bila Hudiya Imani sukakan Datuk Yacop. Dan kenapa Hudiya Imani masih lagi boleh sukakan Datuk Yacop walaupun Datuk Yacop tidak mampu bergerak.
Lama Rifaat Rafie berfikir baru dia teringat pada hari pertama Hudiya Imani di rumahnya Hudiya sudah duduk bersimpuh menyandarkan kepala di kaki Datuk Yacop kemudian memeluk dengan erat kaki Daddy. Sebab tu ke Diya selalu peluk kaki Daddy. Diya jatuh cinta pandang pertama dekat Daddy.
Sampai hati Diya buat Rafie macam ni. Rafie sayang dekat Diya. Kenapa Diya sayang Daddy? Kenapa bukan Rafie?
Maafkan Daddy, Rafie, Diya. Mengalir air mata Datuk Yacop mengenangkan nasib anaknya dengan Hudiya Imani. Malah Datuk Yacop lebih keciankan Hudiya yang di kurung oleh Rafie.
Share this novel
alahaiiii Diya ni, kenapa leh jd mcm tu pulak... Tuan Rafi tu kan lg okay... alalalahhhhh pening kepala kejap terkejut dgn tindakan Diya ni