G 33 : LOKAP

Romantic Comedy Series 35322

Adnan tersenyum gembira apabila hakim menyuruh Hudiya Imani menurut perintah taat setia pada dirinya.


Puan Sharifah merasa ada tidak kena apabila bukti yang paling kukuh baginya tidak di terima Hakim. “Saya selaku peguam Hudiya Imani ingin meminta menukar Hakim bagi kes ini,”


“Kamu tidak boleh sewenangnya minta menukar Hakim Setelah saya memutuskan keputusan,” Hakim memarahi Puan Sharifah.


“Sebelum ni. Tuntutan fasakh Puan Hudiya Imani. Yang Arif juga yang mengadili. Semua tuntutan Puan Hudiya Imani di tolak dengan Yang Arif kerana tiada bukti yang kukuh. Sekarang saya dah bagi bukti kukuh. Saya bagi laporan pemeriksaan kesihatan yang Hudiya Imani tidak pernah di sentuh dengan plaintif sepanjang perkahwinannya. Menurut agama Islam Puan Hudiya Imani sepatutnya dari tahun lepas sudah berpisah dengan plaintif. Ke Yang Arif makan duit rasuah dari plaintif,”


Semua yang ada di dalam bilik mahkamah berbisik sesama sendiri. Membuatkan Hakim menjadi berang dengan tuduhan Puan Sharifah.


“Berani kamu menuduh bukan-bukan pada saya!”


“Sebab saya rasa curiga dengan Yang Arif. Kenapa Yang Arif tidak keluarkan laporan pemeriksaan kesihatan yang saya berikan yang Puan Hudiya Imani masih mempunyai dara selepas dua tahun berkahwin dengan plaintif.”


Adnan dengan pantas memandang Hudiya Imani. Tak mungkin Diya pelacur tak mungkin masih mempunyai dara. Rafie pun pernah tidur Diya. Sebab tu dia tergilakan Diya sampai sanggup tolong Diya untuk bercerai.

Semakin kuat suara orang berbisik di dalam Dewan mahkamah. “Sila diam!” Hakim memukul kayu di tempat pemukul. Setelah diam Hakim mula bersuara semula “Laporan pemeriksaan kesihatan kamu boleh ditipu,”


“Yang Arif mahu saya buktikan di depan ini. Tuan Hakim mahu cuba masukan kemaluan Tuan Hakim pada kemaluan Puan Hudiya Imani,”


Lagi bertambah kuat suara bergema di dalam Dewan mahkamah. “Kamu mencaci saya!!”

“Tak. Tapi semua dalam ni mesti rasa curiga macam saya juga. Tidak di sentuh dua tahun tapi masih perlu taat setia lagi. Ini bukti yang paling kuat, dalam mana-mana kes seperti ini akan jatuh talak dengan segera.”


Hampir semua mengangguk kepala.


“Yang Arif rasa dengan badan Puan Hudiya Imani yang cantik ni lelaki tak tergoda ke. Kecuali lelaki itu mati pucuk. Kenapa tak Yang Arif suruh plaintif buat medical check-up juga?”


“Baik jika itu yang kamu mahukan. Kes di tanggung sehingga minggu hadapan. Plaintif silap memulakan laporan pemeriksaan kesihatan. Rehat 10 minit,” Hakim terus keluar dari Dewan mahkamah selepas di serang Puan Sharifah dengan kata-kata.


Belum sempat keluar dari dewan mahkamah Adnan sudah pengarahkan peguamnya menukar tuntutan. “Kau tukar tuntutan, minta bayaran ganti rugi 10 juta,” Adnan tahu Hudiya Imani tidak akan mampu membayarnya. Rifaat Rafie juga tidak akan membuntu Hudiya Imani lagi kerana 10 juta bukan sikit walaupun Rifaat Rafie kaya.


Peguam terus memalingkan mukanya memandang Adnan.. “Banyak tu... you nak I minta ganti rugi apa?”


“Pandai la kau buat. Kerja kau,” Adnan keluar meninggalkan Dewan mahkamah melihat Hudiya Imani berseorangan dengan pantas Adnan datang ke Hudiya Imani.


Di pegang tangan Hudiya Imani dengan kuat. “Sayang jom balik. Hakim suruh Diya taat setia dengan Abang,”

“Lepaskan...” Hudiya Imani cuba melepaskan cengkaman Adnan.


“Ni Tuan Hakim kata patut taat setia!” Kuat suara Puan Sharifah berkata membuatkan Hakim memandang ke arahnya. “Baru keluar pintu ni,” Puan Sharifah mengetuk pintu di sebelahnya. “Dah cuba mencederakan isteri,”


Adnan terus melepaskan tangan Hudiya Imani.
“Aliff ada video kan termasuk muka Tuan Hakim? kalau tak jalan juga viralkan dalam media social. Gambar tangan Puan Hudiya Imani ambik juga. Pesti ada kesan lebam,”


Hakim memandang Adnan dengan pandangan marah. Sudah berapa kali diberi peringatan sepanjang kes berjalan perlu menjaga tingkah laku.

"Kamu nak ugut saya!" Hakim tahu Puan Sharifah bukan seperti peguam lain yang semata-mata mahukan duit.

"Tak lah, saya jalankan kerja saya sahaja,"

..

Masuk sahaja di pejabat Zahrin dengan pantas mencari Rifaat Rafie di dalam biliknya.


“Wei ada problem,” Zahrin terus bercakap sebaik buka pintu bilik Rifaat Rafie.


“Apa?”


“Adnan buat report polis kau bawa lari bini dia,”


“Ha!!!” Rifaat Rafie terkejut lalu bangun berdiri.


“Polis on the way rumah kau,”


“Kenapa kau tak call aku?” Dengan pantas Rifaat Rafie hubungi Hudiya Imani.. “Diya!! Keluar rumah sekarang. Suruh Pak Ali hantar ke office”


“Kenapa Tuan?” Hudiya Imani boleh dengar suara Rifaat Rafie dalam kerisauan. Baru sampai rumah dah minta keluar semula.


“Jangan tanya. Sekarang juga keluar. Daddy kau tinggalkan dengan Bibik. Suruh Bibik diam kalau orang tanya pasal kau,” Rifaat Rafie mematikan panggilan yang di buat.


“Kau betul bawa lari bini orang?!” Terkejut Zahrin. Ingatkan laporan palsu, rupanya betul.


“Next time. Call aku terus,”


“Sekarang ni polis mesti cari kau dekat sini juga. Yang kau bawa lari bini orang kenapa?” Zahrin memarahi Rifaat Rafie.


“Aku tak nak Adnan jual Diya lagi!” Suara Rifaat Rafie kuat kerana serabut kepala mula timbul “Diya minta tolong aku menangis nangis. Kau rasa kau boleh duduk diam ke?” Rifaat Rafie pusing bagaimana mahu menyorokan Hudiya Imani. Bagaimana mahu menyelamatkan dirinya.


“Adnan jual Diya? jadi kau kenal Diya pun sebab kau pun pernah beli dari Adnan?”


“Daripada kau nak tahu baik kau tolong aku macam mana nak selamatkan diri!”


“Jannah!” Zahrin menunjuk ke arah Jannah di luar biliknya.


Rifaat Rafie memandang setiusahanya.


“Kau tumpangkan rumah dia sekejap,”


“Jannah masuk sekarang,” Rifaat Rafie dengan pantas intercom.


“You duduk dengan siapa sekarang?” Rifaat Rafie bertanya sebaik Jannah masuk kebiliknya.


“Kawan,” Jannah pelik melihat Rifaat Rafie seperti sedang serabut sekarang ini. Rasa kerja tak ada masalah.


“You tunggu bawah. Pak Ali datang you terus bawa kawan I pergi rumah You,” arah Rafie.


“Sekarang?” terkejut Jannah dengan tiba-tiba.


“Ye now,”


Jannah dengan pantas keluar mengambil barangnya sebelum turun ke lobby. Di lihat muka Rifaat Rafie ketika itu sangat menakutkan seperti pertama kali dirinya dimarahi oleh majikannya dulu.


Zahrin cuba menenangkan Rifaat Rafie. “Sekarang ni kau relax. Kau buat macam tak ada apa-apa. Macam kau tak buat salah,”


Rifaat Rafie menarik nafas dalam sebelum menghembuskan melalui mulut. “lepas kau kena tahan baru aku call lawyer. Aku tak akan call lawyer sekarang sebab nanti kantoi ada orang bagitahu kau,”


“Okay,” Rafie cuba untuk bertenang.


“Ingat buat macam biasa. Buat kerja kau macam biasa. Polis siasat kau bagi kerjasama cakap je Diya kerja dengan kau datang hari². Jadi Penjaga Daddy kau. Nanti aku bagitahu Diya hal yang sama,” Pantas Zahrin berfikir untuk menyelesaikan masalah sepupunya. Kalau tiada dia ni memang hancur hidup Rifaat Rafie..

..


Rifaat Rafie terbaring beralaskan tangan memandang siling lokap. Diya Diya. Sebab kau aku merasa masuk lokap. Kau tak kenang budi aku lagi tak tahu la aku.


Berlari Adnan untuk mendapat Hudiya Imani yang datang ke balai polis. Tapi ketika di lihat Hudiya Imani lebih cantik dari sebelum ini.


“Jannah jangan tinggalkan Diya,” Kuat tangan Jannah di gengam. Apabila melihat muka Adnan perasaan takutnya mula muncul. Takut di bawa lari dan di kurung.


“Relax. Jannah teman Diya punya. Jannah rasa nak tumbuk-tumbuk lelaki tak guna tu,” Jannah membuatkan aksi meninju.


“Sayang okay?”


Hudiya Imani menarik tangan Jannah untuk mengelak dari dekat dengan Adnan. Zahrin melihat dengan pantas ke Hudiya Imani. Di tolak sahaja Adnan agar ke tepi.


“Diya ikut Zahrin,”


Hudiya Imani mengangguk dan mengikut Zahrin.

"Kau siapa nak tolak aku?" Adnan memarahi Zahrin.

"Kau buta ke tak nampak aku orang," Zahrin membalas "Kau tengok aku apa. Jin. Setan. Setan tu kau," Zahrin terlalu geram dengan Adnan. Jika bukan di balai sekarang ini, memang aku bunuh kau. Kau jangan main-main kalau Daddy dah bertindak.


“IC Diya,” Zahrin meminta dengan lembut. Bertukar watak 360 darjah.


“Terima kasih,” Hudiya Imani memberi kad pengenalan pada Zahrin tanpa curiga.


Adnan dengan pantas menahan tangan Hudiya Imani dari terus masuk ke balai polis. “Kenapa bagi IC Diya pada dia?”


Hudiya Imani menarik tangannya dari di sentuh Adnan.


“Dia ugut Diya kan. Dia buat apa dekat Diya? sampai Diya kena ikut cakap dia,” Adnan tidak puas hati apabila Hudiya tidak membalas pertanyaannya. “Dia ugut apa dengan Diya? Abang boleh tolong Diya!”


“Jantan tak guna baik kau tepi,” Jannah memarahi Adnan yang menghalang perjalanan Hudiya Imani. “Sebelum aku jerit polis datang cekup kau,” Jannah mengugut Adnan pula.


“Wei bro! kau jangan nak tuduh orang. Kalau aku atau Rafie ugut Diya ni. Diya tak datang sini tolong Rafie. Fikir logik bro.” Zahrin menunjuk kepala Adnan. “Diya pergi masuk...”


Hudiya Imani dengan pantas menarik tangan Jannah agar mengikutnya.


“Diya... Abang buat ni untuk Diya,” Adnan jerit merayu agar Hudiya Imani tahu niat sebenarnya.


“Untuk kesenangan kau. Bukan Diya” Zahrin menambah. "Kau tak malu makan hasil jual isteri kau sendiri. Aku tak tahulah dayus kau ni tahap berapa dah." Zahrin mengikut langkah Hudiya.


Hudiya Imani masuk kedalam balai dan mencari Pegawai yang menguruskan kes dia dilarikan oleh Rifaat Rafie.


“Encik Ariffin ke yang uruskan kes saya kena bawa lari. Saya Hudiya Imani,”


“Boleh tengok kad pengenalan,”


"Ini," Zahrin hulur kepada pegawai polis. "Saya peguam wakil Puan Hudiya, Ada apa-apa kemuskilan boleh tanya saya,"


“Puan dan Encik boleh duduk,” Pegawai menunjukkan kerusi di hadapannya.


Hudiya Imani duduk tanpa membantah.


“Saya tanya soalan Puan jawab?”


“Ye,”


“Betul Puan di bawa lari?”

Zahrin angguk kepala barulah Hudiya jawab. Sudah di praktis cara jawab soalan-soalan yang biasa akan diberi apabila soal siasat dijalankan.


“Tak. Saya keluar rumah sendiri sebab saya di pukul oleh mertua saya. Suami saya pula buat tak tahu je bila saya kena pukul. Boleh tak Encik keluarkan boss saya. Dia tak salah pun. Dia tak tahu pun saya lari dari rumah,”


Wajah Hudiya Imani di tenung oleh Pegawai untuk mencari kebenaran. Tenungan Pegawai di balas dengan tenungan simpati dan takut daripada Hudiya Imani.


“Betul tu boss kau. Bukan boyfriend kau?” Pegawai tiba-tiba bersuara garang membuatkan Hudiya Imani menjadi terkejut dan takut pada masa yang sama.


“Ye... dia majikan saya,”


“Dah berape lama kau kerja dengan dia?”


“Dalam tiga bulan lebih ada. Lepas beberapa hari saya lari dari rumah,”


“Kerja apa?”


“Jaga orang tua majikan saya. Dia sakit stroke tak mampu gerakan badan,”


“Kau tinggal sama dengan boss kau,”


“Tak. Saya duduk rumah kawan saya. Saya datang sebelum majikan saya pergi kerja dan balik selepas majikan saya sampai rumah,”


“Kenapa hari ini kau tak kerja?”


“Saya minta cuti setengah hari. Saya dari mahkamah syariah dapat call majikan saya di tahan kerana saya. Saya masih dalam process menuntut cerai dari suami saya,"


“Lagi sorang kes gila talak menyusahkan polis. Kau tunggu luar,”


Hudiya Imani dengan pantas bangun dan lagi sekali merayu pada Pegawai yang bertugas “Encik lepaskan bos saya ye. Nanti saya kena buang kerja saya nak kerja apa lagi. Nak dapat yang ni pun susah,”

Pandai kau belakon Diya. Thank you Daddy.


“Kau pergi buat report dekat bawah. Report mertua kau pukul kau. Lepas tu kau datang sini balik bawa report tu,”


Pantas Hudiya Imani keluar dari bilik siasatan. Kini tinggal Zahrin sahaja untuk urusan seterusnya.


“Relax Encik Ipin. Nanti sakit Jantung,” Zahrin cuba menenangkan.


“Hari ni kes Gila talak kedua aku dapat. Menyusahkan polis betul. Bini dah lari sibuk terhegih cari. Ada depan mata tak nak jaga,”


“Nak buat Macam mana memang kerja encik Ipin kena siasat kalau dapat report,” balas Zahrin seperti sudah biasa berurusan dengan Pegawai Ariffin.

"Macam mana kau boleh jadi peguam pula ni?" rasanya bidang Zahrin lain. Bukan peguam.

"Sejak kes ni," senyuman manis diberi tapi seram bagi yang melihat. "Macam biasa Encik Ipin, lebih dari coke pun boleh yang penting settle,"

Pegawai Ariffin sudah menduga. "Kau pihak perempuan tadi atau yang dalam lokap?"

"Dua-dua," Zahrin keluarkan dokumen di dalam beg yang dibawa dan dihulurkan kepada Ariffin. "Bukit jelas kecederaan client saya," Terselit sekali cek yang telah di tandatangan termasuk jumpa yang akan diberi. "Saya rasa bukti ini cukup untuk selesaikan kes ni,"

Pertama kali Rafie ceritakan perihal Hudiya, dia sudah menghantar orang untuk mencari dan memerhati Hudiya dari jauh. Semua maklumat Hudiya sudah dia ketahui dahulu sebelum Rafie.

Apa yang Hudiya hadapi sepanjang hidup dengan Adnan juga telah dia ketahui. Dia hanya tidak masuk campur tapi menjadi pemerhati. Biar apa yang berlaku antara Rafie dan Hudiya berjalan seperti biasa, bukan seperti yang dirancang.


Adnan menunggu di bahagian bawah balai polis. Berharap tindakannya kali ini berjaya untuk bawa Hudiya Imani kembali padanya.


“Diya dah sudah. Jom balik,” Pantas Adnan mencengkam tangan Hudiya Imani setelah melihat wanita itu muncul.


“Belum,” Hudiya Imani menarik kembali tangannya. Tapi cengkaman Adnan tersangat kuat.


Buk!!

“Ambik kau! ” Jannah menumbuk mata Adnan. “Encik laki ni nak ganggu kawan saya,” Jannah dengan pantas memberi alasan selepas polis datang ke arah mereka.


“Encik dan Cik dekat balai jangan gaduh,"


“Bila Abang ganggu Diya. Abang tak pernah ganggu pun. Abang nak tuntut hak abang. Abang nak Diya balik pada abang semula,” Adnan menangis agar Hudiya Imani simpati dengannya.


“Encik dekat mana saya nak buat report. Encik Ariffin minta saya buat” Hudiya Imani tidak perdulikan akan rayuan Adnan. Banyak sudah diberikan peluang pada Adnan. Tapi semuanya di sia-siakan.


“Cik boleh pergi kaunter sebelah sana,” Pegawai polis menunjukkan kaunter di sebelah kanan mereka.


“Diya nak buat report apa?” Adnan membuntuti Hudiya Imani.


“Nak report kau la jantan,” Jannah membuat aksi meninju ke arah Adnan agar tidak mengikut Hudiya Imani. “Jantan tak guna. Menyusahkan perempuan,”


“Diya. Abang buat untuk Diya. Abang sayang Diya,” Adnan masih lagi merayu. Risau sebaliknya yang berlaku.


“Encik saya nak buat report. Mertua saya pukul saya,”


“Puan duduk. Boleh minta IC?”


Adnan menolak Jannah ke tepi lalu melutut di kaki Hudiya Imani “Diya. Abang minta maaf Diya. Abang janji mammy tak buat lagi. Abang bodoh Diya. Abang menyesal biarkan Diya. maafkan Abang. Diya balik ye. Abang sanggup buat apa je untuk Diya,”


Hudiya Imani melihat Adnan yang merayu melutut dengan tangisan membuatkan hatinya tidak tersentuh langsung kerana ini bukan kali pertama Adnan merayu sebegini pada dirinya. Tapi apabila Puan Rosma mula memukulnya, Adnan sama sahaja. Tidak bertindak apa-apa.

Bila difikirkan balik selama dia bersama Adnan semua keperluannya cukup cuma dirinya tidak di sentuh dan Baru-baru ini Adnan buat hal jual dirinya untuk duit. Dia takut dirinya akan di jual lagi sekali. Takut Adnan tidak menunaikan janjinya. Jika dia memaafkan Adnan lagi sekali

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience