G 45 : MAMA

Humor Series 35125

Wahai Syed Rifaat Rafie bin Rafidah. Wahai Syed Rifaat Rafie bin Rafidah, wahai Syed Rifaat Rafie bin Rafidah. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.


Rifaat Rafie tersentak dari tidur. Di pandang muka Hudiya Imani yang tepat memandang ke mukanya. “Kau ni kalau kejut elok tak boleh ke?”


“Talkin je untuk Ingatkan diri sendiri. Yang tuan terasa kenapa?” Hudiya Imani meninggalkan Rifaat Rafie yang masih terbaring.


Sabar Rafie sabar. Dah sihat gila dia dah datang balik. “Nasib baik aku sayang kau,” Rifaat Rafie bangun bersihkan diri kemudian turun ke bilik Datuk Yacop. Sudah tersedia sejadah untuk dirinya.


“Thank you sayang,” Rifaat Rafie memberi flying kiss kepada Hudiya Imani. Tetapi Hudiya buat tidak tahu


Habis sembayang subuh Rifaat Rafie mengikut Hudiya Imani ke dapur sengaja ingin mengacau apa yang sedang Hudiya Imani lakukan dan tidak lagi sambung tidur seperti sebelum ini.


“Mana kau tahu nama Mak aku?” Rifaat Rafie buat-buat marah memandang Hudiya Imani “Sekarang kau dah pandai korek rahsia aku. Family aku”


Daddy bagitahu. Hudiya Imani bercakap dalam hati. “Tuan nak makan apa malam?”


“Aku tanya jawab!!” suara Rifaat Rafie semakin tinggi.


Hudiya Imani mengambil ikan hidup di dalam singki. Di letakkan di atas papan pemotong di ambil pisau pemotong daging dan Pap!!! Ikan yang hidup tadi terbelah dua. ekor Ikan itu tergerak gerak walaupun sudah terputus dua.


Rifaat Rafie menelan air liuh melihat Hudiya Imani. “Tuan nak makan apa malam nanti?” Hudiya Imani tersenyum sinis dan suaranya seperti tiada perasaan serba salah terhadap ikan yang di potong


“Diya masak la apa-apa. Rafie makan semua,” Dengan pantas Rifaat Rafie berlari keluar dari dapur. Betul ke aku suka perempuan macam ni. Kalau aku kawin dengan dia confirm aku kena dera setiap hari.


Rifaat Rafie melihat ke mangkuk Datuk Yacop. Sedapnya. Bubur je bukan sedap pun. Rasa sama je hari-hari. “Kenapa bubur Daddy lain?”


“Semalam Doctor cakap boleh bagi makan keras sikit. Jadi buat bubur pekat kalau perut daddy okay lagi empat hari tukar nasi,”


“Coklat coklat tu apa?”


“Ikan,”


Untuk aku tak ada ke. Hudiya Imani melihat Rifaat Rafie masih memandang ke mangkuk Datuk Yacop. Lalu Hudiya Imani bangun ke dapur bawa semangkuk bubur yang sama seperti Datuk Yacop dan isi ikan yang sudah di goreng tanpa minyak.


Rifaat Rafie terkejut apabila pinggan nasi gorengnya di ambil Hudiya Imani. “Dah kenapa ambik pinggan aku?”


“Tuan nak ni kan,” Hudiya Imani meletakkan bubur di depan Rifaat Rafie. "Tak nak tak pe saya ambik balik,”


Cepat-cepat Rifaat Rafie memegang mangkuk bubur. “Terima kasih sayang. Macam tahu je Abang memang nak,” Rifaat Rafie senyum melihat Hudiya Imani yang sudah duduk di tepi Datuk Yacop semula.


Sedapnya... Dia ni kalau buat nasi goreng aku sedap macam ni tak boleh ke. Dia jampi apa dalam bubur ni agaknya. Sebab tak suka aku, masak untuk aku ala kadar. Daddy punya sedap-sedap. Tak sedar betul perempuan ni aku berabis duit banyak dekat dia.

"Balik court datang office,” Rafie memberi arahan.


“Kenapa?”


“Untuk sayang lepaskan rindu dekat abang,”

Hudiya menjeling dan membuat muka menyampah.

..


Hudiya Imani terkejut apabila Adnan meminta bayaran ganti rugi jika ingin bercerai dengannya. Ganti rugi sepanjang hidup bersamanya. Mana mahu cari duit sebanyak itu. Dia tiada satu sen pun hanya harapkan belas kasihan Rifaat Rafie dengan Datuk Yacop. Rifaat Rafie pasti tidak dapat tolong lagi. Hudiya Imani yakin tiada sesiapa boleh tolongnya siapa sanggup bagi dirinya duit sebanyak itu. Jika dia kerja sepanjang hayat pun belum tentu dapat memulangkan kembali duit itu.


Hudiya Imani cuba buat riak mukanya seperti biasa lalu masuk ke lobby syarikat Rifaat Rafie. Berjalan ke tempat penyambut tetamu. “Encik Rifaat Rafie nak jumpa saya,”


“Nama Puan apa?”


“Hudiya,”


“Sekejap ye Puan,” panggilan ke pejabat Rifaat dibuat untuk pengesahkan.


“Sayang!!!” Suara Rifaat Rafie tersangat kuat membuatkan Hudiya Imani dan penyambut tetamu terkejut. Berlari Rifaat Rafie sambil membuka tangan ke Hudiya Imani. “I miss you,”

Hudiya Imani mengelak dari dipeluk oleh Rifaat Rafie. Dia ni tak malu ke, depan orang pun macam ni. Aku yang malu.


Rifaat Rafie memeluk angin. Lalu buat-buat seperti biasa. “Cuba mesra sikit,”


“Malaikat sikittt lagi n…”


“Dah!! Gurau pun tak boleh,” Rifaat Rafie terus memotong ayat Hudiya Imani. “Jom sayang. Abang dah memang dah tunggu sayang dari tadi,”


Mamat ni memang gila aku rasa, sekejap sayang sekejap garang sekejap lembut.


“You tak perlu bagi access card," Rifaat Rafie memandang receptionist “VVIP ada,” Rifaat Rafie menunjuk tagnya.


“Okay Tuan,”


“Sila jalan Mama,”


Aku jadi Mama kau betul baru tahu.

..

Sebaik masuk kedalam bilik mesyuarat Hudiya diperkenalkan kepada semua pekerjanya. "Sila perkenalkan, Puan Hudiya. Bakal isteri Datuk Yacop dan merangkap mama baru I,"

Semua terkejut termasuk Hudiya sendiri. Terkejut setelah sekian lama Datuk Yacop menyepikan diri kerana sakit. Tiba-tiba dapat pengumuman akan berkahwin semula. Malah calon isterinya sangatlah muda.

Zahrin sudah menepuk dahi dengan pengumuman Rafie. Rasa tak perlu perkenalkan Hudiya sebagai mama baru. Cuba memperkenalkan Hudiya sahaja.

"Sila teliti," dipusingkan badan Hudiya "Start from today Puan Hudiya bila-bila akan datang masuk office, maybe seorangan or with Datuk Yacop. Jadi saya tak nak dengar tiba-tiba mama tiri I di halang masuk."

"Saya datang sini untuk apa?" Hudiya berbisik pada telinga Rafie.

"Perkenalkan you pada staff, arahan your future husband,"

Hudiya sudah berkerut dahi. "Untuk apa?"

Rafie mengangkat bahu tanda tidak tahu. "Maybe nak you kerja office pula," kemudian Rafie berbisik di telinga Hudiya. "Mudah sungguh kau masuk. Bagus strategi kau. Goda Daddy aku, semua dapat. Tapi jangan lupa, usaha aku untuk dapatkan kau sampai tak akan ada penghujung,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience